Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Khamis, November 13, 2008

Khabar Dari Telinga Capang



Sekarang nie dunia semakin sibuk untuk memulihkan kembali ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan kita semua. Walaupun ianya tidak melibatkan negara kita tetapi tempiasnya kena juga pada sektor swasta dan juga kerajaan. Yang terbaru Universiti Harvard jugak tidak terkecuali dengan aktiviti 'cost cutting' ini.
Ini semua adalah untuk memastikan organisasi dapat menyimpan tunai sebanyak yang mungkin demi menampung kos operasi harian termasuk gaji bulanan dan sebagainya. Sebagai pelajar, mereka tidak merasa apa yang dirasakan sekarang oleh golongan bekerja dan berpendapatan rendah atau sederhana. So dalam erti kata lain janganlah memilih pekerjaan sepanjang masa kerana belum tentu kalau kita asyik nak ikut bidang untuk bekerja, maka kita juga akan lewat memajukan diri kita sendiri. Tetapi bagi golongan yang dapat bekerja mengikut bidang kepakaran masing-masing, Alhamdulillah kerana telah berjaya tetapi kena juga 'upgrade' diri masing-masing agar dapat meningkatkan gaji serta kepakaran kita sendiri.
Menyentuh bab 'upgrade' nie, sekarang nie dah macam-macam cerita kita dengar sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti kes di Gunung Nuang, Level II di Bukit Cherakah dan Level III katanya di Kapit, Sarawak.
Dengan kes di Nuang tanpa membuat sebarang persiapan, di Bukit Cherakah menggunakan struktur organisasi kejurulatihan bukan dari golongan 'Pemimpin Rekreasi Kebangsaan'. Mana ada budak belajar sampai darjah 2 tapi mengajar budak-budak darjah 2 jugak, pelik kan tapi benarnya ada jugak. PPT ada terbaca posts dari Rembang Waktu tapi rasanya masih banyak lagi yang tidak dimaklumkan. Dengan Level III di Sarawak tu ada mengenakan bayaran tertentu walhal kos sepenuhnya ditanggung oleh KBS. Terkejut PPT apabila ada orang tanya PPT, kita kena bayar yuran pendaftaran ka masa nak daftar untuk Level III? Terkejut PPT mendengarnya tapi apa kan daya masih banyak 'durian' bermaharajalela dalam dunia rekreasi Malaysia. Kita nie hanya 'mentimun' sahaja. Apa nak jadi dengan dunia rekreasi Malaysia ini?
Tetapi bilakah senario ini akan berubah dan kita semua dapat merasai kemudahan yang disediakan oleh pihak lain. Adakah ianya memerlukan penglibatan BPR ? Mana perginya LAN yang digembar-gemburkan tu? Mana perginya halatuju PJRM yang hebat tu?

Entahlah apa nak jadi dengan dunia sekarang.... Macam-macam ADa......


Cheers....


4 ulasan:

teamtact berkata...

makan duit.....

hisyamchemat berkata...

We can hear so many people say, "Money is not everything!" Yes, indeed, that is very true, but the fact of the matter is, while money is not everything, everything revolves around money.

p_yan1511 berkata...

emmmmm.........

p_yan1511 berkata...

PPT orang yg terbaikk untuk pulihkan semuanya yg kurang..... cayoookkkkkk!!!!!!!!

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor