Bersama ASP Hanyan Hj. Ramlan - Pegawai Unit D9 Selangor
Tahun 2008 merupakan salah tahun paling menggembirakan dan murah rezeki bagi kami-kami yang tinggal berjauhan dari kampung dan hidup merantau dinegeri orang.
Setelah selesai menyambut 1 Syawal di kampung, apabila pulang ke tempat mencari rezeki masih lagi terasa dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. PPT sendiri bermula dengan Open House Rumah Boss aka Hicmat minggu lepas, minggu nie insyaALLAH akan murahlah rezeki PPT sekeluarga lagi. Hari Sabtu nie ada lagi 2 jemputan, satu di Taman Puchong Utama dan satu lagi di Taman Setapak Indah. Itu tidak termasuk untuk peluang ziarah dan beraya di Desa Aman 2 Pantai Dalam. Hari nie sahaja PPT telah menghadiri sambutan Open House IPPK Selangor yang dijemput khas oleh Ketua Polis Selangor. Majlis bermula dari jam 12 tengahari hingga 4 petang.
Semalam pula menghadiri sambutan Hari Raya dijemput oleh Tuan Azman dari Klang. Majlis bermula pada sebelah malam hingga lewat pagi. Ini juga termasuk meraikan Besday Boy yang dah 39 tahun kalau tak salah PPT.
Yang masih dalam desas desus pula jemputan oleh Gas Malaysia Sdn Bhd untuk ahli Neighborhood Watch Program yang dijangka pada 24 Oktober 2008 bermula dari petang hingga malam. Selain itu IPPD Shah Alam melalui Ketua Polis Daerah dijangka mengadakan majlis yang sama pada 29 Oktober 2008 tapi mungkin bermula tengahari.
Alhamdulillah masih ada lagi budaya ini untuk mengeratkan persahabatan antara satu sama lain tetapi bila dah ada makan 'free' nie, kenalah jaga-jaga pemakanan nanti ada yang MC pula....
Kepada yang telah menjemput, terima kasih daun keladi......
Kepada yang belum menjemput, kalau boleh jemputlah kami.......
p/s: Tak tau lagi la samada 'Home Of The Reserve' akan mengadakan Open House ke tak.....
Cheers....
5 ulasan:
salam ppt..
makin sihat la...
hehehehhe
PPT klau slalu dpt jmputn open house jimat sikit blnja bulanan,,k.nurul pn xyah msk mkn kt luar je..hehhehe.. =)
~W.W.K~
hehehe...tunggu jugak jemputan dari Puchong ni..=)
kita tggu 'Home Of The Reserve' punya jemputan nih...
Tuan-tuan dan Puan-Puan,
Home Of The Reserve masih cari punya cari punya cari punya cari tarikh dan masa yang sesuai.
Cuma sekarang masih terdapat halangan aje.
Cheers..
Catat Ulasan