Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Jumaat, Julai 18, 2008

Satu Hati Satu Matlamat

RENUNGAN-Adakah semua patuh?

Dewasa ini kita telah semua telah dikejutkan dengan kewujudan hamba ALLAH yang kuat bersuara tetapi lemah dalam menyatakan identiti beliau. Rasanya dalam zaman serba canggih ini ada pihak yang telah cuba melagakan antara satu sama lain dan apakah motif yang tersurat dan tersirat tertanam dalam fikiran hamba ALLAH ini.
Seingat PPT ini semua bermula dengan penglibatan Alumni dalam menghadiri mesyuarat PERLU UiTM baru-baru ini. Istilah paksa rela dan macam-macam perumpamaan telah digunakan bagi membangkitkan para Alumni yang sayangkan persatuan bangun dan menyatakan pendapat masing-masing.
Semua yang terlibat dalam debat ini adalah pencinta rekreasi yang amat-amat menghormati perjuangan Boss aka Hisyam Che Mat. PPT sendiri telah kenal Boss sejak zaman Boss bujang lagi dan perjuangan Boss dari dahulu sehingga sekarang takleh dibayar semula. Kejujuran dan keikhlasan yang ditunjukkan susah diukur. Kalau Boss dulu hanyalah kenalan tetapi Boss sekarang adalah 'abang' kepada PPT sendiri. Kalau lah ada lagi the '8 magnificent human' rasanya penglibatan PPT akan jadi lebih bermakna. Memang dulu 9 orang tetapi Arwah Wira ALLAH lebih sayang dia. Ada jugak dengar bunyi-bunyi yang PPT nie hebat sangatlah, macam baguih sangatlah dan macam-macam lagi. Dengarlah yang PPT ini manusia biasa, tiada yang hebat, tiada yang baguih dan serba kekurangan banyak sangat. Ingatlah yang PPT penah masuk 'Hot Seat' seperti yang pernah disuarakan oleh Boot.
Jadi dengarlah dan inilah sejarahnya - PPT sendiri mula menjinakkan diri dalam rekreasi UiTM Shah Alam dengan menjadi ahli KRESMA pada tahun 1996 dimana masa tu Jojet pun ada join sekali kelab tu. Ini disebabkan ketika dikampung PPT sendiri telah pun mengikut Kursus Rekreasi Level I dan II dan pernah mengambil 'certification' untuk menjadi kaunselor rekreasi dari IPBA, Kedah. Antara guru-guru yang telah membuatkan PPT menceburi bidang rekreasi adalah Abang Sabani Mat Desa (Penang Port Sdn Bhd), Abang Zaraim Mat Lazim (Balai Bomba dan Penyelamat Seberang Perai), Abang Fisol (Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau). Mereka nie mempunyai kemahiran masing-masing dan telah ditauliahkan sebagai Pemimpin Rekreasi Kebangsaan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sejak tahun 1990an lagi.
1992 - PPT sendiri telah menceburi rekreasi sejak tahun 1992 dimana ketika tu untuk ikut kursus BTN, program Rakan Muda semuanya 'free'. Almaklumlah PPT masa tu tengah bersekolah duit poket banyak dihabiskan dengan tabiat buruk PPT @ 'smoking'. Tapi masa tu duit poket takdak la mintak sangat dengan ayah dan ibu, hujung minggu kerja basuh pinggan, masak nasi, siang ayam dengan katering Umi Shekha. Dapatlah RM30 kerja dari 8 pagi sampai 3 pagi keesokan harinya. Pelbagai aktiviti diikuti dan sebagai salah seorang 'assistant trainer' ketika itu, PPT telah didedahkan dengan aktiviti rekreasi dan beg 'Karrimor' pertama PPT berharga RM300 dan saiz 50 liter. Kasut pertama PPT adalah HiTeC warna coklat.
1996 - Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi adalah kebanggaan PPT dari dulu sampai sekarang. Memang banggalah dengan FSR dan kemajuannya kini amat-amat menyeronokkan semua Alumni. So masa PPT dah habih diploma dalam tahun 1998 dan dipaksa rela oleh FSR untuk sambung degree. masa tu lah dok dengar yang ada 'final camp' dan student FSR terlibat dan masa tu Boss baru ambil alih dari Puan Rezanna. Tapi PPT terlepas masa di Talang dan lepaih tu ada lagi yang bakal dijalankan di Pangkor. So PPT pun pi lah jumpa Boss untuk pertama kali dan minta kebenaran untuk ikut. Kenalah jugak interview masa tu dan Boss cakap kuota dah penuh untuk jadi fasilitator tapi PPT mintak kalau boleh tolong masak untuk 'fasi' pun takpa. So bermula pengorbanan PPT masa tu sampai masa tu kak chik nak ke UK sambung Master pun tak sempat hantar sampai Arwah masam muka pada PPT lebih kurang 6 bulan lamanya. So bermula titik tersebut PPT mula mengenali Boss dan lain-lain; ketika itulah terdetik untuk mengadakan PERLU UiTM sehingga sekarang masih bertahan.
Yang menghairankan sekarang budak-budak zaman sekarang bila kena tegur sikit atau kena nasihat sikit, mula lah ungkit pengorbanan yang telah dilakukan oleh diri masing-masing dan tidak lupa jugak minta orang-orang macam PPT kenang jasa mereka. Ada jugak yang cakap kenanglah sikit jasa orang nie masa dia jadi presiden...
Apa nak buat depa nie makan garam dulu dari PPT kan... Hairan tetap Hairan......
Bila ada istilah paksa rela dan lain-lain ada yang mula lah ada yang melenting. Kalau dulu batch lain bila ditegur amat suka dan dengar apa yang disampaikan. Kadang-kadang tu kalau tak kena tegur akan tanya kita balik apa sebab takdak komen.... Memang lah dulu lain sekarang lain tapi tiada apa yang akan menjadi kalau tiada garis panduan.
Istilah penggunaan 'Jedi' nie rasanya hanya Boss, Boot dan PPT yang tahu kalau di UiTM. Bukanlah minta disanjung atau diangkat tetapi tiada apa yang diharapkan cuma minta suatu hari nanti akan ada pelapis yang dapat jadi pengganti apabila PPT memejam mata suatu hari nanti. So untuk tukang komen maya yang tiada identiti tu ingatlah dan fahamilah maksud ini dan kalau rasa nak tahu lebih apa sebenarnya 'Jedi' nie dan kalau nak tahu lebih, kita rahsiakan perjumpaan kita.
InsyaALLAH PPT akan menyambung perjalanan hidup PPT dalam bidang rekreasi dan kalau nak tahu lebih amnya, Boss pun insyaALLAH tahu kot.
Cheers ......

8 ulasan:

sname berkata...

sakit mata tulisan kuning
:)

Tanpa Nama berkata...

salam bro..

takpela..biarla org nak kata ape..
hanya kita sendiri je yg tahu kebenaran, baik buruk, kelebihan n kelemahan kita. org bole ckp ape je kat kita, kita pun tak mampu nak tutup mulut org. yg penting, setiap kali benda yg dia ckp tu tak betul pasal kita, kita dpt pahala...hehhehe. tul tak..
takpe 'ignorance is a bliss'..

cheers..

sname berkata...

ye lah..
biakan..
kalau betul berani mesti dah attend meeting..dan program2 yang kita ada..

Tanpa Nama berkata...

besarnya family mentua a.malin. bestnya mesti meriahkan kalu sekali sekala berkumpul.....

Tanpa Nama berkata...

besarnya family mentua a.malin. bestnya mesti meriahkan kalu sekali sekala berkumpul.....

wegreentheearth berkata...

salam PPT..
mungkin mereka tak nampak masa sekarang..
mungkin mereka fikir mereka betul..
dan mungkin juga satu hari nanti mereka akan sedar semuanya..

PPT berkata...

Mama Bosan,
Kalau nak tahu cerita keluarga Mertua PPT, singgah lah ke rumah. Tahu kan kat mana?


Cheers .....

sname berkata...

sangat meriah tambah dengan family tiga segi..
kan2 abg kan?
hehe

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor