Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Isnin, Julai 28, 2008

Antara Suka, Duka dan Tak Suka

FIRST CAMP-Kelas First Aid & CPR

TOT-Ain Dirawat Di DEMC

TOT-Konsultan Yang Melaksanakan Aktiviti UMW Toyota

TOT - Ain Selepas Rawatan Di DEMC, Tunggu Ke HTAR Klang.

Post kali nie adalah ringkasan dari tajuk-tajuk Masanya Telah Tiba, Macam-Macam Ada, Malu Bertanya Sesat Jalan. Rasanya semua dah tahu apa yang telah dijalankan dan telah berlaku semasa aktiviti 'First Camp', TOT dan budak 'degree'. Maaflah kalau rasa posts kali nie panjang sangat tapi ini adalah ringkasan sahaja.
SUKA
-PPT sekeluarga dapat berjumpa semula dengan junior-junior dah jadi alumni dan masih ada yang masih menjadi student. Memang best dapat berjumpa dengan golongan yang dah bekerja dan kongsi maklumat dan berbincang antara satu sama lain.
-Che Sue walaupun sibuk dengan pembikinan PhysicalheadDamage masih dapat meluangkan masa ziarah perkampungan rekreasi minggu lepas yang serba sibuk.
-Kak Liza sekeluarga dapat jugak join walaupun habis kursus.
-Stone dan Azmie walaupun sibuk dengan dengan pekerjaan tetapi memaksa diri untuk jumpa semua walaupun seketika. Tak dilupakan kehadiran Jamal dan isteri.
-Alumni dapat berjumpa antara satu sama lain dan merancang aktiviti akan datang bersama-sama PERLU Selangor.
-Parti Pulut Durian menjadi sampai WGN2503 bau dah macam lori durian. Tapi janji best dan seronok, insyaALLAH ia akan beraksi semula.
DUKA
-Nasib yang melanda salah seorang bakal PERLU Instructor iaitu EL atau Ain yang ditimpa kemalangan semasa menjalankan TOT. Beliau telah dilanggar dari belakang oleh seorang penunggang basikal dan terjatuh lalu kepalanya menghempap jalan. Kejadian berlaku pada Ahad lebih kurang jam 10 pagi berdekatan Camar Rimba Bukit Cherakah. Ain telah dijahit dikepala sebanyak 5 jahitan dan telah mengalami 'temporary lost memory'. PPT dan TeamTact antara 'second responder' dari PERLU dan Andainya Ku Tahu merupakan 'first responder' yang memaklumkan situasi ketika itu. Berkat pengalaman dan tunjuk ajar sedia ada, kami telah memberi bantuan awal kedua selepas 'St. John Ambulan' memberi bantuan awal pertama. Selepas PPT menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui tahap kecederaan dan pemikiran Ain ketika itu, PPT mengarahkan TeamTact untuk mencari kenderaan terdekat supaya Ain dirujuk kepada doktor bertauliah. PPT hanya 'first aid responder' bertauliah dan setelah melihat keadaan Ain semasa tu, sesuatu perlu dilakukan. Sebelum kami berlepas, PPT telah telepon Boss dan maklum status Ain dan kami terus ke DEMC di Seksyen 09. Dah lah PPT masa tu belum sempat mandi, sarapan, baju pun belum tukar tapi kerana tanggungjawab sebagai manusia, takpa lah janji Ain selamat. Masa tu dah lupa yang PPT nie 'senior' Ain. Apa yang bermain difikiran PPT ketika itu bayangkanlah kalau yang terkena tadi adalah Maisarah sendiri. Ain dikejarkan dengan kenderaan Instedt dan dipandu oleh TeamTact manakala PPT melihat keadaan Ain sebelum sampai DEMC. Setelah sampai Ain terus dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan dijahit dikepala, luka dibalut dan sebagainya. PPT sendiri telah menceritakan sejarah apa yang berlaku kepada doktor bertugas. Apa yang bermain di fikiran PPT adalah konsultan yang 'handle' program UMW Toyota perlu berada disini. So mereka ini dipanggil dan apa yang mengejutkan Jabatan Sumber Manusia dari UMW Toyota pun menghadirkan diri untuk mengetahui apa yang berlaku. Mereka telah menyerahkan bulat-bulat kepada konsultan dilantik untuk 'Treasure Hunt' dari kilang ke sekitar Shah Alam. PPT dan TeamTact telah menceritakan apa yang berlaku dan konsultan tersebut dibasuh oleh UMW Toyota kat situ juga. Setelah Ain diberi rawatan awal doktor bertugas menasihatkan saya untuk Ain dirujuk ke hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kerana kemudahan ada untuk memantau keadaan Ain. Saya mengarahkan doktor bertugas terbabit untuk menyediakan surat keterangan tentang prestasi Ain ketika itu. Selepas itu Ain dibawa semula ke kawasan latihan untuk diambil segala barang peribadi termasuk kad pengenalan dan kad pelajar. Ain telah didaftarkan dihospital terbabit dalam jam lebih kurang 1.30 petang. Selepas tu PPT dan TeamTact update Ayah dan Ibu Ain termasuk Boss. Rasanya ketika ini Ain telah keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan mungkin dirujuk ke pakar untuk memastikan yang Ain 100% pulih dan mampu meneruskan aktiviti rekreasi seterusnya berbakti kepada PERLU.
-Kesian tengok Boss conduct atau uruskan 'First Camp' masa kat Bukit Cherakah 'macam' sorang-sorang sampai takdak suara. PPT tak ambik tau sangat hal nie atau ikut 'full' tapi semasa melawat kelas Boss masa 'First Aid & CPR' student tengah tidur pun PERLU buat taktau. Student wanita ada yang tidur semasa buat praktikal kat belakang tirai pun ada yang tidur. Dengan ada PERLU yang sibuk layan telepon, layan penat tapi entahlah macam mana diaorang 'managed' masa sendiri.
TAK SUKA
-Kemalangan yang menimpa Ain bukanlah semata-mata berpunca dari kurang pemahaman dari segi aspek keselamatan UiTM atau PERLU tapi sebagai salah seorang NOI bertauliah, PPT membuat keputusan ianya berpunca dari sikap cuai pengguna lain di Bukit Cherakah. UMW Toyota Seksyen telah menjalankan 'Treasure Hunt' tetapi segala persiapan telah diamanahkan kepada konsultan 'Time Out Solution'. Mereka leka dan memandang sambil lewa aspek keselamatan para pengguna lain kerana aktiviti yang dijalankan boleh mengundang maut kerana salah satu cabaran yang perlu ditempuhi adalah berbasikal menurun dari jalan curam yang digunakan oleh pengguna lain. Bayangkan lah penunggang berbasikal dengan kelajuan lebih dari 45km sejam tanpa sebarang 'helmet', 'gloves', 'elbow', 'knee guard' telah turun ke jalan curam yang digunakan oleh pejalan kaki. Basikal yang digunakan adalah dari pengurusan Bukit Cherakah dan kesahihan aktiviti pembaikan brek dan sebagainya ada ke tidak entahlah. Rasanya sepanjang aktiviti dijalankan telah berlaku lebih dari satu kemalangan melibatkan penunggang basikal staff UMW Toyota.
-Ada jugak dari PERLU yang PPT tak ingat pakai baju nombor berapa tapi datang tolong di Bukit Cherakah bukan bawak isteri yang sah tetapi awek atau tunang ke entahlah. Tapi kalau wanita terbabit isteri yang sah PPT mintak maaf. Maaflah PPT kena maklumkan hal nie kerana takdak apa apa kebaikan yang dinampakkan semasa PPT berada disana lebih kurang 24 jam. Kalau setakat berkepit sana sini lebih dari sudu dan kuah, baik tak payah datang pun. Tapi orang akan tanya PPT apa sebab tak tegur; jawapannya adalah nak kata tak kena 'sindir' tu kenalah jugak tapi macam buat tak tau aje. Nanti kalau ditegur depan-depan nanti nak keluar persatuan lah, akan ada anonymous komen dan macam-macam lagi lah. Tapi inilah hakikat budaya ataupun pendekatan moden yang cuba dibawa oleh PERLU UiTM. Patutnya ditegur dari awal lagi tapi tak kan nak tunggu PPT sampai. Maaflah tapi harap pihak MT PERLU UiTM nampak hal nie dan jangan dijadikan ikutan selepas ini. Harap2 budak PERLU terbabit terkena kecederaan masa Sabtu malam Ahad bukan berpunca dari hal nie.
-Nampak sangatlah semasa perkampungan aktiviti rekreasi berlangsung, hubungan antara PERLU UiTM dan Alumni ada jurangnya. Takpa dan takpa, semua kan ada geng masing-masing. Dengarlah Alumni kita kena berfikiran positif dalam hal nie dan cuba yang terbaik. Macam dalam blog Hicmat bertajuk apa salahnya mungkin pelajar ini jadi macam nie kerana ikutkan sikap dan sifat 'fasilitator' mereka.
-Tapi kepada Alumni yang 'sengai' sangat tu masih ada masa untuk berubah. Kepada sesiapa yang termakan cili, dialah akan terasanya pedasnya. Ingatlah asal kejadian PERLU ini dari dahulu hingga sekarang.

Macam hamba ALLAH yang dilahirkan pada 28/08/1974 pernah berkata kepada PPT, tulih saja apa hang nak tulih biar orang baca, ini kebebasan berblog.
Saya menyusun sepuluh jari samada posts kali nie ada menyakitkan hati dan perasaan orang lain tetapi inilah yang berlaku minggu lepas. Bukanlah nak jadi kaki repot atau nak mintak dihamparkan carpet merah tapi Kata Tetap Kata. PPT berharap kita tidak berdendam selepas ini. Macam Boss cakap ikutlah resam padi dan carilah ilmu kat mana-mana tapi kalau tak mau berubah perangai pun takpa juga.
Tapi kalau posts kali nie ada kebenarannya, ada masa lagi untuk kita semua berubah demi PERLU dan segala-galanya.

Cheers .....

14 ulasan:

ADDIN "My Life Is Beautiful" berkata...

salam PPT

Maksiat tidak dibenarkan...jurulatih yang baik akan menunjukkan contoh teladan yang baik...ini bukan perkara kecil,ini adalah virus yang cuba menyelinap masuk dalam Perlu atau mana2x organisasi rec.....Berekreasi bukannya LESEN untuk membuat maksiat atau berseronok saje ...kita ada tanggungjawab...dah banyak individu atau organisasi yang jatuh kerana masalah maksiat ini...jangan jadi kaum yang kufur kepada nikmat ALLAH...nanti Bala mendatang sapu habis,sehingga tiada PERLU lagi ..berat mata memandang berat lagi bahu memikul....jadilah kaum yang mampu menegur...bukannya berkongsi melakukan...Kata pepatah melayu "KALAU BAPAK KENCING BERDIRI ANAK KENCING BERLARIIII"....takkan PERLU nak hasilkan jurulatih macam ni kot...

p/s cik salmah jgn marah ye...nanti kena jual,kata di atas hanya peringatan kepada sesiapa yang masih tidak di butakan hatinya oleh sang pencipta,agar mengambil iktibar...

aku hamba yang benci couple maksiat menggunakan nama rekreasi..hamba hina

hisyamchemat berkata...

Kita ubah. Pilih mana satu yang terbaik: perbuatan, perkataan atau cukup hanya di dalam hati.

sname berkata...

saya dah tegor..
tapi tak taw dia ada jumpa bos ke x.
=|

ahboy berkata...

tahniah n takziah buat yang berjaya n yang tidak bernasib baik(el).kuat kan semangat..tempuhi cabaran dengan tabah n sabar..=)..

Saya harap,di masa akan datang PERLU perlulah bersatu n tingkatkan semangat setia kawan kita...Kerana kita kena perbetulkan diri kita dulu sblum kita hendak mendidik adik2 n peserta2 kita...ingatlah pepatah "bersatu kita teguh,Bercerai kita roboh"...saya yang amat menyayangi PERLU ni tidak mahu kita roboh...Harap kita dapat rapatkan barisan n penuhkan bulatan untuk kejayaan bersama...amin...

Tanpa Nama berkata...

salam PPT,
Anonymous xde komen yg negatif jika PPT tegur mereka yg melakukan kemungkaran depan mata,maksiat sedemikian perlu dibendung, jika kesalahan dari sudut agama anonymous sokong 100% usaha PPT utk menegahnye..org sebegini ni harus ditegur depan muka..kalo nk bermanja2 bkn disitu tempat nya..jika PERLU UITM & ALUMNI dilihat spt berpuak2..harap PPT ada jalan menyatukannya kembali..semoga PERLU xkira UiTM @ ALUMNI lebih mesra $ bersatu padu kearah perkembangan penggiat rekreasi..Amin..

PPT berkata...

Kita kata sebab kita nampak apa yang orang lain tak nampak.
Kita tengok sebab orang lain tak penah tengok apa yang kita dah tengok sebelum nie.
Istilah Kata Tetap Kata rasanya sebelum kewujudan blog nie dah diamalkan sebelum nie.
Cuma depa nie yang dok buat perangai nie rasa macam imuniti kuat sangat, tengoklah macam mana selepas nie.

Cheers....

PPT berkata...

Pasai tu lah Anonymous hang dok serbu sebelum nie banyak orang tak suka. Kata Alumni yang tak aktif kan
Tau pasai apa......
Pasai hang tak tau apa yang dah jadi dan suka serbu...... Lain kali tanya dulu apa cerita semua nie baru serbu....
Hang tak penah rasa macam mana teruknya membangunkan sesebuah persatuan....
Yang hang tau kata tu kata nie, hang tu yang kena turun bimbing budak-budak macam nie.

Cheers.....

Tanpa Nama berkata...

salam PPT,
bab ni mmg sy amat2 setuju..tp xsemua berkelakuan sedemikian rupakan?jgn kerana nila setitik rosak semua susu sebelanga..anonymous xpernah serbu kalo anonymous xtau cerita..apa anonymous bangkitkan adalah cuma tentang 'PENERIMAAN','EGO'& 'SEMANGAT SETIA KAWAN'..itu sahaja..xlebih dari itu..sekian terima kasih..

teamtact berkata...

Salam rekreasi.....

Saya rasa bersalah...... saya minta maaf kepada semua ahli PERLU UiTM kerana saya gagal mendidik adik-adik saya ni.......

TAPI AKU AKAN TERUSKAN JUGA..... TERIMA TAK TERIMA KORANG PUNYA PASAL.....!!!!!! tapi kalau dah tak boleh terima kehadiran aku dalam PERLU bagi tau kat penasihat, pasal aku hanya akan berhenti berkhidmat sekiranya diminta oleh penasihat SAHAJA. TQ.........

teamtact berkata...

apa alumni yang sengal tu dah buat........ saya terlepas pandang kot........ sapa yang sengal ni????

PPT berkata...

Sebab tu hang tu la anonymous lain kali tengok kiri dan kanan dulu la. Tak payah la nak cerita bab nila setitik la, ego ka, semangat setia kawan ka apa ka. Memang la takdak lebih dan takdak kurang tapi kalau anonymous tahu beza antara lebih dan kurang, rasanya sudah tiba masa kita turun padang perbetulkan apa tak betul lagi. Kalau setakat 'weng' sana 'weng' sini anonymous rasanya kaji semula apa yang anda dah coretkan.

Cheers.....

wegreentheearth berkata...

salam PPT dan semua,
saya juga seperti team tact..
ingin memohon maaf di atas kegagalan kami mendidik pelapis2 yang ada sekarang..dan juga jika ada yang inginkan kami berhenti dari mencampuri hal2 persatuan sampaikanlah terus kepada penasihat..kata2 darinya akan kami anggap seperti arahan..berhenti ka, terus ka, apa ka..
kami akan ikut...

kepada anonymous..
kehadiran anda sebenarnya tak disenangi ramai.. bukan kerana apa..cuma anda hanya bijak berkata2 tapi tidak bijak untuk bertindak..
saya minta jasa baik anda supaya tidak mencampuri hal2 persatuan hanya di alam maya..turunlah sama2 menabur bakti agar kata2 anda boleh diambil berat oleh semua..
banyak junior2 yang perlukan bimbingan dari kita semua..
cheers...

Tanpa Nama berkata...

Sape alumni sengal tu?

keLaPe daN orKiD..... berkata...

salam abg malin el cuma nak cakap trima kash banyak2 sebab abg malin byk bersusah2 sebab el trima kasih semoga lebih banyak lagi ilmu yang akan di ajar kat el...salam

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor