Mungkin semua orang tertanya-tanya dengan gambar diatas. Anak ayah Wan Nurul Maisarah yang aktif, cerdik, pintar dan berfikir lebih dari Ibu dan Ayah. Syukur pada ALLAH S.W.T.
Jumaat lepas semasa Ibu Maisarah tengah masak di dapur dan PPT tengah mandi, Anak Ayah telah dapat panjat almari solek aka tempat dia selalu 'practice' climbing dia dah dapat botol minyak Baby Johnson. Apa lagi mandi minyak la dia. Habis separuh botol dia buat mandi manda. Bila PPT keluar tandas, langsung tak dengaq bunyi loceng kaki, maknanya dia tengah buat sesuatu. Risik punya risik dia dah pun berlumuran dengan minyak.
Nasib baik la minyak tu tak pedihkan mata dan Alhamdulillah Anak Ayah selamat. Selama nie sejak sebelum puasa lagi dia dah 'aim' botol minyak tu dan minggu lepas dia berjaya.
Alahai Anak Ayah..... Nak ikut macam ayah dia la tu.... Mandi minyak jugak.
Cheers....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan