Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Isnin, November 16, 2009

Usah Sekat Aktiviti Lasak - Menteri Belia Dan Sukan


Harian Metro - 16/11/2009
KUALA LUMPUR: Tragedi jambatan gantung runtuh di Kem Rekreasi Kuala Dipang, Perak, yang meragut nyawa tiga murid, baru-baru ini, tidak harus dijadikan alasan oleh ibu bapa menyekat anak menyertai aktiviti lasak seperti perkhemahan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kejadian sedemikian jarang berlaku malah hanya disebabkan kelonggaran aspek keselamatan dan tidak boleh dijadikan alasan menghalang belia bergiat aktif dalam aktiviti luar. “Kemalangan berlaku di mana-mana, malah jika anak di rumah sekali pun, risiko kemalangan tetap ada.“Banyak lagi aktiviti lebih mencabar seperti mendaki gunung disertai ratusan belia tetapi jarang berlaku kematian.
“Ini membuktikan kemalangan memang tidak dapat dielakkan dan bagi mengatasinya saya cadangkan golongan belia diberi latihan menyelamatkan diri sejak awal lagi supaya lebih bersedia apabila berdepan keadaan kecemasan seperti lemas dan kebakaran,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Rakan Muda Sektor Perbandaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa, Kampung Pandan, di sini, semalam.

Diharapkan pandangan ahli politik terbabit serta komen dari pihak lain sedikit sebanyak tidak menjatuhkan kemajuan industri ini dalam negara kita. Mungkin faktor utama yang mempengaruhi adalah tahap kecekepan mereka-mereka yang mengendalikan aktiviti luar.
Sikap acuh tak acuh dalam memastikan peserta dilindungi oleh insuran juga semakin tinggi dan tidak dititikberatkan menjadi kewajipan. Dalam erti kata lain tak jadi takpa, kalau dah jadi sapa nak jawab...
Jadi untuk kita yang masih mengkategorikan diri sendiri sebagai penggiat rekreasi sepanjang masa, teruskan lah menabur keringat demi memperkenalkan pendidikan rekreasi luar sebagai salah satu elemen berfaedah dalam diri masing-masing insyaALLAH.
Tiada Hari Tanpa Rekreasi.

2 ulasan:

hijau bumi Tuhan... berkata...

disokong...


salam perjalanan...

safiza berkata...

yeye...ada gamba kmk~ =p

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor