Di kala semua umat ISLAM seronok menyambut Aidilfitri dan ianya akan tamat pada minggu nie, rasanya masih sempat bermaaf-maafan antara satu sama lain. Apa lagi yang dikata, sebagai seorang yang lebih tua dari Otai-Otai PERLU semua PPT perlu menerima keputusan setiap individu yang ingin membentuk masa depan. Sampai suatu ketika ini Alumni-Alumni tertentu terasa hati dengan posts dari PPT di mana sedikit sebanyak menguris hati dan perasaan.
PPT pun manusia yang serba kekurangan, ada sihat, ada sakit, ada hati dan perasaan dan sama sahaja seperti orang lain. Semenjak dua menjak nie banyak sangat 'update' yang diterima dari PERLU UiTM dan alumni. Orang tu cerita nie lah, orang tu cerita tu lah dan macam-macam lagi. Semuanya PPT terima dengan hati yang terbuka tanpa segan silu. Macam Boss penah kata; Mana Budi Yang Telah Ditabur; adakah hasilnya telah kita nampak.
Rasanya dalam dunia rekreasi nie, kita tak penah diajar untuk membanggakan diri dengan apa yang ada contohnya kursus-kursus yang penah di hadiri, achievements dan sebagainya. Kenapa tiba-tiba ini semua berlaku, adakah kita lupa dengan peristiwa-peristiwa terdahulu.
Kalau nak diikutkan PPT sendiri nak 'stop' mengata sesuatu tapi rasanya kena lah jugak cakap ttg senario dalam rekreasi Shah Alam. Sekarang nie dah mula ada yang berani cakap aku nie lebih tu, orang tu kurang dari lagi aku dan sebagainya. Industri rekreasi kita nie kecik saja, janganlah lebih sudu dari kuahnya. Macam 'We Green The Earth' penah cakap ingatlah orang-orang terdahulu punya pencapaian dan sebagainya. Bukannya PPT nak suruh ingat tentang PPT tapi dah biasa lihat adik-adik jadi 'kacang lupakan kulit' atau lebih specific lagi 'lupa daratan'. Ilmu sebesar kuku tapi cakapnya 'sound system stadium' pun kalah. Ingatlah kalau setakat menimba pengalaman dalam UiTM saja atau FSR, tak ke mana perginya 'knowledge' kita dalam rekreasi. Boss ada cakap ttg 'black rubber ball'. Tengok sekarang bila ada aktvt saja kena handle orang tu tunjuk orang nie, orang nie tunjuk orang tu dan macam-macam lagi. Kata dah ada Level II, uruskanlah sendiri ......
Cubalah kawan-kawan semua, student-student semua, yang muda-muda termasuk diri PPT sendiri apakah yang dinamakan hidup berpersatuan, adakah dengan tayangkan kehebatan kita, bawak awek ke sana ke sini, posts sana sini, cakap macam tin yang kosong atau sekadar di pinggiran sahaja yang kita sendiri banggakan. Mana perginya ayat-ayat dalam 'WOnderpets' dan lain-lain lagi.
Itulah ulasan tentang tajuk diatas, sapa yang tergigit cili tu memanglah pedas tapi sapa yang letak cili kat mulut tu mana ada pedasnya. PPT mintak maaf dalam bulan Syawal ini.... PPT sendiri paham dengan situasi orang muda zaman sekarang, takleh ditegur nanti merajuk dan muka merah, takleh dikata nanti tinggalkan rekreasi, takleh dinasihat nanti masuk bawah ketiak awek pulak, takleh dikata nanti timbul lah Anonymous tu. Bila terasa hati nama kita pun orang mudah lupa kan.... Almaklumlah dunia sekarang dah maju; cakap tak guna tembak tak kena....
Sedih Oh Sedih, salah seorang adik PPT telah membuat keputusan untuk tidak berblog lagi. Mungkin itulah keputusan yang terbaik penah dia ambik dan PPT hormat keputusan dia tu. Cepat-cepat mintak maaf sebanyak mungkin dan sentiasa merendahkan diri kita kepada orang yang melahirkan kita. Ingatlah mereka sementara masih ada. Mungkin suatu hari dia akan kembali berblog atau Mungkin tidak.
Orang akan kata apa lah orang tua nie, masa orang tengah demam raya pun nak kata kat orang jugak kan .... Tapi biarlah apa orang nak kata tentang kita..............................
Akhir kata, Jeti Padang Kota dan Apa Lagi Yang Nak Dikata..........
Cheers....
5 ulasan:
mcm blog chedet plak
Kilang Lama Kulim Kedah, Yang Sudah tu Sudah
pantun bos mmg canggih..
hehehe..
lalala~
petang2 mkn pengat,
terima kasih bang krna mengingat..
salam...
petang2 minum teh, apa crita...??? (sori takdan nak pikiaq pantun)
Biasala.... insan itu pelupa... nanti bila dia dah terantuk mungkin dia ingat....
sapa yang berkokok lebih tu...???
mungkin kalau dia junior...dia tiru senior kot...
apalah yang di harapkan pada budi yang ditabur.... di kampung saya Batu 2 Lama... kes semai benih padi tapi yang tumbuh lalang... apatah lagi manusia...
cakap tak guna tembak tak kena... siku boleh kot...
tin kosaong kalao banyak bunyi pijak bagi leper senyapla...
Catat Ulasan