ANAK AYAH - Di Klinik Menunggu Masa Untuk Berjumpa Doktor.
Hari tu dalam Anak Ayah telah terkena jangkitan kuman pada mata atau mungkin kena sakit mata. Berkat doa pakcik-pakcik dan makcik-makcik sekalian 'inflammation' pada mata Maisarah semakin berkurangan. Semalam PPT dimaklumkan yang tiba-tiba panas badan Maisarah meningkat dan sejurus selepas itu terus dirujuk kepada Mediveron berdekatan dan Maisarah berjumpa dengan doktor yang sama. Suhu badan meningkat ke 39 darjah dan dibekalkan dengan ubat demam dan antibiotik pula. Kesian tengok tahap kesihatan Maisarah tetapi mental dan fizikal Anak Ayah syukur pada ALLAH memang kuat. Tahap aktif tak penah menurun tapi bagi membantu memantau tahap kesihatannya, PPT telah membeli satu termometer buatan OMRON untuk memastikan ketepatan suhu badan Maisarah. Pagi tadi suhu telah menurun ke 38.3 darjah. Selsema ada sikit lagi dan sakit mata dah mula beransur pulih.
Macam Ibu Maisarah penah cakap, ayah Maisarah nie kalau tahu Maisarah sakit, terus jumpa doktor tapi kalau diri sendiri atau Ibu Maisarah yang sakit, tunggu dulu naaaa.Apa pun terima kasih sekali lagi kepada hamba ALLAH yang mendoakan Wan Nurul Maisarah kembali sihat dan boleh beraksi.
Cheers......
4 ulasan:
salam PPT
berusaha,berdoa dan bertawakkal- senjata mukmin yang berjaya
alhamdulillah anak ayah dah kembali beraksi..yeah
salam....
mungkin banyak makan durian kot.... takpa, minggu ni pak menakan dia p umah dia.. pas tu pak menakan dia bawak dia jalan-jalan carbotsale
sabaq naa...
hehe..
maisarah
cak!!
salam PPT,
maisarah banyak makan pulut durian tue..
kena kurangkan skit..
takpun dia dah rindu kat pakcik2 dia kot..
Catat Ulasan