Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Khamis, November 26, 2009

Memang Ada Baguih La Sikit.....

Semalam mencatat satu lagi sejarah buat syarikat tempat PPT bekerja dimana kami telah memcapai sedikit kejayaan dalam pertandingan Anugerah Bunga Raya Perdana Menteri 2008/2009 dimana pihak syarikat telah memenangi Anugerah Projek Khas (dalam Malaysia hanya 2 pemenang sahaja) dan Anugerah Perak untuk persekitaran. Hadiah telah disampai oleh Timb. Perdana Menteri di salah satu hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Pertandingan peringkat kebangsaan ini telah dimulakan sejak 1996 dan ini adalah penyertaan sulung syarikat. Tahniah dan Syabas.

(blog macam ada masalah, tak leh load gambaq naik)

Selasa, November 17, 2009

Hanyalah Catatan Biasa

Pada mereka yang berminat dan sudi membaca kisah hidup suka duka orang Banjaq terutamanya di kawasan Batu 8 Parit Buntaq, boleh la singgah di http://banjarbanjaq.blogspot.com
Moga segala nukilan dan kisah hidup dapat dijadikan panduan hidup yang lain insyaALLAH.

Isnin, November 16, 2009

Usah Sekat Aktiviti Lasak - Menteri Belia Dan Sukan


Harian Metro - 16/11/2009
KUALA LUMPUR: Tragedi jambatan gantung runtuh di Kem Rekreasi Kuala Dipang, Perak, yang meragut nyawa tiga murid, baru-baru ini, tidak harus dijadikan alasan oleh ibu bapa menyekat anak menyertai aktiviti lasak seperti perkhemahan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kejadian sedemikian jarang berlaku malah hanya disebabkan kelonggaran aspek keselamatan dan tidak boleh dijadikan alasan menghalang belia bergiat aktif dalam aktiviti luar. “Kemalangan berlaku di mana-mana, malah jika anak di rumah sekali pun, risiko kemalangan tetap ada.“Banyak lagi aktiviti lebih mencabar seperti mendaki gunung disertai ratusan belia tetapi jarang berlaku kematian.
“Ini membuktikan kemalangan memang tidak dapat dielakkan dan bagi mengatasinya saya cadangkan golongan belia diberi latihan menyelamatkan diri sejak awal lagi supaya lebih bersedia apabila berdepan keadaan kecemasan seperti lemas dan kebakaran,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Rakan Muda Sektor Perbandaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa, Kampung Pandan, di sini, semalam.

Diharapkan pandangan ahli politik terbabit serta komen dari pihak lain sedikit sebanyak tidak menjatuhkan kemajuan industri ini dalam negara kita. Mungkin faktor utama yang mempengaruhi adalah tahap kecekepan mereka-mereka yang mengendalikan aktiviti luar.
Sikap acuh tak acuh dalam memastikan peserta dilindungi oleh insuran juga semakin tinggi dan tidak dititikberatkan menjadi kewajipan. Dalam erti kata lain tak jadi takpa, kalau dah jadi sapa nak jawab...
Jadi untuk kita yang masih mengkategorikan diri sendiri sebagai penggiat rekreasi sepanjang masa, teruskan lah menabur keringat demi memperkenalkan pendidikan rekreasi luar sebagai salah satu elemen berfaedah dalam diri masing-masing insyaALLAH.
Tiada Hari Tanpa Rekreasi.

Jumaat, November 13, 2009

Sana Sini Sibuk

Taklimat

The Best Among The Best

Kumpulan Peserta

Syukur Alhamdulillah PPT masih hidup atas muka bumi ini. Semenjak dua menjak ini amat banyak aktiviti yang dilaksanakan termasuk lah menjadi suri rumahtangga sepenuh masa akibat MC sakit mata dari 27hb Oktober sampai 5hb November. Lepaih tu la pulak ke Langkawi ada 'back-up' konsultan latihan dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang sekitar Pantai Cenang and Pekan Kuah. Habih saja kerja kat Langkawi kena la pulak 'conduct' internal training untuk Pasukan Bertindak Kecemasan syarikat yang berfungsi menangani sebarang kecemasan dalam kawasan syarikat. Pasukan ini selalu akan dilatih untuk mampu menghadapi situasi kecemasan yang belum berlaku dalam erti lain sediakan payung sebelum hujan.
Apa yang baiknya adalah terpaksa menyiapkan diri menghadapi situasi penting kerana mematuhi masa memerlukan rasa tanggungjawab yang cukup tinggi. Faktor usia memainkan peranan penting dalam hal ini. Itu termasuk lah tersilap cakap dengan peserta,dengan kawan-kawan, penglihatan tak beberapa cantik dan kadang-kadang memerlukan rehat yang cukup. Ini semua perlu digantikan oleh bekalan pengalaman yang sedia ada.
Apa pun terima kasih kepada yang membantu, memberi pendapat, menjaga kebajikan secara langsung dan tidak langsung.
Minta maaf sekiranya tersilap kata, tersalah bahasa, tersilap teka dan macam-macam lagi.
Moga ALLAH S.W.T memurahkan rezeki mereka-mereka yang memerlukannya. AMIN

Khamis, November 05, 2009

Syukur - Appreciation


Received from Shah Alam OCPD

List of receipients

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor