Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Khamis, Julai 24, 2008

Macam-Macam Ada

Hang dengar ka tak apa aku cakap nie?

Seperti yang diceritakan oleh bloggers lain seperti 'Andainya Ku Tahu', 'Tropic Puppet' dan lain-lain; hujung minggu nie dengan izin ALLAH sekali lagi kelas Boss akan berlangsung di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cherakah atau nama barunya Taman Botani Negara terletak di Seksyen 8 Shah Alam. Kali nie ianya akan menggabungkan pelbagai jenis kelas termasuk dari kolej Instech (kalau tak silap) saya dimana pensyarahnya Ustat salah seorang junior PPT dan ex-student Boss akan turut serta. Para pelajar 'degree' juga dengarnya akan juga menghadiri aktiviti ini.

Memang best dan dah macam perkampungan rekreasi insyaALLAH minggu nie. Macam 'yy' ada berpesan pada PPT, jangan pulak lupa datang yea..... Tengoklah macam mana. Dengan izin ALLAH S.W.T PPT sekeluarga akan ada kalau tiada halangan. Tapi macam mana pun kalau PPT takdak pun Alumni lain dan PERLU UiTM mampu tolong Boss pada perkampungan kali ini. Macam 'Tropic Puppet' ada cakap yang PPT nie dah semakin lama dan mungkin 'Tropic Puppet' betul. Rasanya 'knowledge and competency' PPT semakin berkurangan disebabkan faktor usia dan berkeluarga kot. Entahlah.....

Macam 'yy' ada cakap pada majlis ilmu Ahad lalu, PPT dah berubah..... Kalau dulu PPT nie tahu tahu lah kan, PPT dah buat banyak orang benci dan tak suka semasa mana-mana kem tapi sekarang dah lain. Nak marah atau nak tegur orang lain pun jadi kesian. Tapi berkat doa guru-guru PPT akan macam nie jugak selagi hayat dikandung badan dan selagi nyawa masih bertahan. Bila dapat tahu yang 'trainer' yang ajar PPT masa ambik 'Life Saving Course' menghembuskan nafas dikala umur 39 tahun pada 17 Julai lepas, PPT sendiri mula berhati-hati dengan kehidupan dan lain-lain lagi. Tapi kan ajal dan maut ditangan ALLAH kan.....

Cuma seperti biasa adalah menjadi harapan orang-orang macam PPT nie supaya dapat melihat komunikasi semua pihak semasa perkampungan berlangsung menjadi dua hala. Yelah hujung minggu nie macam-macam lapisan masyarakat akan ada. Budak diploma, budak 'degree', budak dari kolej lain, pensyarah lain dan macam-macam lagi lah akan turut sama sehati dan sejiwa. Harap-harap tiada yang berubah fikiran, ego naik, ego turun .... seperti mana penah berlaku dalam 'Banding 01'.



Cheers ......

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam PPT,

Saya ada salah cakap ke?

sname berkata...

ha..
apa yang terjadi?

PPT berkata...

Azmie dan Abe,
Relaks dan jangan takut.
Takdak apa yang tersilap dikatakan. Mmg betul sekarang pun bila baca blog student Boss yang guna 'short form' memang susah nak paham laaaa.
Kalau rasa bersalah PPT minta maaf tapi macam biasa lah durian D24 3 biji naaaaa......

Cheers......

Tanpa Nama berkata...

Blog student2 boss yang saya baca banyak pakai short form... Kadang tu saya sendiri tak paham apa yang diorang nak sampaikan... Boleh hilang minat nak baca apa yang diorang tulis...

Tanpa Nama berkata...

salam bro..

abg berubah menjadi baik n jd pendengar setia saya...
hehehhe
perubahan bro ke arah kebaikan..ok le tu..
dtg tau t.o.t..
'jgn tak jadik lak'
heheheh

cheers

hisyamchemat berkata...

PPT izinkan saya perbetulkan INSTEDT daa. Institut Teknologi Darul Takzim. Marah orang Johor nanti. Pasai pelajar outdoor recreation saya tu... bagilah depa peluang. Baru nak belajaq menulis bang. Jangan disekat atau di'cantas' keinginan depa tu. Sekurang-kurangnya daripada 29 yang mendaftar subjek outdoor recreation ada la 2/3 orang rajin menulis. Yang lain sibuk kot!

PPT berkata...

Sorry lah tersilap letak nama institut tersebut.
Yup, bila baca blog TeamTact malam tadi tentang student, memang depa nie sibuk sangat sampai final preparation pun tak mai.
Takpa Boss PPT suka baca blog depa nie semua sebab teringat zaman dulu-dulu, ada yang banyak letak gambar baguih-baguih, ada yang menulis tak sampai 10 patah perkataan dan macam macam lagi lah. CUma bila kebanyakannya menggunakan 'short form' dalam penulisan, nak tanam minat membaca jadi susah sikit bila mai bab pemahaman.

Cheers....

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor