Sabtu lepas PPT menerima panggilan telepon dari KakChik yang kini menetap di Australia. Kami bersembang lebih kurang 1.5 jam dan banyak yang kami sembang. Masa tu PPT tengah memandu untuk ambik Ibu Maisarah di TESCO Puchong. KakChik menceritakan pengalaman terkini mengharungi budaya hidup di sana, tabah menghadapi Ramadhan dan bagaimana anak saudara PPT Jazmina dan Jazman mengharungi persekolahan di mana bahasa pengantaraan adalah Inggeris. KakChik kata depa berdua nie cakap BI dah macam bertih jagung, Alhamdulillah. KakChik jugak menceritakan perkembangan PhD dia dimana tahun depan Mei 2009 dia akan pulang 3 bulan untuk 'collect data' dan 'present paper'.
KakChik nie sorang yang mental nya kuat sepanjang masa. Masa dia tengah buat Master kat United Kingdom (College of St. John), dia sorang-sorang kat sana dalam setahun lebih. Makan sorang, menginap pun sorang, pi shopping pun sorang dan tahap keberanian dia nie rasanya diceduk dari Ibu Aisha Sulaiman kot.
Dari zaman bujang dia dah kerja kat UPSI. Mengajaq Bahasa Inggeris la katakan. Antara ALumni yang penah kena dengan dia adalah Ema Syamsida. PPT ingat lagi masa Ema tanya; "Abg Malin ada kakak mengajar kat UPSI ka? Dia kata dia kakak Abg Malin..." PPT jawab masa tu "Mana ada; hang nie silap orang kot. Tapi kalau dia kata macam tu maknanya betoi lah tu kakak Abg Malin". KakChik menceritakan pengalaman mengajar pelajar Sains Sukan di UPSI menyeronokkan dari pelajar jurusan lain. Lebih lagi kalau pelajar dari FSR UiTM Shah Alam sebabnya budak-budak nie dah ada 'basic English' walaupun kadang-kadang cakap BI berterabuq.
Masa single pun balik kampung pun sorang-sorang dengan kancil 'power' PEF 3412 warna putih. Boleh dikatakan KakChik nie (kakak PPT nombor 2) seorang yang mampu hidup dimana sahaja dan tahap 'survival' dia amat memberangsangkan.
Zaman sekolah menengah pulak, KakChik dan KakIna bersekolah di tempat yang sama. Sekolah Menengah Perempuan St. George Pulau Pinang (SGGS). Depa selalu pi sekolah sama-sama dan ada jugak partner. Tapi sekolah nie dengan Penang Free School (PFS) satu ketika dulu adalah musuh tradisi dalam bidang akademik dan lain-lain. Budak pompuan kat sekolah nie memang 'ranggi-ranggi' memandangkan sekolah semua pelajar perempuan, dia punya 'action' tu lebih sikit. Kami akan selalu bertengkar antara kehebatan sekolah masing-masing masa kat rumah.
Rasanya la nie dia kat Aussie tu mesti la dapat hidup dengan baik walaupun dia dah mula rindukan suasana raya, makanan Malaysia dan sebagainya. PPT selalu kata kat dia, nie semua sementara saja. Pastikan 'research' siap 'on time' dan balik ke Malaysia pada 2011 dan semua akan kembali seperti biasa. Semua boleh makan, takpayah nak pakai baju sejuk sepanjang masa.
KakChik - Good Luck and Just Do It.
Cheers....
9 ulasan:
Bro,
dia ada amik survival course kat mana2 Ke?
kirim salam pada kak chik...
ingt lagi masa pegi umah dia mlm tu sebelum masuk teratak riverview resort...
salam perjalanan...
Muss,
Dia ada ambik course dengan sorang mamat tu masa kat Penang. Mamat tu ada le kompeten sikit untuk certified KakChik masa tu....
Cheers...
Malin... tolong kirim salam kat Wan Mazlini.
sape mamat tu bro?
bleh tau ka?
wah....
kak chik kalau campak kat laut jadi pulau.... campak ke langit jadi burung...campak ke hutan jadi bukit..... power...power...
p/s...
kalau kak chik ada baca bolg PPT
NI.....
saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.... semoga beraya di perantauan ini banyak memberi menafaat....
when the situation does not make you die....it will make you stronger... selamat...selamat...
Boss dan Sahabat2,
Sebenarnya KakChik adalah salah sorang penjengok tegar jugak. Dia akan 'view' blog PPT dan lain2 setiap hari tanpa gagal.
Katanya buat mengubat rindu melihat keluarga dan kawan2 di Malaysia.
Yelah, saya lupa yang KakChik adalah satu Batch dengan geng2 Boss kat UPM.
Bab nama mamat tu, Mus tanya lah dia sendiri. PPT malu la nak habaq mai.
Cheers....
kalau mcm tu bleh kak Chik habaq mai kat saya sapa org tu..
bleh saya menuntut skali..
kalu kak Chik baca komen nie..
Selamat hari raya aidilfitri..
maaf zahir dan batin..
semoga semakin tabah dan cekal beraya di perantauan...
Selamat Hari Raya Aidilfitri pada kak chik yang di perantauan...Citer pasal kak chik,Teringat kat Van Power The 'A' Team yang kak chik bawak gi Gathering aritu..=)
Catat Ulasan