Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Isnin, Julai 28, 2008

Money Is Not Everything - Part 2

Gaya Mesti Mau Ada........

Dikala PPT sibuk dengan tugas harian serta memberi sepatah dua kata untuk pembikinan TOT, 'First Camp' dan lain-lain kepada mereka yang memerlukan pendapat, terdetik PPT untuk fokus semula kepada isu yang sedang hangat diperkatakan di Negeri Terengganu iaitu beli Mercedez Benz oleh kerajaan pusat.
Akhirnya telah diumumkan oleh media yang isu ini "selesai". Alhamdulillah syukur pada TUHAN hal sebegini telah OK. Tapi yang lagi OK nya 14 biji kenderaan terbabit masih dikekalkan dinegeri yang sama dan dikhaskan untuk kegunaan tetamu walaupun berharga RM3.43 juta.
Bayangkanlah walaupun kerajaan pusat telah mengarahkan semua Exco Terengganu menggunakan kenderaan rasmi iaitu V6 Executive, tetapi kenderaan yang kononnya telah dikhaskan untuk tetamu masih akan berada dibawah naungan kerajaan negeri Terengganu. Pihak mana pulak yang akan menanggung kos pembaikan kenderaan ini pula walaupun pada hakikat pembelian Mercedez ini untuk mengurangkan kos 'maintenance' tetapi sekarang kos telah bertambah kerana kenderaan V6 sedia ada perlu juga dijaga. Nampaknya memang masalah ini dah selesai dan beban yang bakal ditanggung akan juga selesai kerana jalan mudah akan digunakan iaitu penggunaan 'wang rakyat' untuk memastikan kenderaan-kenderaan terbabit boleh diguna pakai nanti. Kalau tak gunakan 'wang rakyat' tak kan lah tetamu-tetamu yang bakal menggunakan kenderaan mewah ini kena bayar kos 'repair & maintenance', cukai jalan dan insuran apabila mereka selesai gunakan. Tak masuk akal lah dan tapi nak buat macam mana, isu ini dah 'settle'.
Dari PPT tahniah kepada semua kerana telah berjaya dengan terbaik menyelesaikan masalah ini walaupun ada 'additional cost inccured'. BRAVO.......


Cheers.........

3 ulasan:

teamtact berkata...

salam,
PERLU pun akan menjadi tetamu negeri Terengganu pada bulan 8 ni... boleh la kami naik kereta baru..... pada saya ini semua mengarut.... pasti ada udang sebalik mee...... ramai lagi manusia yang boleh mengecapi sedikit kesenangan dari duit yang berjuta-juta untuk beli kereta tu....

PPT berkata...

Alamak,
PPT dah lupa bab tu. So boleh minta bahagian perancangan untuk Final Camp nanti untuk minta kenderaan-kenderaan tu. BOleh guna masa aktiviti basikal ka, angkat barang, Marshall guna ka, apa ka...
Tak leh pakai pakaian 'Outdoor'lah, kena pakai tali leher dan kasut kilat.

Cheers....

mkaw77 berkata...

Tak dapat naik kreta merc, bas merc pun jadi la..!! Teringat kenangan lalu di Terengganu. Buat kengkawan UiTM Dungun (Julai '95), "Senyum Sokmo".

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor