Antara peminat tetap beliau - Jazmina dan Jazman
Dari Tasmania - Orang lain pun sibuk sama mendengar muzik
PPT kerap menceritkan tentang KakChik sekeluarga disana tapi tidak berpeluang memperkenalkan satu-satunya abang ipar PPT yang hidupnya hanya kepada muzik semata-mata. Abang ipaq PPT nie boleh dikatakan usia memang Otai la. Dia lagi tua dari Kak Ina dan rasanya umur dia dah 40 tahun lebih. Pernah hidup lebih dari 10 tahun di luar negara dan masa dia balik ke Malaysia tak silap tahun 2001, jumpa KakChik kat Penang terus ajak kahwin.
Abang Man nie jenis orang yang tak suka berhutang. Apa sahaja barang dia beli semuanya tunai. Kereta ka, peti sejuk ka, tv ka semua mesti dalam bentuk tunai. Sebab tu dia nie pandai simpan duit.
Masa PPT mula-mula kenai dia, dia kata dia nie pemuzik dan kenal macam-macam artis. Mulanya PPT mana percaya benda karut-karut nie. Tapi lepas Abang Man kahwin dengan KakChik, kami dapat berjumpa artis seperti Ramli Sarip, Man Kidal, Nash, Saleem, Hattan, Ella dan lain-lain lagi. Semua artis nie kami dapat kenai sebab Abang Man pernah back-up depa masa 'live concert' atau 'recording'.
La nie Abang Man tinggalkan semua tu untuk bersama-sama KakChik di Tasmania tempat dimana peluang mencari kerja amat mudah. Buat 'part time' cuci rumah orang pun boleh dapat RM65 sejam.
Untuk Abang Man dan KakChik sekeluarga, 'work smart' dan carilah pengalaman sebanyak mungkin di negara orang..
Cheers....
4 ulasan:
yeah.....
keep it up..take care
Janji rezeki halal...Wat ape pun xpe..=)
Betul tu, rezeki ada di mana-mana. Yang penting jangan malas-malas [teringat pesan Tok Guru Lancheng].
salam
betui2x hicmat...kalau nak jadi jurulatih jangan malas2x...lama betui ayat tu duk dalam kepala..dah berapa lama ek..
Catat Ulasan