Hari Raya Ketiga selalunya kami akan mula bertandang dalam kawasan Pulau Pinang. Jadi seperti biasa rumah Pak Chaq and Kak Maheran akan menjadi salah satu destinasi kami tahun nie. Raya ketiga cuma dapat bertandang ke 2 rumah sahaja selain menziarahi kubur arwah Tuan Othman Hajid aka ayah PPT.
Malam Sabtu meneruskan percutian raya kami ke Parit Buntaq pula iaitu rumah mertua PPT. Biasa la kat sini bab makan dan minum memang sentiasa ada tanpa ada halangan kerana banyak tukang masak 'available' sepanjang masa.
Raya keempat banyak dihabiskan dalam kawasan Perak dimana ke rumah Yasir Foo, rumah Along, rumah Wati dan sebagainya.
Raya Kelima iaitu Ahad PPT sekeluarga ke negeri Kedah untuk 'Jejak Kasih' cikgu-cikgu rekreasi PPT yang tak berjumpa lebih kurang 12 tahun. PPT cuma dapat berjumpa dengan Abang Sabani Mat Desa dan Zaraim Mat Lazim. Abang Chot aka Fisol bertugas dan masa tu dia di Terengganu. So insyaALLAH masa Raya Haji nanti PPT akan Jejak Kasih Abang Fisol di Balai BOMBA Kepala Batas. Selain tu jugak Ibu Maisarah dapat berjumpa dengan 'classmate' lama iaitu Bai batch Talang yang sekarang nie bekerja sebagai Store Manager di Pizza Hut Bukit Mertajam. So malam tu makan free lah kami.
Hari Isnin tu sempat lagi PPT 'outing' tapi Ibu Maisarah dan Anak Ayah direhatkan kerana mereka telah penat dan kehabisan tenaga. PPT keluaq dengan Wan aka adik Ipaq yang mana banyak bloggers kenai dia la kan. Kami weng sana weng sini sampai ke Bandar Perda dan Bukit Mertajam sekali lagi.
Hari Selasa tu teriuh balik ke Puchong Selangor tapi sempat lagi singgah rumah Yasir Foo ambik Putu Kacang yang amat mantap.
Cheers....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan