Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Khamis, Februari 12, 2009

Got A Part Time Job ?

Gambar Hiasan....
Kegawatan ekonomi global semakin meruncing dan tidak menampakkan kebangkitan semula dalam tahun ini. PPT sendiri bekerja dalam sektor pembuatan komponen elektronik tidak terlepas dari menghadapi cabaran getir. Semakin hari semakin banyak pekerja diminta bercuti tanpa gaji untuk mengurangkan kos operasi dan PPT tidak terkecuali dari mengikuti aktiviti.
Terima kasih kepada PERLU UiTM kerana memberi ruang kepada PPT untuk mengisi masa lapang di arena rekreasi. Ingatlah yang jika malu bertanya makan sesatlah jalan yang dicari.
Ucapan Terima Kasih juga tidak dilupakan kepada Team Tact melalui Operation Manager syarikat terbabit yang tidak jemu menggunakan PPT untuk sebarang kerja sambilan pada hujung minggu. Moga ALLAH dapat menambah lagi rezeki syarikat.
Alhamdulillah dapat jugak PPT menampung perbelanjaan keluarga PPT hingga kini.
Kepada blogger-blogger lain, sekiranya terdapat apa apa pekerjaan sambilan yang dapat PPT buat, maklumkanlah yea.... Nak kena cover jugak gaji tiap-tiap bulan yang dah kena potong... Mana tau masa tu PPT tengah Time-Off Exercise.
Cheers.....
Think Global Not Local.

1 ulasan:

aishahadnan berkata...

salam...
tq jugak kat a.malin coz sudi menghadirkan diri di bukit cherakah...
=p

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor