Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Rabu, Februari 11, 2009

Remaja Terjatuh Jet Ski Ditemui Lemas


Rabu 11/02/2009 -
LANGKAWI: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari jet ski ditunggangnya pada awal pagi Isnin lalu, ditemui lemas di perairan Pantai Chenang, di sini, lewat petang semalam. Mayat Mohd Akmal Hakim Azmi, 20, yang berasal dari Kampung Aman, Jalan Padang Besar, Perlis dijumpai terapung-apung kira-kira 200 meter dari pantai oleh pasukan mencari dan menyelamat pada jam 7.20 petang semalam. Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Langkawi, Kapten Khairul Hisyam Husni, berkata mangsa yang juga seorang operator jet ski dilaporkan hilang jam 3 pagi Isnin lalu ketika menunggang kenderaan itu seorang diri di tengah laut.

Pada pendapat semua:
- Mengapa kemalangan ini boleh berlaku?
- Adakah semua prosidur keselamatan dilaksanakan?
- Adakah mangsa memakai PFD?
- Adakah mangsa dilindungi insuran kemalangan?
- Adakah mangsa mahir dalam penggunaan peralatan terbabit?
- Adakah Jet Ski terbabit menjalani aktiviti servis dan pembaikan?

Pendapat yang bakal Tuan/Puan lontarkan adalah berdasarkan pengalaman, pendidikan, kemahiran dan pengetahuan dalam bidang rekreasi dan pernah ke Langkawi atau pernah menjadi operator di pantai dan sebagainya. Tujuan posts ini adalah sebagai salah satu cabang untuk berkongsi pendapat yang bakal diterima.
Cheers....

1 ulasan:

Penerus Hidup berkata...

salam untuk semua... bagi saya, remaja tersebut telah mengabaikan beberapa faktor keselamatan iaitu tidak memakai pfd, kerana dlm laporan tersebut tidak dinyatakan sama ada beliau memakai alat keselamatan tersebut.. tambahan lagi beliau telah keluar menunggang jet ski tersebut pada waktu yang tidak sesuai iaitu pada waktu tengah malam. tidak ada sebab mengapa dia harus menguji kenderaan terbabit pada waktu malam kerana pada waktu pagi di mana persekitaran lebih jelas pada penglihatan adalah lebih sesuai untuk melakukan ujian... dan pada saya, remaja terbabit telah terkeluar dari lindungan insuran kemalangan kerana tidak terlibat dlm kemalangan tersebut pada waktu beroperasi... kemalangan tersebut adalah dari kecuaian remaja terbabit... semoga arwah di ampukan dosa2nya....dan di lindungi dari seksaan alam kubur... amin

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor