SHAH ALAM 15/10/2008: Bekas dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Md Saberi Md Salleh hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah memperakui dokumen pengakuan penerimaan palsu berhubung pembekalan peralatan sukan berharga RM138,600, sedangkan peralatan itu tidak dibekalkan. Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pemilik syarikat pembekal peralatan sukan, Zaleha Abd Rahman kerana bersubahat melakukan perbuatan itu dengan menandatangani dokumen terbabit. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di fakulti terbabit di UiTM Shah Alam, antara 24 Mac hingga 2 Apr 1999 dan dihukum di bawah Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi. Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jumlah jaminan terhadap kedua-dua tertuduh iaitu Md Saberi berjumlah RM17,000 dan Zaleha berjumlah RM15,000.
Untuk Datuk Dr. Master Sabri Salleh, banyakkan berdoa kepada ALLAH S.W.T. PPT sebagai salah seorang alumni yang pernah mengenali Datuk mengharapkan Datuk tabah menghadapi dugaan ALLAH S.W.T. Jasa Datuk memastikan adanya kemudahan-kemudahan terdahulu tidak akan dilupakan insyaALLAH.
7 ulasan:
=(....Tu yang takut kalau ade kuasa ni...Takut "ter"2 camni la kan...=(...
papepun,Jasamu tetap dikenang sepanjang berada di FSR n memajukan fakulti tercinta ni...
jadikanlah iktibar...sma2 lah kita mnjauhi rasuah ni...carilah rzki yg halal...biar sikit,tp diberkati...insyallah...(ingatan utk diri sndiri jgak)...
salam perjalanan...
Saya secara peribadi sangat bersimpati dengan mantan Dekan FSR.
BUAT BAIK BERPADA PADA-PADA.BUAT JAHAT JANGAN SEKALI
Anonymous,
Hang kenai ka ex-dekan nie?
Anonymous,
Hang kenai ka ex-dekan nie?
Catat Ulasan