Dahulu penggiat rekreasi terutamanya dari PERLU telah banyak berubah. Yang paling best adalah penglibatan secara langsung orang-orang rekreasi dalam penggunaan IT. Kalau dulu email pun takdak, internet pun tak tau, nak guna PC apatah lagi.
Tapi la nie bukan kata email, dah semakin ramai PERLU nie dah mula ada blog sendiri. Sekarang nie dah kurang bercakap melalui dan kalau ada yang telepon pun tanya tu tanya nie..........
Mesti kena tanya balik; Hang dah baca blog aku belum hari nie ?..... Kalau belum pi baca dulu dan lepaih tu call semula. Memang best....... dimana la nie dah tak payah paksa penggiat rekreasi dari PERLU ka dari mana-mana ka untuk memahami dunie IT tetapi blog sendiri telah menjadi penghubung antara satu sama lain. Penggunaan email juga telah mula kurang digunakan kerana selalunya email adalah untuk membincangkan atau menyuarakan sesuatu yang 'secret' supaya lain orang tak tau. Kebebasan berblog telah membuatkan diri kita mengetahui perkembangan kawan-kawan lain, jumpa semula kawan lama, dengar komen-komen panas dan membina selain kita akan tahu sendiri masih ada orang yang tak sukakan diri kita. Dah tak payah dengar dari mulut orang lain orang tu kata nie, mamat kata tu tetapi blog akan menerangkan segala-galanya.
PPT masih teringat zaman PPT paksa diri untuk mendalami bidang IT nie bukan untuk menyusahkan diri tetapi menyenangkan untuk buat repot, hantar gambar dan lain-lain. PPT sendiri telah banyak belajar memahirkan diri di opis dengan bantuan orang-orang seperti Bay, Ninie, Che Faridah, Puan BJ dimana walaupun tak beberapa kenal tetapi orang-orang nie sanggup ajar PPT. Terima kasih diucapkan......
PPT amat berbangga dengan pencapaian diri sendiri, adik-adik, guru-guru dan Jedi-Jedi lain kerana bukanlah hebat tetapi telah mula menerima pembaharuan untuk diri sendiri. Akhir kata semoga kemajuan ini akan memanfaatkan kita suatu hari insyaALLAH. GO BLOGGERS.....
Cheers.....
2 ulasan:
hehe..
harap nanti perlu ada buat kelas untuk blogers..
PERLU bila nak buat website?
salam PPT,
benar dan tepat sekali...kita boleh bersatu di arena maya..rugi kalau tidak mengambil kesempatan..
moga kehidupan yang dimudahkan oleh sang pencipta dimanfaatkan sepenuhnya oleh simakhluk yang berakal
servanthood
Catat Ulasan