Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Jumaat, Julai 25, 2008

Masanya Telah Tiba

Lepas ke tak nie, kuatnya diaorang sehati sejiwa

Pagi nie rasanya semua pelajar FSR baik diploma ataupun 'degree' telah mula sibuk dengan persediaan akhir sebelum masuk ke kawasan perkampungan hari nie. Tak lupa jugak dengan kesibukan para PERLU UiTM dan Alumni bertungkus lumus menghulurkan bantuan kepada 'junior-junior' sekalian.
Apabila terbaca blog dari 'TeamTact' malam tadi mula terdetik di pemikiran PPT dimana istilah 'Black Rubber Ball' dimana apa yang sedang berlaku adalah sama sahaja pada zaman dahulu kala. Rasanya Alumni dan PERLU UiTM sekarang pun sebelum menjadi fasilitator adalah seperti mereka jugak. Diam tanda protes, baling tu baling nie, mengutuk 'fasi' dalam hati adalah lumrah dalam pembikinan 'first camp' dan 'final camp'. So apabila terkena kembali pastinya tenaga-tenaga pengajar pun merasakan perkara yang sama. Cuma apa yang membezakan adalah mereka nie telah lali dan tahu apa yang akan dihadapi sekiranya tiada bimbingan dan tunjuk ajar fasilitator terbabit. Contohnya zaman dulu kalau 'final camp' ke Tasik Banding atau lebih gah lagi Tasik Temenggor. Bayangkanlah kalau ada tertinggal barang apabila dah masuk ke dalam hutan yang memerlukan 3 jam perjalanan. Mula lah semua orang menuding jari antara satu sama lain dan akhirnya 'talian hayat' diminta dari 'fasi' untuk cuba menyelesaikan masalah terbabit.
PPT masih ingat lagi zaman dahulu semasa beraksi, kadang-kadang tu kertas cadangan terpaksa dibuang untuk memastikan Pengarah Program tidak leka dan lupa segala perangcangan. Dan apa yang berlaku sekarang kebanyakan ahli dan alumni adalah dari kalangan mereka yang zaman menjadi peserta banyak menimbulkan masalah. Tetapi sekarang berkat ilmu atau 'budi telah ditabur' membuatkan golongan nie tahu tentang kehebatan dan nikmat hidup dalam zaman rekreasi. Rekreasi tidak hanya di hutan atau gunung tapi sebenarnya ianya adalah kehidupan harian kita. Dengan 'gathering', pergi memancing sama-sama, mandi air terjun sama-sama, trekking dan macam-macam lagi telah banyak merapatkan hubungan antara manusia. Dan kadang-kadang ada yang terus ke jinjang pelamin. Contohnya PPT sendiri, Yusri Awang dan sebagainya. Bagus jugak 'bercouple' dalam bidang rekreasi tapi kena lah ada batas supaya ikatan persahabatan dengan kawan-kawan lain tidak renggang atau terlepas begitu sahaja. Dalam semester ini juga lah titik mula untuk menjinakkan para 'junior' ini semua dengan rekreasi supaya akan ada pelapis untuk PERLU dimasa hadapan. Ada yang akan tumbang dan ada yang akan terus berdiri dan maju kehadapan demi memajukan diri sendiri dan persatuan.
Akhir kata untuk adik-adik PPT sekalian, relaks dan cool. Budak-budak nie mungkin perlukan perhatian tapi menggunakan cara lain untuk 'approach'. Mungkin depa nie nak tengok jugak 'senior' depa nie semua tin kosong atau ada isi.

'Good luck to all and Stay Tuned'.


Cheers.........

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mendidik dan mengajar itu ada bezanya. Rekreasi mendidik insan dengan ilmu yang disampaikan melalui pembimbing. Perkongsian Ilmu yang tidak akan diperolehi di dalam bilik kuliah. Jangan lupa jasa mereka.

sname berkata...

dorng dah bole menilai selepas tamat program kot..
=P

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor