Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Khamis, November 06, 2008

Enam Ciri Isteri Merosakkan Suami - Dari Majalah Ohh Sayang

- Isteri yang tidak tahu membuat keputusan. Seorang yang kaku tanpa inisiatif dan hanya tahu menyelesaikan perkara-perkara mengenai kepentingan diri sendiri serta tugas-tugas kecil mengenai hal rumahtangga sahaja. Semuanya hanya menunggu keputusan si suami.
- Isteri yang tahu mengomel atau berleter. Isteri yang tidak puas hati biar apa pun yang dibuat oleh suaminya. Selalu mementingkan diri sendiri dan tidak bersabar. Mahu segalanya cepat, sempurna dan memuaskan.
- Isteri diktator dan gila kuasa. Mahu semua keputusannya dipatuhi oleh suaminya dan menguasai semua perbelanjaan rumahtangga termasuk menyoal setiap gerak geri dan tidak segan silu mengkritik tindak tanduk suaminya.
- Isteri yang suka campur tangan dan bercita-cita tinggi, tetapi menyalahgunakan kedudukan suaminya untuk melaksanakan cita-cita itu.
- Isteri yang boros dan hidup dengan satu anggapan bahawa tugasnya bukan mencari duit tapi membelanjakannya. Menganggap tugas mencari duit untuk keluarga hanya tanggungjawab suami semata-mata.
- Isteri yang begitu sosial dan sentiasa berpakaian cantik bila berada di luar rumah. Menganggap kewajipan utama isteri bukan semata-mata terletak di rumah tangga tetapi menghadiri pertemuan, perjumpaan dan bergiat dalam aktiviti lain tanpa menghiraukan rumah tangganya.

2 ulasan:

deedaa.jijah.linda berkata...

mmm...
ok gak kenyataan2 tersebut...

teamtact berkata...

allooooo....

takan dah brenti berBLOG.... dah bersawang dah.......

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor