Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Selasa, Julai 06, 2010

Moving Out




Salam Sejahtera,
Dah lama sangat tidak menulis dan mungkin ini adalah masa yang terbaik untuk menyatakan apa yang terbuku sangat dalam hati yang sudah mula usang ini. Sebenarnya berat rasa dihati untuk menyatakan hal ini tapi yang terbaik dan perlu dinyatakan. Keluarga PPT dijangkan akan mula berpindah masuk ke rumah sewa baru pada satu Ogos tahun ini. Proses bermigrasi ini akan melibatkan dari kawasan Taman Putra Perdana, Puchong ke Taman Puchong Utama, Puchong juga la.
Tujuan ini adalah sebagai salah satu langkah untuk mencari angin, pengalaman, corat coret kehidupan yang baru sambil memberi lebih ruang kepada Wan Nurul Maisarah dalam proses pembesaran beliau.
Walaupun rumah ini hanya disewa, tetapi kegembiraan kian terasa; dengan keadaan rumah lama sekarang yang dah penuh dengan kotak, sana sini penuh barang membakarkan lagi semangat untuk teruskan usaha. Keluarga PPT akan 'all-out' pada Julai 17&18, Julai 24&25, Julai 31 dan seterusnya Ogos 01. Banyak yang kena buat seperti re-layout, angkat turun barang sikit-sikit lepas waktu kerja, tebuk sana tebuk sini, dril sana sini dan sebagainya.
Keluarga PPT dijangka akan melaksanakan suatu majlis kesyukuran dalam Ramadhan yang akan datang insyaALLAH.
Maaflah kepada adik-adik PPT sekalian terutamanya nadi utama Team Tact, aktiviti yang telah siap sedia bulan ini tidak dapat ditunaikan demi memberi lebih fokus dalam aktiviti 'moving out' ini.
Besarlah harapan PPT agar coretan ini dapat memberi penjelasan mengapa kami hanya berfokus disini sahaja.

Sekian dan insyaALLAH lepas aktiviti ini tamat, kami akan beraksi semula.

3 ulasan:

hijau bumi Tuhan... berkata...

smoga penghijrahan ini mmbawa keseronokan dan kegembiraan buat keluarga PPT...

bile agaknye nk angkut brg2...nti roger2 la...insyallah, kalo berkesempatan, bleh le tlg apa2 yg ptut...angkut brg ke, basuh umah baru ke, hehe...

NORLIZA ALI WEE berkata...

Wow..bestnya nak pindah..semoga seronok di rumah baru...

Tanpa Nama berkata...

Lirik Nasyid

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor