Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Khamis, Oktober 30, 2008

Dua Tiga Kucing Berlari, Dah Takdak Apa Nak Cakap Lagi


Macam-macam orang call dan tanya apa sudah jadi dan apa cerita.... Dan macam-macam pantun baru dan lama yang PPT dapat dalam komen posts terdahulu. Terima kasih diucapkan.
Seperti apa yang dah dimaklumkan pada seseorang, biarlah PPT berdiam diri dari berkata sesuatu yang boleh buat orang pedih hati. Ada yang dapat tangkap dan ada yang langsung tak dapat apa-apa. Yelah, kadang-kadang tu dalam cerita Tan Sri P.Ramlee banyak menceritakan nasihat dan teladan sehingga dapat digunakan la nie. Bini tua tetap tua dan yang muda belajaqlah hormat yang tua dan tidak bersifat kurang ajaq.
Biarlah mereka-mereka ini pandai menyelesaikan masalah masing-masing dan tahu membawa haluan diri. Kan dunia dah maju zaman dah berubah....Memang susah untuk menegur anak bangsa tentang hidup. Ingatlah ini bukan semata-mata untuk mana-mana pihak tapi adalah lebih kepada penggiat rekreasi yang mengenali PPT.
Yang dah mula bekerja, kerjalah bersungguh-sungguh kerana ekonomi dunia semakin buruk. PPT sendiri dan para pekerja lain dah mula dipaksa habiskan cuti tahunan untuk kurangkan kos operasi harian. Entahlah sapa lagi yang terlibat. Silap haribulan akan berlakulah Unpaid Leave Nanti. Yang turut sama terlibat, nanti kita sembang-sembang lagi naaaa.....
Yang belum lagi ada kerja, cepatlah cari kerana ada kemungkinan kecik Malaysia juga akan kena tempiasnya. Kerajaan cakap harga barang dah mula turun, depa cakap tapi depa tak turun tengok dan pantau sendiri sepanjang masa.
Yang masih lagi jadi student, ingatlah bahawa ijazah atau diploma tidak akan membawa anda ke mana-mana tanpa sebarang kemahiran spesifik. Kemahiran Tin Kosong tu akan membuat anda tiada kemahiran langsung. Study Smart dan elakkan dari nak ajaq orang bekerja macam mana nak hidup....
Setakat ini sahaja, rasanya dah berbuih cakap dan kata-kata macam-macam tapi orang-orang muda ini terlebih pandai. So biarlah apa nak jadi, PPT nak tengok sahaja dimana 'ending' nya. Yang rasa dah mula terhantuk tu, tq lah kerana berinteraksi, yang buat-buat blurr tu takpa masa kan ada, mari kita lihat sapa yang kena....
Macam pepatah dulu-dulu; Ketawa Hang Ketawa Mengena, Ketawa Aku Hang Yang Terkena.


Cheers.....

2 ulasan:

teamtact berkata...

apa dah jadi....

lawak pun ada, sedih pun ada.... kenapa ini semua perlu terjadi... adakah ada yang berasa iri hati... atau ada yang bangga diri...
atau takda apa yang terjadi....
tapi saja nak bagi berapi....
kata kawan sehidup semati....
tapi kenapa belum apa2 dah jadi macam ni.......????

saya tak tau dan tak pura-pura,
tapi apa yang dah jadi ni amat memalukan.... memalukan sapa... semua orang pikir la... ini bukan masa untuk berpecah.... tapi kalau nak pecah nak buat macam mana... dah hampa tak mau selamatkan... bagi aku....

"LAWAN TETAP LAWAN"

teamtact berkata...

"mari kita lihat sapa yang kena..."

"Ketawa Hang Ketawa Mengena, Ketawa Aku Hang Yang Terkena"

jagan....jangan...sepanjang saya kenai abang saya tak rasa abang akan cakap macam ni.... saya tak tau la abang bercakap atas dasar apa.... harap-harap boleh tau...

buat pa bang kita nak kenakan dia... lagi baguih kalau kita doakan depa...

"kapak teras tualang, nasib tak
baik kapak melantun balik"

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor