Maisarah dan lembu kat belakang dah mula suka kat TSS
Hari Ahad lepas PPT sekeluarga dan TSS sempat membuat senaman kaki di pameran MAHA yang berlangsung dalam kawasan UPM. Kami sempat menghabiskan masa dalam lebih dari 4 jam. Banyak perkara baru yang dipelajari tentang perkembangan pertanian, perladangan, peralatan yang diguna pakai seterusnya seperti biasa minat PPT melihat kerenah manusia disana. Macam-macam kerenah yang dapat dilihat semasa pameran ini yang mengumpulkan ribuan pelosok manusia dalam dan luar negara.
Haiwan-haiwan yang dibawa jugak adalah dari baka luar negara seperti Jepun, Kanada dan sebagainya. Cuma terdapat beberapa isu yang ingin dibangkitkan dalam posts kali ini. Bukanlah untuk mengkritik mana-mana pihak tapi sebagai insan biasa rasanya ianya dapat diperbetulkan. Yang pertama inilah kali pertama bayaran letak kereta dikenakan sebanyak RM2.00. Memanglah tidak mahal tetapi sebelum nie pun takdak pun. Selain itu jugak kalau ada yang berminat nak naik tram, bayaran RM1.00 dikenakan dan dari pandangan mata kasar PPT, tram tersebut memanglah tidak selamat. Selain itu jugak laluan pejalan kaki jugak adalah laluan untuk tram, bas, motorsikal, kenderaan VIP, buggy dan sebagainya. Pelik jugak pihak penganjur mengambil berat hal-hal kehadiran para VIP tetapi orang ramai seperti tidak dipedulikan. Seperti biasa kemudahan tandas tidak beberapa cukup dibandingkan dengan jumlah pengunjung yang datang. Memanglah ini semua berkait rapat dengan kos dan duit tetapi rasanya budjet untuk kementerian yang uruskan pameran ini rasanya besar jugak kan. Maaflah kalau PPT tersilap kata dalam hal nie.
Sepatutnya kerajaan patut menggunakan peluang ini untuk memastikan para pengunjung mendapat kemudahan yang sewajarnya. Kawasan yang digunakan memang luas tetapi tempat untuk rehat sementara boleh kira jumlahnya. Entahlah sapa yang patut dituding jarinya dalam hal nie. Hairan kerana semasa pameran ini hanya VIP dan dari kedutaan asing dilayan seperti anak raja. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik dibiarkan berjalan seperti biasa.
Cheers......
3 ulasan:
ada pi jugak ari tu.. x nampak plak PPT & TSS. Myabe sbb orang ramai kot. Aku akan forward kan permasalahan ni kat kawan kita yg paling sibuk hari tu, Jep. VIP jer dier layan... HENSEM GAK TSS TU YER..!! Aku x kecik ati kalu ramai awek minat kt dia lpas ni..
Tima Kacih la mohd kamal sbb puji aku.. nanti aku blanja nasi line clear...
kenapa tak cal bro..aku ada kat area tu control cleaning zon 1 (parking) dan zon 2 (dewan pameran)
Catat Ulasan