Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Jumaat, November 13, 2009

Sana Sini Sibuk

Taklimat

The Best Among The Best

Kumpulan Peserta

Syukur Alhamdulillah PPT masih hidup atas muka bumi ini. Semenjak dua menjak ini amat banyak aktiviti yang dilaksanakan termasuk lah menjadi suri rumahtangga sepenuh masa akibat MC sakit mata dari 27hb Oktober sampai 5hb November. Lepaih tu la pulak ke Langkawi ada 'back-up' konsultan latihan dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang sekitar Pantai Cenang and Pekan Kuah. Habih saja kerja kat Langkawi kena la pulak 'conduct' internal training untuk Pasukan Bertindak Kecemasan syarikat yang berfungsi menangani sebarang kecemasan dalam kawasan syarikat. Pasukan ini selalu akan dilatih untuk mampu menghadapi situasi kecemasan yang belum berlaku dalam erti lain sediakan payung sebelum hujan.
Apa yang baiknya adalah terpaksa menyiapkan diri menghadapi situasi penting kerana mematuhi masa memerlukan rasa tanggungjawab yang cukup tinggi. Faktor usia memainkan peranan penting dalam hal ini. Itu termasuk lah tersilap cakap dengan peserta,dengan kawan-kawan, penglihatan tak beberapa cantik dan kadang-kadang memerlukan rehat yang cukup. Ini semua perlu digantikan oleh bekalan pengalaman yang sedia ada.
Apa pun terima kasih kepada yang membantu, memberi pendapat, menjaga kebajikan secara langsung dan tidak langsung.
Minta maaf sekiranya tersilap kata, tersalah bahasa, tersilap teka dan macam-macam lagi.
Moga ALLAH S.W.T memurahkan rezeki mereka-mereka yang memerlukannya. AMIN

5 ulasan:

safiza berkata...

asal xde gamba sy????ohohoho

hijau bumi Tuhan... berkata...

coklat langkawi takdak ka...hahaha


salam perjalanan...

PPT berkata...

Hallo Noi,
Ada la cuba try tengok betoi-betoi...

Lan,
Cokelat Langkawi ada la sikit-sikit aja.. La nie semua mahai kat sana....

PPT

safiza berkata...

ehehe... kecik sgt gamba ny, ngak kelihatan dong, pak...

ima_yo berkata...

aik..skali tengok 2 dr kiri tue macam saya..dua kali tengok pon macam saya jugak..tp 3 kali mcm dia la..bukan saya huhuuhu...

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor