Zaman pengajian di universiti merupakan zaman yang paling 'best' kerana dalam zaman tu jugalah kita akan dipertemukan dengan golongan manusia lain. Golongan ulat buku, rajin ke kelas, malas ke kelas, tak suka tidur pada malam hari dan sebagainya. Tidak dilupakan kepada buaya-buaya darat dan sebagainya.
Zaman PPT dulu pun tidak terkecuali dari apa yang pernah dihadapi oleh mahasiswa cuma perbezaan dahulu dan sekarang adalah kemudahan yang sedia ada berbanding zaman dahulu. Macam mana usaha senior-senior sebelum ini yang telah memajukan 'junior' zaman sekarang. Kalau dahulu belajar dibawah pokok tanpa 'whiteboard' dan sebagainya tetapi sekarang dah macam- macam ada.
Cuma yang paling menyeronokkan adalah kehadiran 'wanita' dalam hidup seseorang lelaki. Macam yang dikatakan oleh saudara MazidulAkmarSidik dalam blognya tentang wanita. Cemburu macam air merupakan salah satu topik yang telah dipostkan dalam http://mazidulakmal.blogspot.com/ telah sedikit sebanyak mengingatkan apa yang telah berlaku sebelum ini. Kehadiran wanita dalam hidup lelaki bujang contohnya dapat membuat seseorang lelaki cepat berubah dari segi penampilan, gaya rambut, barangan yang digunakan dan termasuk minyak wangi dan sebagainya.
Rekreasi merupakan salah satu bidang yang amat disukai oleh PPT sendiri. Rekreasi juga telah membuatkan PPT bertemu dengan isteri PPT yang amat disayangi. Kami mula bercinta selepas setahun kenal tetapi cinta kami nie pelik sikit kerana isteri PPT sebelum menjadi isteri yang sah amat membenci diri PPT kerana PERLU jugalah. Zaman PPT beraksi telah meninggalkan kesan kepada banyak student-student Boss dari zaman Pangkor 1st, TOT Siri Pertama, PROSIGA dan sebagainya. Kisah percintaan kami kurang diketahui umum kerana semasa tu kami tak berkepit semasa ada aktiviti rekreasi atau apa-apa 'camping'. Masa akan dihabiskan dikedai makan, jalan-jalan di KL naik komuter dan sebagainya. Tetapi syukur pada ALLAH usaha kami sampai ke jinjang pelamin dan dikurniakan Wan Nurul Maisarah yang amat memahami kehidupan 'Outdoor' ibu dan ayahnya. Ke mana sahaja dipanggil PPT sekeluarga insyaALLAH akan menghadirkan diri kerana adik-adik semua pandai menjaga kanak-kanak. So terima kasih sekali lagi kepada adik-adik sekalian kerana sudi tengok-tengokkan Wan Nurul Maisarah.
Apa yang menghairankan PPT sekarang adalah budaya hidup lelaki yang ada kekasih nie semakin pelik. Belum pun menjadi pasangan yang sah tetapi dia punya manja, pergerakan, percakapan, perbuatan mengalahkan pasangan yang dah menikah. Sampaikan nak letak ais kat lutut pun awek kena tolong. Macamlah takdak tangan dan usahakan sendiri. Janjikan bulan lah, lagu lah, syair lah, beli tu beli nie sebelum menjadi harap-harap janganlah dijadikan ikutan sangat kerana buatlah keputusan yang terbaik memilih pasangan. Tak guna pilih pasangan yang nak masak nasi pun tak tau atau tak pernah lipat kain sendiri. Wajah cantik tidak menjanjikan apa-apa. Seperti kata Boss, sanjungi lah isteri ketika dia penat dan berkorban mengandungkan anak kita. Isteri PPT pun telah berkorban dan PPT sendiri semasa selepas Wan Nurul Maisarah kesian dengan isteri PPT. Dia sanggup menanggung kesakitan selepas bersalin dan kita sebagai lelaki aka suami patut ada untuk menyokong. Terima kasih isteriku - Nurul Safinas Mohd Madabighi.
Ini tidak. Remaja zaman sekarang belum apa apa dah control sana sini, itu tak boleh, ini tak boleh dan sebagainya. Ingatlah untuk membuat keputusan sewajarnya dalam memilih pasangan supaya situasi diatas tidak berlaku selepas diijabkabul. Kadang-kadang tu hormati orang lain yang nampak pergerakan kita sebagai pasangan bercinta. Biar orang berkata yang baik dari mengutuk kita semula kerana dah ada 'awek'.
Cheers............
5 ulasan:
Tak pernah merasa 'Cinta IPT'. Masih mencari. Ada ka mmber PPT yang solo lagi???
Banteh,
Kalau hang masih lagi mencari seorang wanita untuk dijadikan pasangan hidup, mai jumpa aku.
Macam-macam ada.....
kenangan, kenangan, (jane & Kingkong), knp x crita siapa yg start dulu.....mcmana.....
Isteriku,
Cerita kenangan kewujudan Jane & KingKong akan dicoretkan suatu hari nanti cuma masanya belum tiba.
Cheers.....
bila bang..
saya rasa
saya ja yg tanya pasai tuh
Catat Ulasan