Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Khamis, Februari 18, 2010

Jom Kita Pi Jengka, Pahang Darul Makmur



Kepada mana-mana pihak yang mengenali kedua pengantin lelaki dan wanita tetapi mungkin pihak keluarga terlepas pandang, saya dengan ini mewakili keluarga kedua pihak ingin menjemput ke majis pada 20hb Februari 2010 bertempat di Taman Desa Jaya, Bandar Pusat Jengka, Pahang Darul Makmur.

Harap maklum dan terima kasih.

Selasa, Januari 26, 2010

Raplah Jingga Punya Kengkawan



Terima kasih pada Andrew Lim aka Andrew Bulu diatas gambar ini. Lihat lah PPT suatu ketika dahulu sebagai ketua kelas dan PWII dalam PKBM.
Dah banyak geng ada kat Lembah Klang, tengok gambar teringat nakalnya kami semua sampai cikgu kelas takleh kawal. Cikgu kelas PPT dalam gambar tu adalah mentor PPT dan ada sebabnya....

Isnin, Januari 18, 2010

Milik Siapakah Insiden Ini ?



Saya sekeluarga mengucapkan salam takziah dan kesal dengan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang tentang insiden perahu naga minggu lepas.
Siapa yang bersalah dan siapa yang patut menerima padahnya? Ada yang pakai PFD dan ada yang tak pakai PFD? Apa dah jadi....
Adakah yang terbabit samada bernyawa atau tidak dilindungi insuran?
Yela, kita hanya membaca dan tidak berkata apa-apa mungkin kerana bukan anak atau saudara terdekat kita terlibat dalam insiden terbabit?
Komen yang berkuasa hanyalah meminta aspek keselamatan dipertingkatkan... Mengapa tiada pemantauan sepanjang masa sebelum ianya berlaku?
Penulis sendiri suatu ketika dahulu sering jugak menggunakan kawasan terbabit utk aktiviti air seumpamanya tapi memang menitikberatkan kewajipan menggunakan PFD. Masih ingat lagi pesanan arwah, 'hang tu kalau dok guna kawasan tu jaga-jaga sama pasai ayaq memang tenang tapi kerap kat situ ada ombak tujuh-beradik'.

Ini telah sedikit sebanyak mencalar aktiviti rekreasi di Malaysia untuk tahun 2010.
Bagaimana pula dengan aktiviti air di tempat lain? Rasa ownership utk elak guna PFD masih berlaku.

Ahad, Januari 10, 2010

Apa Pendapat Anda....

Syukur pada TUHAN 2010 ada la sikit membawa perubahan dalam hidup dimana PPT dah ada buku muka. Tapi admin PPT adalah isteri tercinta. PPT pun dah mula sikit-sikit untuk mendalami proses nie pasai kat opis tak leh bukak...
Ada le terbaca tentang PERLU dulu-dulu dan PERLU la nie.... Bukan la nak menaikkan darah sapa-sapa tapi macam ada orang macam nak letak pagar sekali lagi.... Orang tu mesti la PPT kenai kan.... Tapi mungkin orang tu tersilap cakap atau sengaja cakap macam tu.... Kalau PPT tulih lebih detail nanti semua dapat tangkap sapa gerangannya. Rasanya kita dah lupa ttg perkara tu tapi almaklumlah orang tu rasa diri bagus walhal hanya kita tahu usaha PERLU untuk 2010 dan selamanya.

Apa pendapat anda tentang hal ini? Kalau sudi kita perkatakan.....

Isnin, Disember 28, 2009

Ada Ada Aja - 2











Sorri la gambaq jadi banyak, macam ada problem dengan blogspot.com

Ada Ada Aja

Tu dia la orang dok kata - Tiada Hari Tanpa Rekreasi tu betoi la kot. Sabtu lepaih keluarga HicMat telah menganjurkan program mari lepak dan kali nie telah dianjurkan bersaman oleh keluarga PPT. Kak Liza dan isteri PPT merupakan antara yang telah bekerja keras menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi menganjurkan aktiviti ini. Kali nie lokasi baru telah dipilih iaitu Ulu Yam. Turut sama berhempas pulas menghadiri aktiviti kali nie adalah Rembang Waktu, Cinta Kinabalu dan Hakikat Rimba. Objektif utama adalah memenatkan diri sambil mandi manda, makan dan sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Ad-hoc macam nie akan kerap diadakan oleh Kak Liza dan isteri PPT mengikut kelapangan dan budget sendiri la kalau-kalau ada lebih insyaALLAH.
Pada yang berminat terutamanya ada transport sendiri, boleh lah contact isteri PPT untuk aktiviti akan datang dimana menjanjikan tempat baru dan mesti la ada sungai untuk mandi.

Khamis, Disember 24, 2009

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor