Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Sabtu, Julai 19, 2008

Win, Loose or Draw

Knowledge & Competency - Sapa yang akan menang?
Rasanya suasana sudah kembali tenang dan tenteram seperti biasa kot, entahlah dan hanya ALLAH yang tahu kebenaran dunia sekarang. Pelbagai komen, nasihat, coretan dan maklumbalas yang diterima dari pelbagai pihak yang telah diabadikan dalam blog PPT serta blog orang lain. Terima kasih diucapkan kerana pertama sudi melawat blog geng-geng nie dan kedua sanggup memberi komentar untuk tatapan umum.
Berdasarkan komen dan sokongan yang diterima, nampak gayanya Alumni PERLU UiTM memang mental kuat-kuat belaka. Ini semua kerana mereka nie sayang dan tak sanggup tengok PERLU UiTM jatuh macam durian. Bila dah masak dan boleh dibelasah, maka jatuhlah ia samada akan dikutip untuk dimakan atau dibiarkan begitu sahaja.
Tetapi adakah PERLU UiTM akan bangkit semula setelah sekian lama berehat selepas cuti semester? Bila tengok blog Boss dah banyak aktiviti yang bakal dirancang dan sememangnya akan memerlukan kepakaran bidang rekreasi dari PERLU UiTM. Mungkin ada gunanya Alumni rehat sebentar dan biarkan PERLU UiTM 'runs the show' tetapi pastinya tidak kerana golongan Alumni nie semua takkan biarkan adik-adik PERLU UiTM menghulurkan bantuan tanpa bantuan orang lain. PPT sendiri sebelum nie ada mengikuti Final Camp Kenyir tak salah masa bulan Mac 2008 dan banyak lagi ilmu dan pengetahuan yang perlu dicari oleh adik-adik ini. Macam yang telah dikatakan PPT tak lah hebat tapi contohnya yang paling senang ada ketika soalan yang dikemukan oleh para student ada yang tak dapat dijawab oleh PERLU UiTM tetapi dapat dijawab oleh para Alumni tanpa rasa bangga walau sikit pun.
Ingatlah wahai warga PERLU UiTM tujuan Alumni PERLU UiTM nie adalah ikhlas tanpa meminta sebarang bayaran bahkan nak ikut Final Camp pun kena bayar duit makan dan minum. Zaman PPT dulu pun penah kena macam nie. Rasanya ada Alumni yang sanggup kerja dalam kawasan Shah Alam semata-mata nak mengikuti kelas Outdoor Recreation Boss. PPT dulu pun masa jadi part-time lecturer dan ganti tempat Boss pun kedatangan Alumni telah memastikan apa yang dirancang dilaksanakan sebaik mungkin. Walaupun pertama kali Final Camp dilaksanakan dalam kawasan Janda Baik, syukur pada ALLAH semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan yang perkara tidak diingini.
Apa yang mungkin PPT risaukan suatu hari nanti Alumni PERLU UiTM akan melenyapkan diri buat selama-lamanya dan biarkan adik-adik PERLU UiTM uruskan sendiri ... Adakah nie mungkin menjadi kenyataan?
Jumaat petang semalam ada Alumni dari zaman Pangkor 'first' call PPT dan bertanyakan khabar serta yang yang sedang berlaku dan dibualkan dalam blog orang lain. Jawapan PPT entahlah ada manusia yang tiada identiti cuba nak ajak 'ketam untuk cuba jalan lurus' agaknya dengan egoannya orang tersebut juga adalah ketam. Alumni tu memang risau dan takut PERLU akan berpecah dan masing-masing bawa halatuju macam yang berlaku dalam geng PPT. Jawapan saya selanjutnya adalah Takpa dan Takpa. Selama nie kalau semua yang dilakukan tak jujur dan ikhlas, sememangnya usaha nie semua tidak diberkati ALLAH. Tapi Alhamdulillah semuanya 'so far so good' insyaALLAH. ALumni tersebut amat berharap kita sentiasa satu hati satu matlamat. Alumni tu pun akan adakan blog sendiri, tajuk banyak orang dah tau cuma sapa dia orangnya..... TUngggguuu...........
Entahlah mungkin inilah takdir zama sekarang; Buat Baik Dibalas Jahat dan bukan lagi Buat Baik Dibalas Baik. Tapi seperti biasa macam Boss selalu cakap; Takpa dan Takpa.
Cheers .........

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam bro...

kita dah lalu banyak kepimpinan dan mcm2 karenah..but we still stand strong till now. sampai ada ahli yg dah kuar, masuk balik ke Perlu pasal sayang dengan persatuan. tp kalo asyik timbulkan perkara yg lepas n tak nak berubah..susahla..
tp saya percaya..semua ahli perlu mempunyai kemahiran masing2, jd, sama2 lah bantu membantu antara satu sama lain. PPT penah mengajar saya satu ilmu yg saya gunakan sampai ari ni, walaupun semasa PPT mengajar saya itu, ajarannya sangat garang tetapi, ia telah mengubah pemikiran saya dan menambah minat saya dalam aktiviti tersebut. ingat,'Kalau tiada guru, tiada muridnya'.....

cheers

Tanpa Nama berkata...

opppss...sori..
lupe nak wish...
katanyer PPT dpt Anugerah Pekerja Cemerlang...
Alhamdulillah...
tahniah...harap dapat maintain title sampai pencen..
hehehehhe

good day mate..

sname berkata...

tahniah bro..
hurmm..
nampaknya lambat laun kita jumpa gak kan..
huhu..

LaDySLeepLeSS berkata...

Salam Cik atau Puan,
Saya nampak komen diberikan dalam blog rakan ada boleh membawak kepada penambahan ilmu untuk PPT.
BOleh tolong bagi ilmu lagi tak macam mana nak cantikkan blog lagi?
'Just Ignore' kalau Cik atau Puan tak berminat layan komen ini...
<---- err blog rakan mana plak tu?

PPT berkata...

LadySleepLess,
Komen dalam Blog Addin is Beautiful la

wegreentheearth berkata...

salam PPT,
tahniah atas anugerah tersebut..

hisyamchemat berkata...

Berapa banyak TAKPA daa.

hisyamchemat berkata...

Malin,
Ada simpan email takpa tu lagi kaa.

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor