Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Khamis, Julai 24, 2008

Money Is Not Everything

"Duit dah cukup, tak dapat tahun nie tahun depan pun jadilah"

Hari nie merupakan rekod PPT apabila berjaya menghasilkan 3 posts dalam sehari, Alhamdulillah dan syabas PPT. Terdetik PPT untuk berkata sesuatu tentang berita hari ini. Kerajaan Terengganu dilarang menggunakan kereta Mercedez untuk diberikan kepada geng-geng Exco. Maaf yea orang Terengganu.
Pelik juga kan dunia zaman sekarang dikala harga minyak naik menjulang, harga barang yang tak stabil. Sana suruh jimat, sini suruh jimat tapi akhirnya ada jugak yang nak cuba hidup mewah zaman sekarang.
Kalau dulu PPT ada terbaca yang Lim Guan Eng ke Kuala Lumpur naik Air Asia tiket murah, orang terkejut tapi itu jugak dinamakan 'cost saving' kan. Hari nie sendiri syarikat PPT bekerja sendiri telah menghantar email kepada semua pekerja untuk berjimat cermat, jangan rosakkan harta syarikat dan sebagainya. Tapi kalau pekerja syarikat hari nie baca berita tentang tahap pemikiran kerajaan Terengganu, apa agaknya terdetik dalam pemikiran orang-orang golongan rendah atau pertengahan....... Dah la tu buat meeting kat Le Meridian KL, kos takyah PPT nak cakap la, bloggers boleh pi tengok sendiri kemewahannya dan boleh tau harga kalau digunakan untuk sehari atau separuh hari. Tak kan lah meeting kalau buat kat dewan ka, bilik mesyuarat kerajaan negeri mana-mana ka 'result' dalam meeting akan jadi lain kot........
Kalau ya pun janganlah 'kondem' kereta Malaysia walaupun pada hakikatnya mungkin ada masalah. Kita tu orang kerajaan dan merupakan pemimpin negeri, kalau macam nie macam mana orang nak hormat. Tentang isu nak membangunkan semula Tasik Kenyir, nak buat tu nak buat nie. Rasanya masalah utama adalah 'marketing' dan 'tranportation' kat situ. Kalau lah boleh repair semula kemudahan sedia ada dan bukan buat benda baru nanti akan rosak lah persekitaran disitu. Entahlah mungkin ini merupakan idaman wakil kerajaan Terengganu dalam memimpin sambil menyalah gunakan wang rakyat? Barulah ini namanya 'mesra rakyat'.....
PPT tak lah sokong sapa sapa pun, tapi kalau macam nie macam mana warga Malaysia nak ikut saranan dan nasihat kerajaan dalam hal berjimat cermat.......... PPT orang yang tak pandai dalam politik pun boleh tercakap sesuatu, kalau orang lain entahlah......
Harap-harap dalam rekreasi tak kan jadi seteruk macam nie........
Cheers......

4 ulasan:

hisyamchemat berkata...

Saya juga turut bersimpati dengan rakyat Terengganu. Apa salahnya pakai kereta nasional kan? Semuanya duniawi semata-mata. Kalau rosak tengah jalan pun bagus juga, boleh tumpang kenderaan rakyat marhaen atau rasa naik kenderaan awam. Tadi bila tonton Buletin Utama dapatlah sedikit sebanyak saya jangka apa kesudahannya. Kita tunggu. Benarkah BPR akan menyiasat habis-habian atau sekadar...
Jangan jadi macam Karam Singh Walia kata, "Seperti anjing menyalak bukit, Bukit tak bergerak...anjing yang sakit tekak.

PPT berkata...

Nak kena siasat mana tau Karam Singh Walia ada blog sendiri....
Banyak perumpamaan kita akan dapat nanti...

Cheers...

mkaw77 berkata...

Reformasi...Reformasi..!!! Dah lama x dengaq sahabat aku DSAI laungkan slogan keramat ni.

ahboy berkata...

wahhh...steady arr bang...
ni memang leh jadi calon ADUN puchong perdana ni bang...

cheers!!!

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor