Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Khamis, September 11, 2008

Dunia Lelaki: Gaji Suami Hak Keluarga

Anjakan paradigma perlu dibuat supaya pendapatan bulanan tidak menjadi satu penentu dalam perkahwinan.
FENOMENA suami isteri bekerja bukan perkara baru pada alaf ini. Kos sara hidup yang tinggi khususnya jika tinggal di kota membuatkan isteri turut bekerja bagi menampung pendapatan seisi keluarga. Namun, lazimnya gaji yang diperoleh isteri dikatakan hanya untuk kegunaan sendiri sedangkan gaji suami digunakan untuk keperluan sekeluarga. Keadaan ini menyebabkan ada lelaki yang merungut, berasa tidak adil kerana terpaksa berkongsi gaji sedangkan isteri tidak perlu. Ini menyebabkan wang untuk keperluan diri sendiri berkurangan, berbanding isteri yang mempunyai kelebihan untuk menggunakan gaji yang ada bagi pelbagai tujuan, termasuk membeli barang kemas dan produk kecantikan. Benarkah?
Pensyarah Ekonomi Keluarga/Gender dan Pembangunan, Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengurusan Pengguna Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Jariah Masud, berkata sekiranya meletakkan wang sebagai keutamaan, sesebuah keluarga itu sukar mencapai kebahagiaan.“Masalah tidak puas hati serta keengganan berkongsi perbelanjaan melalui sumber (wang atau masa serta tenaga) di kalangan suami atau isteri boleh dilihat sebagai mementingkan diri sedangkan perkahwinan yang ideal adalah satu perkongsian hidup. Isu yang dibangkitkan ini adalah isu yang perlu dilihat dari beberapa sudut.
Hasil penyelidikan menunjukkan, hampir semua wanita menggunakan gaji mereka untuk keluarga dan bukan sebaliknya. Tetapi, apa yang menyedihkan pada masa kini, ialah wanita yang berkongsi tanggungjawab dari sudut kewangan bersama suami, suami pula tidak mahu berkongsi masa dan tenaga untuk membantu meringankan beban tugas wanita dalam keluarga,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Dalam Islam, suami adalah ketua keluarga yang mana seelok-eloknya ketua keluarga itu mampu memberikan yang terbaik kepada isteri dan anak. Jika suami mampu memenuhi semua keperluan semasa, masa depan dan kehendak ahli keluarga dalam menjalani kehidupan secara optimum dan sejahtera, mungkin isteri tidak perlu keluar bekerja. Memandangkan kehidupan hari ini yang mencabar dengan peningkatan kos hidup serta perubahan masa, sebahagian besar wanita terpaksa bekerja supaya dapat menjamin kehidupan dan masa depan kewangan keluarga lebih selesa di samping membantu suami meringankan beban.
Jariah berkata, segala urusan rumah tangga masih diletakkan di bawah tanggungjawab isteri, walaupun si isteri berkongsi pendapatan bersama suami untuk meringankan beban sebagai saraan hidup. “Bagi isteri yang bekerjaya dan menggunakan gaji untuk kegunaan sendiri seperti membeli perhiasan diri dan pakaian untuk kecantikan luaran, pada masa sama tidak memberikan pendidikan sempurna dan makanan seimbang pada anak berikutan suami tidak cukup wang, adalah satu keadaan yang tidak sihat, kurang waras dan mempunyai kendiri yang lemah,” katanya.
Beliau berkata, Islam menggalakkan umatnya berbelanja secara sederhana dan pembaziran berlebihan dilarang. Sebaiknya sumber kewangan keluarga di gabungkan untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan keluarga. Jika suami mampu, gaji isteri boleh digunakan untuk simpanan bagi memenuhi keperluan keluarga. Dalam Islam, tanggungjawab suami lebih meluas lagi selain mencari nafkah. Kegagalan menjadi penyara utama dalam keluarga bukan bermakna kegagalan sebagai ketua keluarga. Hari ini, ramai juga suami yang menerima pendapatan rendah daripada isteri, tetapi gagal menjalankan tanggungjawab lain. Dr Jariah berkata, malangnya kebanyakan suami isteri jarang berbincang mengenai kewangan sedangkan perbincangan terbuka antara pasangan itu dalam keadaan tertentu bersama dengan anak mereka adalah perlu dalam keluarga.
Semua perbelanjaan boleh dikongsi bersama dengan syarat suami dan isteri mempunyai simpanan untuk keperluan masing-masing. Isu suami berpendapatan rendah daripada isteri adalah senario yang berbeza dengan senario tradisi masyarakat kita. Perkahwinan tidak semestinya berasaskan kepada keadaan kewangan semata-mata.
Dalam konteks mencari kerja sambilan bagi menampung perbelanjaan harian adalah kurang elok. Mungkin apa yang perlu di lakukan ialah meneliti cara gaya hidup keluarga supaya dapat memenuhi keperluan dengan apa yang ada. Banyak perkara lain yang boleh disumbangkan suami dalam keluarga selain daripada mencari wang. Bagi mereka yang bekerja mencari pendapatan lebih, sangat merugikan kerana terpaksa meninggalkan anak di rumah tanpa memberikan perhatian sewajarnya.
Kajian yang dijalankan beberapa tahun lalu, menunjukkan suami yang bekerja dari pagi hingga ke malam, hanya balik ke rumah untuk tidur. Alangkah malangnya, kerana bapa tiada masa untuk berinteraksi dan bermesra dengan keluarga demi mencari wang lebih. Wang penting, tetapi ia hanyalah alat yang di perlukan untuk membolehkan kita mendapat barangan dan perkhidmatan dalam kehidupan kita. Anak juga memerlukan model contoh yang ditunjukkan bapa dalam proses mereka membesar,” katanya.
Beliau berkata, realiti kehidupan sekarang, kebanyakan wanita berpendapatan tinggi berbanding pendapatan lelaki kurang seberapa. Selagi masyarakat menjadikan gaji sebagai ukuran dalam kehidupan, selagi itulah masalah akan wujud dan ada pasangan yang tidak akan berkahwin. Ini akan dipandang serong oleh masyarakat.
Kedua-dua pihak perlu melakukan anjakan paradigma supaya pendapatan bulanan tidak menjadi satu penentu dalam perkahwinan.
INFO:
Nafkah adalah tuntutan Islam. Ada pandangan menyatakan suami perlu memberi nafkah tetapi berapa nafkah yang diberi boleh dirundingkan. Bagaimanapun isteri yang bijak akan menggunakan nafkah untuk meringankan bebanan kewangan suami.
Cheers....
Petikan dari Berita Harian (March 2008)

4 ulasan:

moya berkata...

salam PTT, memang patut la kita saling bantu membantu dalam mencari rezeki allah di muka bumi ini......

Ahmad Firdaus Ibrahim berkata...

Salam PPT,

Bukan PTT la Mubin.

Sama-samalah kita mencari rezeki yang halal untuk kebahagian sekeluarga.

Tanpa Nama berkata...

malang suami yang tak kenal untung...sokongan yang diberi disia-siakan

Tanpa Nama berkata...

memang masalah keuangan ini,bila dipandang pelik ya memang begitu adanya,tapi bila sejak awal masing-masing saling jujur dan terbuka antara suami istri pasti semua berjalan baik dengan sendirinya,dalam sebuah rumah tangga tidak ada lagi istilah uangku atau uangmu jika kita sama-sama bekerja,yang ada semua untuk keperluan kita bersama-sama.jangan lupakan mencapai kebahagiaan suatu keluargapun pada dasarnya adalah tugas kita bersama,jadi apapun bukan materi yang jadi landasan melainkan rasa kebersamaan dalam segala situasi akan mempererat tali kasih sayang dalam keluarga.Dan karena wanita dianggap lebih pandai menyimpan uang , maka sebaiknya diberi kepercayaan untuk mengelolanya. Karena biasanya suami dianggap boros , pada kenyataannya hanya kaum wanita yang pandai menawar jika berbelanja dibanding kaum pria, karena sejak kecil wanita sudah terbiasa dengan hoby yang satu ini.Dan tentu saja agar tidak bangkrut biasakan belanja berdasarkan keperluan saja,bukan lapar mata.

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor