Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Selasa, Disember 23, 2008

Mari Bersukan

Maklumat dari Sham Sany Kamal Huri aka Gopeng

Isnin, Disember 22, 2008

Jom Mandi


Greetings semua bloggers;
PPT sekeluarga bercadang untuk ajak untuk join kami bermandi-manda sambil berBBQ di Tanjong Malim InsyaALLAH. Masa dan tarikh akan diberitahu kelak.
Setakat nie PPT, Nurul Safinas, Wan Nurul Maisarah dan Shawn berminat untuk join.
Objektif utama adalah untuk melawat rumah Kak Chik yang telah ditinggalkan kosong. Selain dari melawat dan menilai tahap Security rumah tu, lepas tu ke Sungai Behrang. Kalau masa gathering dulu, kita ke sungai yang sama tapi sebelah kiri punya. Kali nie ke sungai yang ke sebelah kanan punya insyaALLAH.
Tentatif program adalah seperti berikut:
Malam berikutnya - Bermalam di Alpha Arena Inn.
Awal pagi hari kejadian - Bergerak ke Tanjong Malim menggunakan Van A-Team. Sampai ke rumah Kak Chik dahulu dalam 30 minit. Lepaih tu terus ke sungai tersebut. Kawasan tu kawasan public dan kita kenalah sampai awal untuk booked tempat strategik. Dijangka pulang semula ke Putra Perdana selepas Asar hari yang sama.
Target seorang mungkin dalam RM30 termasuk petrol, tol, makanan dan minuman. Tidak dilupakan nak beli insuran sekali daaaa. Van tu boleh isi 8 orang sahaja. Lebih kurang ada kekosongan untuk 4 orang sahaja.
Kita sama-sama mandi, sama-sama masak. Dalam erti kata lain untuk 'satisfaction' la. Mana-mana manusia yang berminat, sila komen dalam posts ini dan tinggalkan sekali nama penuh, nombor IC dan nombor telepon. Sapa cepat, dia la yang berpeluang naik Van MPV tu.....
Lupa nak informed yang sebarang komen, cadangan untuk memantapkan lagi cadangan diatas amatlah dialu-alukan.
Ex- Bera All Out Team - Yasir, Abe, Boy, Lann, Diela; Ada berani untuk kembali beraksi?
Cheers....

Jumaat, Disember 12, 2008

Masa Dah Time


Maaf la semua sebab blog nie dah lama tak update, ada perkara yang tengah dilaksanakan. PPT tak mau la ikut setengah-setengah orang, kerja banyak pun nak maklum seluruh rakyat Malaysia walhal kita saja yang perlu pandai membahagi 'urgent' dan 'important'. Orang lain pun sibuk jugak tapi tak yah la nak bagitau orang lain sebab itu saja cara kita nak cari rezeki halal.
Makluman yang Isnin nie PPT akan meninggalkan Malaysia sementara atas urusan kerja dan akan ada di Puchong pada 'weekend' minggu nie jugak.
Makluman lain Mak PPT dah berada di Australia melawat KakChik. Mak PPT akan berada di Tasmania lebih kurang 3 bulan.
Harap kengkawan-kengkawan semua dapatlah tengok-tengokkan keluarga PPT semasa ketiadaan.
Cheers

Selasa, November 25, 2008

The Flying Junior - Anak Ayah

Anak Ayah dipakaikan peralatan oleh ayahnya sendiri.

Anak Ayah sendiri panjat 'tower' untuk ke tempat 'departure'

Pemeriksaan terakhir oleh 'dispatcher' dari TeamTact

Anak Ayah sempat lagi senyum dan beri post menarik.

Selamat sampai dan memberi 'posts' istimewa.

Lembah Klang - Hari Ahad lepas PPT sekeluarga menghadiri kenduri kahwin adik Roy (Surainan) kat dalam kawasan Kapar iaitu di Kampung Tok Muda. Kami sampai disana lebih kurang jam 3ptg dan disambut oleh tuan rumah yang nampak kepenatan.
Selepas itu PPT ada menerima panggilan dan Rafsan Saadun tentang aktiviti terkini Team Tact yang bertempat di One Utama di mana para pengunjung secara percuma diberi peluang mencuba 'Flying Fox' dan 'Climbing'.
So niat dihati tu nak Anak Ayah mencuba 'Climbing' tetapi dia hanya mampu untuk melepasi teknik asas dan mungkin selepas nie akan terus mencuba.
Apabila ditanya nak tak cuba 'Fying Fox' dia hanya angguk kepala. So PPT sekeluarga pun tunggulah sehingga hujan mulai reda dan para pengunjung berkurangan. Alhamdulillah Anak Ayah aka Wan Nurul Maisarah telah berjaya menjalankan aktiviti terbabit walaupun dengan bantuan Mustakim. Thank You Bro....
Tahniah Anak Ayah dan Ibunya kerana menyokong cubaan tersebut.
Terima kasih jugak kepada Tuan Tanah TeamTact kerana memberi keizinan untuk mencuba.
Cheers....

Khamis, November 20, 2008

Ada Lagi

Salam Semua,
Kepada mereka-mereka yang terasa perut lapaq dan nak belajaq masak sikit-sikit selain nak tau pasai buku dan lain, boleh lah tengok blog Ika untuk belajaq.
Dia pun dah mula menjadi blogger minggu nie....
Cheers....

Selasa, November 18, 2008

Ahli Baru

Kawan-kawan, Dato-Dato, Datin-Datin dan macam-macam lagi...
Sekali lagi PPT telah berjaya menghasut seorang lagi rakyat Malaysia dan terhasil lah sebuah lagi blog baru aka memang jiwang karat sana sini.
Bagi yang berminat, boleh ke Blog Ninie.

Cheers...

Khamis, November 13, 2008

Khabar Dari Telinga Capang



Sekarang nie dunia semakin sibuk untuk memulihkan kembali ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan kita semua. Walaupun ianya tidak melibatkan negara kita tetapi tempiasnya kena juga pada sektor swasta dan juga kerajaan. Yang terbaru Universiti Harvard jugak tidak terkecuali dengan aktiviti 'cost cutting' ini.
Ini semua adalah untuk memastikan organisasi dapat menyimpan tunai sebanyak yang mungkin demi menampung kos operasi harian termasuk gaji bulanan dan sebagainya. Sebagai pelajar, mereka tidak merasa apa yang dirasakan sekarang oleh golongan bekerja dan berpendapatan rendah atau sederhana. So dalam erti kata lain janganlah memilih pekerjaan sepanjang masa kerana belum tentu kalau kita asyik nak ikut bidang untuk bekerja, maka kita juga akan lewat memajukan diri kita sendiri. Tetapi bagi golongan yang dapat bekerja mengikut bidang kepakaran masing-masing, Alhamdulillah kerana telah berjaya tetapi kena juga 'upgrade' diri masing-masing agar dapat meningkatkan gaji serta kepakaran kita sendiri.
Menyentuh bab 'upgrade' nie, sekarang nie dah macam-macam cerita kita dengar sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti kes di Gunung Nuang, Level II di Bukit Cherakah dan Level III katanya di Kapit, Sarawak.
Dengan kes di Nuang tanpa membuat sebarang persiapan, di Bukit Cherakah menggunakan struktur organisasi kejurulatihan bukan dari golongan 'Pemimpin Rekreasi Kebangsaan'. Mana ada budak belajar sampai darjah 2 tapi mengajar budak-budak darjah 2 jugak, pelik kan tapi benarnya ada jugak. PPT ada terbaca posts dari Rembang Waktu tapi rasanya masih banyak lagi yang tidak dimaklumkan. Dengan Level III di Sarawak tu ada mengenakan bayaran tertentu walhal kos sepenuhnya ditanggung oleh KBS. Terkejut PPT apabila ada orang tanya PPT, kita kena bayar yuran pendaftaran ka masa nak daftar untuk Level III? Terkejut PPT mendengarnya tapi apa kan daya masih banyak 'durian' bermaharajalela dalam dunia rekreasi Malaysia. Kita nie hanya 'mentimun' sahaja. Apa nak jadi dengan dunia rekreasi Malaysia ini?
Tetapi bilakah senario ini akan berubah dan kita semua dapat merasai kemudahan yang disediakan oleh pihak lain. Adakah ianya memerlukan penglibatan BPR ? Mana perginya LAN yang digembar-gemburkan tu? Mana perginya halatuju PJRM yang hebat tu?

Entahlah apa nak jadi dengan dunia sekarang.... Macam-macam ADa......


Cheers....


Khamis, November 06, 2008

Enam Ciri Isteri Merosakkan Suami - Dari Majalah Ohh Sayang

- Isteri yang tidak tahu membuat keputusan. Seorang yang kaku tanpa inisiatif dan hanya tahu menyelesaikan perkara-perkara mengenai kepentingan diri sendiri serta tugas-tugas kecil mengenai hal rumahtangga sahaja. Semuanya hanya menunggu keputusan si suami.
- Isteri yang tahu mengomel atau berleter. Isteri yang tidak puas hati biar apa pun yang dibuat oleh suaminya. Selalu mementingkan diri sendiri dan tidak bersabar. Mahu segalanya cepat, sempurna dan memuaskan.
- Isteri diktator dan gila kuasa. Mahu semua keputusannya dipatuhi oleh suaminya dan menguasai semua perbelanjaan rumahtangga termasuk menyoal setiap gerak geri dan tidak segan silu mengkritik tindak tanduk suaminya.
- Isteri yang suka campur tangan dan bercita-cita tinggi, tetapi menyalahgunakan kedudukan suaminya untuk melaksanakan cita-cita itu.
- Isteri yang boros dan hidup dengan satu anggapan bahawa tugasnya bukan mencari duit tapi membelanjakannya. Menganggap tugas mencari duit untuk keluarga hanya tanggungjawab suami semata-mata.
- Isteri yang begitu sosial dan sentiasa berpakaian cantik bila berada di luar rumah. Menganggap kewajipan utama isteri bukan semata-mata terletak di rumah tangga tetapi menghadiri pertemuan, perjumpaan dan bergiat dalam aktiviti lain tanpa menghiraukan rumah tangganya.

Selasa, November 04, 2008

Urgent Implementation Tasks


Makluman, sekiranya para bloggers melihat blog PPT nie tidak beberapa update; diharap dapat memaafkan PPT dan isteri kerana mulai minggu nie kami akan lebih fokus kepada Anak Ayah yang telah disahkan terkena demam campak atau bahasa omputeh nya 'CHicken Pox'.
So bermula hari nie Ibu Maisarah akan mula menjaga dan dikuarantin di 'Home Of The Reserves'.
Harap Maklum dan Taking Care !!!!
Cheers....

Khamis, Oktober 30, 2008

Effective Communication Skill - by FMO

- Make clear expressions with courteous words.
- Emphasize on listening skills and empathy
- Give and receive feedback
- Ask questions and create discussion

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor