Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Isnin, Ogos 18, 2008

Remember Our Basic Or Forget About It


Adakah kita rasa kita berada ditahap yang sewajarnya?

Manusia INI and MNI - Rasa Diri Di Level 5 (Syok Sendiri)

Rekreasi di Malaysia merupakan salah satu industri yang kian berkembang. Walaupun ianya merupakan bukan penyumbang utama negara, rekreasi di Malaysia telah banyak melahirkan penggiat-penggiat rekreasi yang berwibawa dan mampu mengendalikan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi walaupun belum lagi mampu bertanding di persada Olimpik.
Fokus kali ini adalah lebih kepada penglibatan para penggiat rekreasi dimana kali ini akan menceritakan kehebatan penggiat-penggiat rekreasi yang hebat belaka. Tujuan utama posts kali ini adalah untuk memberi sedikit pandangan berkenaan scenario di Semenanjung Malaysia dalam konteks rekreasi. Tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa pun dalam konteks kali nie cuma luahan untuk tatapan semua agar berfikir tentang tajuk di atas.

Level 5 - Excellent (Next to God)
Level 4 - Above Expectations (Master in the Universe)
Level 3 - Meet Expectations (Sendiri Mau Ingat)
Level 2 - Below Expectations (Lu Pikir La Sendiri)
Level 1 - Poor (Nak kena blanket)

Kali ini, PPT ingin berkongsi dengan para pembaca tentang beberapa orang penggiat rekreasi yang rasa mereka ini hebat atau lebih mudah Level 5. Dahsyat-dahsyat. Rasanya dulu depa nie apa pun tak tau, kalau setakat tau buat aktiviti-aktiviti biasa contohnya Blind Trail tapi yang lain tak tau, rasanya orang lain tahu rating depa nie semua. PPT ingin mencoretkan sedikit sebanyak tentang hal nie kerana golongan nie sehingga sekarang masih lagi mengatakan yang cikgu depa, pensyarah depa, kawan-kawan yang memberi ilmu pada depa salah dan perlu dibetulkan. Tapi bila kata tak betul bukan nak menjelma dan membuat pembetulan tapi sekadar membawa cerita satu Malaysia. Adakah depa dah lupa sapa depa selama nie. Itu tak betoi, nie tak betoi. Yang bestkan lagi scenario nie kerja depa la nie mencanang pada orang lain depa nie level 5 dan selain itu menceritakan keburukan orang-orang yang penah memberi mereka kehidupan sebelum depa jadi mewah hari nie. Tapi pandai depan orang-orang yang depa tengah mengata nie lembut aje lidah, cakap yang baik-baik saja. Sila rujuk atas untuk rujukan level-level berikut.
Yang amat menyedihkan adalah sampai la nie depa nie masih buat kerja-kerja mengutuk, mengata, mencaci golongan-golongan yang tidak berdosa. Walhal kalau berdepan buat macam takdak apa yang berlaku langsung. Budak PERLU UiTM walaupun sebelum nie ada masalah taklah sampai begini dan dah pun selesai. Otai-otai pun tak rasa diri mereka Level 5 pun. Mungkin para bloggers ada idea atau boleh bagi pendapat bagaimana nak menyedarkan golongan Level 5 ini? Apakah pendekatan yang sesuai untuk proses ini? Apa cara untuk sedarkan mereka yang tidak sedar diri ini? PPT menunggu komen dan pandangan.........

Cheers....

3 ulasan:

mkaw77 berkata...

biasa la bila dok kat atas mana nk tgk bawah lagi.. sumbat jer dlm kandang buaya...

ADDIN "My Life Is Beautiful" berkata...

tak pa....biaqkan dia dengan labu-labunya tak kemana pun ..lama lama org tau juga siapa dia ...

teamtact berkata...

Salam rekreasi....

kita bersemuka...kalau depa takut nak jumpa, kita p ketuk pintu rumah depa...kita p tanya depa apa depa nak...!!!

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor