Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Selasa, Julai 06, 2010

Moving Out




Salam Sejahtera,
Dah lama sangat tidak menulis dan mungkin ini adalah masa yang terbaik untuk menyatakan apa yang terbuku sangat dalam hati yang sudah mula usang ini. Sebenarnya berat rasa dihati untuk menyatakan hal ini tapi yang terbaik dan perlu dinyatakan. Keluarga PPT dijangkan akan mula berpindah masuk ke rumah sewa baru pada satu Ogos tahun ini. Proses bermigrasi ini akan melibatkan dari kawasan Taman Putra Perdana, Puchong ke Taman Puchong Utama, Puchong juga la.
Tujuan ini adalah sebagai salah satu langkah untuk mencari angin, pengalaman, corat coret kehidupan yang baru sambil memberi lebih ruang kepada Wan Nurul Maisarah dalam proses pembesaran beliau.
Walaupun rumah ini hanya disewa, tetapi kegembiraan kian terasa; dengan keadaan rumah lama sekarang yang dah penuh dengan kotak, sana sini penuh barang membakarkan lagi semangat untuk teruskan usaha. Keluarga PPT akan 'all-out' pada Julai 17&18, Julai 24&25, Julai 31 dan seterusnya Ogos 01. Banyak yang kena buat seperti re-layout, angkat turun barang sikit-sikit lepas waktu kerja, tebuk sana tebuk sini, dril sana sini dan sebagainya.
Keluarga PPT dijangka akan melaksanakan suatu majlis kesyukuran dalam Ramadhan yang akan datang insyaALLAH.
Maaflah kepada adik-adik PPT sekalian terutamanya nadi utama Team Tact, aktiviti yang telah siap sedia bulan ini tidak dapat ditunaikan demi memberi lebih fokus dalam aktiviti 'moving out' ini.
Besarlah harapan PPT agar coretan ini dapat memberi penjelasan mengapa kami hanya berfokus disini sahaja.

Sekian dan insyaALLAH lepas aktiviti ini tamat, kami akan beraksi semula.

Selasa, Jun 01, 2010

Cuba Untuk Berubah La Kawan...

Salam semua,
Dah lama jugak kiranya aku dah tak berblog. Bukan kata bersawang tapi macam dah kena trekking dah.
Apa pun aku akan cuba mencoretkan semula apa yang tersurat dan tersirat dalam meredah liku-liku kehidupan tahun ini.
Tingkahlaku manusia dalam membawa ADAT dan ADAB dalam aspek amat memberi impak yang kuat dalam hidup seseorang.

Sekian.
PPT

Isnin, Mac 22, 2010

Oh Kapas Dah Lepas



Salam semua,
Diharapkan setiap hamba ALLAH yang masih mengenali PPT sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan insyaALLAH. Dah lama tak berblog nie.
Dengar cerita geng-geng PDRM Batch Kapas tahun lepas telah berjaya menjalani latihan praktik masing-masing dengan jayanya.
PPT mengharapkan batch nie dapat meneruskan kerjaya masing-masing selain dapat meningkatkan pengetahuan ke tahap lebih tinggi seperti orang lain. Mana tau ada yang ingin sambung ke peringkat 'sarjana muda' walaupun ada yang dah tua sikit.. :) tapi berisi laaaa... Jangan marah naaa.

Good Luck To All Of You..

PPT

Khamis, Februari 18, 2010

Jom Kita Pi Jengka, Pahang Darul Makmur



Kepada mana-mana pihak yang mengenali kedua pengantin lelaki dan wanita tetapi mungkin pihak keluarga terlepas pandang, saya dengan ini mewakili keluarga kedua pihak ingin menjemput ke majis pada 20hb Februari 2010 bertempat di Taman Desa Jaya, Bandar Pusat Jengka, Pahang Darul Makmur.

Harap maklum dan terima kasih.

Selasa, Januari 26, 2010

Raplah Jingga Punya Kengkawan



Terima kasih pada Andrew Lim aka Andrew Bulu diatas gambar ini. Lihat lah PPT suatu ketika dahulu sebagai ketua kelas dan PWII dalam PKBM.
Dah banyak geng ada kat Lembah Klang, tengok gambar teringat nakalnya kami semua sampai cikgu kelas takleh kawal. Cikgu kelas PPT dalam gambar tu adalah mentor PPT dan ada sebabnya....

Isnin, Januari 18, 2010

Milik Siapakah Insiden Ini ?



Saya sekeluarga mengucapkan salam takziah dan kesal dengan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang tentang insiden perahu naga minggu lepas.
Siapa yang bersalah dan siapa yang patut menerima padahnya? Ada yang pakai PFD dan ada yang tak pakai PFD? Apa dah jadi....
Adakah yang terbabit samada bernyawa atau tidak dilindungi insuran?
Yela, kita hanya membaca dan tidak berkata apa-apa mungkin kerana bukan anak atau saudara terdekat kita terlibat dalam insiden terbabit?
Komen yang berkuasa hanyalah meminta aspek keselamatan dipertingkatkan... Mengapa tiada pemantauan sepanjang masa sebelum ianya berlaku?
Penulis sendiri suatu ketika dahulu sering jugak menggunakan kawasan terbabit utk aktiviti air seumpamanya tapi memang menitikberatkan kewajipan menggunakan PFD. Masih ingat lagi pesanan arwah, 'hang tu kalau dok guna kawasan tu jaga-jaga sama pasai ayaq memang tenang tapi kerap kat situ ada ombak tujuh-beradik'.

Ini telah sedikit sebanyak mencalar aktiviti rekreasi di Malaysia untuk tahun 2010.
Bagaimana pula dengan aktiviti air di tempat lain? Rasa ownership utk elak guna PFD masih berlaku.

Ahad, Januari 10, 2010

Apa Pendapat Anda....

Syukur pada TUHAN 2010 ada la sikit membawa perubahan dalam hidup dimana PPT dah ada buku muka. Tapi admin PPT adalah isteri tercinta. PPT pun dah mula sikit-sikit untuk mendalami proses nie pasai kat opis tak leh bukak...
Ada le terbaca tentang PERLU dulu-dulu dan PERLU la nie.... Bukan la nak menaikkan darah sapa-sapa tapi macam ada orang macam nak letak pagar sekali lagi.... Orang tu mesti la PPT kenai kan.... Tapi mungkin orang tu tersilap cakap atau sengaja cakap macam tu.... Kalau PPT tulih lebih detail nanti semua dapat tangkap sapa gerangannya. Rasanya kita dah lupa ttg perkara tu tapi almaklumlah orang tu rasa diri bagus walhal hanya kita tahu usaha PERLU untuk 2010 dan selamanya.

Apa pendapat anda tentang hal ini? Kalau sudi kita perkatakan.....

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor