Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Selasa, Julai 10, 2012

Tauk Telan Tauk Telan, Mangkit Berjalan La

Setelah sekian waktu berada dalam JB, akhirnya hari ini aku telah melepaskan sekeping surat untuk balik semula ke Puchong. Bukan tak boleh nak kerja disinie tapi dah ramai nasihatkan aku untuk fokus pada keluarga dahulu. InsyaALLAH aku rasa kali ini keputusan yang terbaik untuk aku dalam hidup. Walaupun main hentam saja hantar surat, insyaALLAH rezeki Tuhan ini ada dimana-mana. Lepas Aidilfitri kalau semua hal selesai aku akan cuba cari kerja semula. Berkat doa Ibu Aisha dan Ibu Mertua Rahimah akan menyemarakkan lagi cabaran dan memberikan apa yang terbaek untuk aku sekeluarga. Dah lama tak berblog dan dah lama jugak tak berekreasi. Nanti lama-lama nama blog nie kena tukar lak. Target suku akhir tahun ini dah kembali dengan pendidikan rekreasi luar, dah lama tak mandi laut, sungai atau tasik. Kawan-kawan dan orang yang mengenali aku, doakan kejayaan aku sekeluarga InsyaALLAH.

Rabu, Julai 04, 2012

Cabaran Dalam Hidup

Sejak aku mula hidup di selatan jauh dari isteri dan anak semakin rapuh daya tahan aku harungi cabaran disini. Menjadi weekend husband adalah salah satu perkara yang aku tak penah mimpikan. Perubahan dalam bidang yang aku sedang usahakan ini disini ibarat tidak akan ada perubahan akan berlaku. Orang sinie kurang enak utk cuba berubah tapi apa kan daya aku masih mencuba. Keputusan yang aku bakal ambik ini insyaALLAH akan cuba mendekatkan aku semula dengan isteri dan anak termasuk untuk pertingkatkan peluang untuk berjemaah. Cabaran pasti akan datang bergolek tidak lama lagi tapi aku perlu cuba peluang ini dan bawak perubahan hidup dalam keluarga aku lagipun dah lama tak ke sana ke sinie. Tasik Kenyir pun aku dah lupa bentuk macam mana sekarang, kalau dulu pasti ke sana. Tioman jugak lama aku tak nampak.... Salam dari perantauan..

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor