Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Selasa, Julai 22, 2008

Malu Bertanya Sesat Jalan

Aku Dah Cakap; Ada Yang Tak Nampak Apa Didepan Walaupun Diberitahu

AHAD 20 Julai 2008 - Selepas ada segelintir bloggers melepak di 'Home of the Reserve' hujung minggu lepas, kami semua telah merancang sendiri aktiviti pra-gathering kami pada hari Ahad lepas. Pada paginya kami sempat membuat senaman ringan di 'Car Boot Sale' Seksyen 13 Shah Alam dan ianya dimulakan dengan menikmati roti telur di Puchong dahulu, lepas tu Mee Kari, Bihun Sup, Laksa, Teh Ais dan Teh 'O' Ais sebelum memulakan senaman di pasar pagi tersebut. Cuaca amatlah panas tapi kami turutkan juga. Yelah kan semua bekas budak FSR. Dengan anak ayah sekali berjalan dalam panas demi menjaga kesihatan. Adalah sedikit barang yang dibeli dengan ikan masin lah, keropok pedas lah dan tidak dilupakan barangan Columbia dan Timberland. Malam semalam WeGreenTheEarth ada maklumkan yang PERLU UiTM akan mengadakan kelas tali dan lain-lain lagi. Tapi bahagian yang paling best adalah mereka lupa untuk meminjam barang. So seperti biasa dari dulu hingga sekarang 'TeamTact' pun sudi menghulurkan bantuan dengan meminjamkan peralatan beliau secara percuma. Kita kan terikut budaya subsidi tapi mengenangkan ianya majlis ilmu, PPT dan keluarga jugak join sekali pada jam 2 petang hari tu jugak. Tapi sebelum tu kami pekena 'ICe Blended' Coffee Bean yang memang sejuk kow-kow buat melepaskan dahaga selepas bersenam tadi.

So petang tu kami semualah turun ke FSR untuk turut sama menjayakan aktiviti ini. Semuanya berjalan lancar Alhamdulillah dan aktiviti tamat lebih kurang jam 6.30 petang. Mungkin bloggers lain akan bertanya mana gambar aksi-aksi semasa aktiviti dijalankan...... So jawapan PPT adalah rasanya tak perlu diletakkan gambar tu semua kerana yang hadir rata-rata bukan ahli tetapi hamba ALLAH yang sudi menimba ilmu dari para ALumni. Aikkk......... mana perginya PERLU UiTM terutamanya MT MT yang di sanjung tinggi? Pelik tapi benarkan. Program PERLU UiTM yang dirancang tetapi yang hadir adalah golongan lain. Dahlah barang pun dipinjamkan percuma dari luar tapi inikah budaya yang kini dibawa? So bila PPT teringat balik kata-kata Boss dulu TAKPA dan TAKPA. Mungkin yang tak datang tu pertama, ada urusan Seri Paduka Baginda, kedua ada urusan kematian, ketiga ada urusan praktikal dan keempat majlis ilmu ketika itu tidak memanfaatkan para-para pemegang jawatan dalam PERLU UiTM. Adakah semasa itu Alumni cuba menjadi lebih sudu dari kuah ketika majlis ilmu itu berlangsung? Rasanya tidaklah.

Mungkin HalaTuju sudah berubah seperti mana ada ahli telah berbisik yang mereka tidak memerlukan Alumni PERLU UiTM tetapi ada jugak yang amat memerlukan para Alumni yang dituduh mengganggu PERLU UiTM.... Bukan lah PPT nak membangkitkan semula isu-isu lepas tetapi hakikat adalah hakikat...... Mungkin Hala TUju dah berubah apabila dah menang di 5 negeri.....

Tiada apa yang ditakutkan dalam hal nie cuma satu saja; adakah PERLU UiTM akan berjaya membawa halatuju positif dalam tahun ini? Macam PPT penah dengar orang-orang tua bercakap. Nak buat kenduri tu memang senang sangatlah tetapi nak kendarakan kenduri tu banyak mentara yang takut nak pikul tanggungjawab. Harap-harap aktiviti minggu ini akan diberkati ALLAH walaupun 'Kalau Begini Perangainya'.......

Terima kasih kepada yang telah berjaya menghadirkan diri pada Majlis Ilmu tersebut walaupun anda pelajar atau bukan pelajar.

Macam Boot penah cakap pada PPT; Trust to ALLAH, To me Not, To you better Not.

Cheers .........

2 ulasan:

sname berkata...

ya ka?
cam mana nih?

rugi sy ar tak follow..
hehe..

ADDIN "My Life Is Beautiful" berkata...

salam jedi

"TO GOD WE TRUST,TO YOU WE NOT,TO ME BETTER NOT"

p/s Mengapa tidak diambil peluang...rugi,rugi,rugi...

"A LITTLE THING IS A LITTLE THING,BUT FAITHFULNESS IN A LITTLE THING IS A BIG THING"

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor