Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Selasa, September 20, 2022

Live With Nothing or Die For Something

Salam Sejahtera, Sejak September 2021, aku dan keluarga telah meneruskan hidup dengan lebih gembira apabila berpindah semula ke Putra Perdana. Kawasan yang telah kami terokai sejak Ogos 2005 masih lagi meninggalkan kenangan tatkala baru menikah ketika itu. Perpindahan kami kali ini lebih mantap kerana tidak lagi menyewa dan hanya menetap tanpa perlu pikirkan hal sewaan dan penggunaan ruang. Terima kasih kepada keluarga kerana sanggup susah senang dan Alhamdulillah menjadikan coretan baru kita dalam La Cottage lebih bermakna. 'Love you all'

Isnin, Ogos 22, 2022

Kembali Menyengat

Terima kasih kepada anak ku kerana telah mencari semula Blog ini. Mungkin ini salah satu petanda baik untuk aku meneruskan coretan dikala ada masa in shaa ALLAH.. I love you WNM..

Selasa, Julai 10, 2012

Tauk Telan Tauk Telan, Mangkit Berjalan La

Setelah sekian waktu berada dalam JB, akhirnya hari ini aku telah melepaskan sekeping surat untuk balik semula ke Puchong. Bukan tak boleh nak kerja disinie tapi dah ramai nasihatkan aku untuk fokus pada keluarga dahulu. InsyaALLAH aku rasa kali ini keputusan yang terbaik untuk aku dalam hidup. Walaupun main hentam saja hantar surat, insyaALLAH rezeki Tuhan ini ada dimana-mana. Lepas Aidilfitri kalau semua hal selesai aku akan cuba cari kerja semula. Berkat doa Ibu Aisha dan Ibu Mertua Rahimah akan menyemarakkan lagi cabaran dan memberikan apa yang terbaek untuk aku sekeluarga. Dah lama tak berblog dan dah lama jugak tak berekreasi. Nanti lama-lama nama blog nie kena tukar lak. Target suku akhir tahun ini dah kembali dengan pendidikan rekreasi luar, dah lama tak mandi laut, sungai atau tasik. Kawan-kawan dan orang yang mengenali aku, doakan kejayaan aku sekeluarga InsyaALLAH.

Rabu, Julai 04, 2012

Cabaran Dalam Hidup

Sejak aku mula hidup di selatan jauh dari isteri dan anak semakin rapuh daya tahan aku harungi cabaran disini. Menjadi weekend husband adalah salah satu perkara yang aku tak penah mimpikan. Perubahan dalam bidang yang aku sedang usahakan ini disini ibarat tidak akan ada perubahan akan berlaku. Orang sinie kurang enak utk cuba berubah tapi apa kan daya aku masih mencuba. Keputusan yang aku bakal ambik ini insyaALLAH akan cuba mendekatkan aku semula dengan isteri dan anak termasuk untuk pertingkatkan peluang untuk berjemaah. Cabaran pasti akan datang bergolek tidak lama lagi tapi aku perlu cuba peluang ini dan bawak perubahan hidup dalam keluarga aku lagipun dah lama tak ke sana ke sinie. Tasik Kenyir pun aku dah lupa bentuk macam mana sekarang, kalau dulu pasti ke sana. Tioman jugak lama aku tak nampak.... Salam dari perantauan..

Isnin, Februari 20, 2012

Sikit Saja...

Tu dia, dah lama sangat PPT tidak mencoretkan sebarang catatan. Dah nak masuk dua tahun lebih dah. Banyak sangat perkara berlaku dari dulu sampai sekarang. Apa pun nak cuba sedaya upaya untuk merajinkan diri menulis apa yang perlu. Mana tau tahap stress boleh turun dan dapat tenangkan fikiran semula. Alhamdulillah solat banyak membantu dalam hal begini.
Dah nak masuk 6 bulan bekerja dalam kawasan JB, opportunity la katakan. NS dan WNM masih berada di Puchong. Takpa, tak usah dikeluarkan mereka dari comfort zone lagi. Biaq diselesaikan yang mana patut.
'Macam-macam ada' dalam JB nie. Cabaran untuk teruskan hidup semakin kuat dan meninggi. Masalah mari Masalah pergi - Itulah yang perlu dikawalselia dalam hidup nie.

Apa pun, blog mula diserikan kembali selepas salah seorang pelopor blog yang dikenali akan bertandang ke Aussie bagi meneruskan perjuangan selama 3 ke 4 tahun. Good luck Boss.

Sabtu, Oktober 23, 2010

Hentam Saja La....



Salam semua,
Baru lah PPT dapat nak update blog kali nie. Memang la sejak virus FB ada atas muka bumi ini memang la malas sangat nak update blog. Jadinya paksakan diri dan cuba jugak untuk tulih yang mana sempat.
Awal bulan sepuluh hari tu PPT dengan geng badminton mingguan bertandang ke Bangkok (BKK) untuk menyertai perlawanan bersahabatan dengan geng Thailand. Kami ke sana pada lapan haribulan dan balik sepuluh haribulan oktober.
Akhirnya setelah berhempas pulas, pasukan kami kalah dengan agregat empat satu tapi apa yang bangganya adalah dapat bermain badminton di luar negara walaupun dengan kos sendiri. Antara kisah teladan untuk persiapan tahun hadapan:
- Pasukan Dream Team kami kena berlatih atas semua jenis 'surface' termasuk simen dan rubber court. Semasa game, kami lawan atas lantai simen walhal selama ini latihan kami selama enam bulan atas gelanggang parkir.
- Pasukan kami jugak kena berlatih menggunakan semua jenis 'shuttlecock' pasai selama nie berlatih dengan yang Cap Ayam sahaja. Masa perlawanan geng Thailand guna Yonex gred satu yang untuk peringkat antarabangsa sahaja.
- Baru la PPT tahu macam mana perbezaan kemudahan sukan di Malaysia dan Thailand. Nampak sangat kemudahan kita memang tip top.

Sekian, majulah sukan untuk semua..

Isnin, September 20, 2010

Cuba Lagi...

Nampaknya tahapa kemalasan Gaban telah datang kembali dimana saya sudah kembali lupa untuk mengemaskini blog saya sendiri. Ini gara-gara kejahatan FB yang melekakan diri saya sendiri.
Insya-ALLAH saya akan cuba ubah sikit-sikit sikap ini. Minta maaf semua.

Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin

PPT

Selasa, Julai 06, 2010

Moving Out




Salam Sejahtera,
Dah lama sangat tidak menulis dan mungkin ini adalah masa yang terbaik untuk menyatakan apa yang terbuku sangat dalam hati yang sudah mula usang ini. Sebenarnya berat rasa dihati untuk menyatakan hal ini tapi yang terbaik dan perlu dinyatakan. Keluarga PPT dijangkan akan mula berpindah masuk ke rumah sewa baru pada satu Ogos tahun ini. Proses bermigrasi ini akan melibatkan dari kawasan Taman Putra Perdana, Puchong ke Taman Puchong Utama, Puchong juga la.
Tujuan ini adalah sebagai salah satu langkah untuk mencari angin, pengalaman, corat coret kehidupan yang baru sambil memberi lebih ruang kepada Wan Nurul Maisarah dalam proses pembesaran beliau.
Walaupun rumah ini hanya disewa, tetapi kegembiraan kian terasa; dengan keadaan rumah lama sekarang yang dah penuh dengan kotak, sana sini penuh barang membakarkan lagi semangat untuk teruskan usaha. Keluarga PPT akan 'all-out' pada Julai 17&18, Julai 24&25, Julai 31 dan seterusnya Ogos 01. Banyak yang kena buat seperti re-layout, angkat turun barang sikit-sikit lepas waktu kerja, tebuk sana tebuk sini, dril sana sini dan sebagainya.
Keluarga PPT dijangka akan melaksanakan suatu majlis kesyukuran dalam Ramadhan yang akan datang insyaALLAH.
Maaflah kepada adik-adik PPT sekalian terutamanya nadi utama Team Tact, aktiviti yang telah siap sedia bulan ini tidak dapat ditunaikan demi memberi lebih fokus dalam aktiviti 'moving out' ini.
Besarlah harapan PPT agar coretan ini dapat memberi penjelasan mengapa kami hanya berfokus disini sahaja.

Sekian dan insyaALLAH lepas aktiviti ini tamat, kami akan beraksi semula.

Selasa, Jun 01, 2010

Cuba Untuk Berubah La Kawan...

Salam semua,
Dah lama jugak kiranya aku dah tak berblog. Bukan kata bersawang tapi macam dah kena trekking dah.
Apa pun aku akan cuba mencoretkan semula apa yang tersurat dan tersirat dalam meredah liku-liku kehidupan tahun ini.
Tingkahlaku manusia dalam membawa ADAT dan ADAB dalam aspek amat memberi impak yang kuat dalam hidup seseorang.

Sekian.
PPT

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor