Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Rabu, September 03, 2008

STROK-Tanda Tanda Amaran

Strok adalah sejenis penyakit otak yang sering berlaku dengan tiba-tiba. Biasanya ia disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah. Kebanyakan strok berpunca dari darah beku di dalam arteri. Strok adalah antara penyebab utama kematian dan kehilangan keupayaan bekerja di Malaysia. Strok boleh mewujudkan keadaan yang memerlukan pernafasan bantuan, tekanan dada atau kedua-dua sekali. Walaupun penyakit ini banyak menyerangi orang yang sudah berumur, ianya boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur sekalipun. Anda perlu mengetahui tanda-tanda amaran awal strok supaya rawatan kecemasan dapat dimulakan segera. Tanda-tanda amaran strok termasuklah:
- Terasa lemah atau kebas di muka, tangan dan kaki di sebelah badan.
- Susah bercakap atau sukar difahami percakapannya.
- Mabuk atau pening dengan tidak ada sebab atau terjatuh tiba-tiba.
- Kelabu mata, khasnya melibatkan sebelah mata sahaja.
- Tidak sedarkan diri.
Salah satu tanda pendarahan di otak ialah rasa pening yang teruk dan luar biasa, yang berlaku dengan tiba-tiba. Tanda amaran ini mungkin sementara sahaja, tidak melebihi 24 jam atau hanya beberapa minit sahaja. Apabila tanda-tanda diatas berlaku, dapatkanlah rawatan doktor kerana rawatan perubatan atau pembedahan awal boleh mencegah berlakunya strok.
Walaupun tanda-tanda yang serupa boleh disebabkan oleh mabuk arak, ubat berlebihan, reaksi insulin atau penyakit lain, ia juga adalah tanda strok walaupun berlaku seketika sahaja. Kejayaan rawatan ke atas mangsa bergantung kepada pengenalan tanda-tanda awal, kepantasan menggerakkan sistem rawatan kecemasan dan juga kecepatan membawa mangsa ke hospital. Asas-asas utama bantuan hidup adalah penting dalam penjagaan mangsa strok, terutamanya apabila mangsa kurang sedar. Sekatan saluran pernafasan boleh berlaku dan jika ini terjadi, saluran pernafasan tersebut mestilah dibuka segera dan bantuan pernafasan perlu diberikan.
Cheers....
Dari AHA (American Heart Association)

Tiada ulasan:

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor