Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Rabu, September 09, 2009

Panik - Utusan Malaysia (Bahagian 1)


Presiden Persatuan Psikiatri dan Kesihatan Mental ASEAN, Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil berkata, ramai yang mengalami serangan panik tidak menyedari mereka menghadapi masalah tersebut.
"Serangan panik membuatkan seseorang itu merasai satu perasaan di mana mereka seperti tidak boleh bernafas, dada seakan sempit, degupan jantung kuat, berpinar dan gelap mata, ada juga kes yang pengsan dan sakit di bahagian perut," jelas beliau ketika ditemui di pejabatnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Mohamad Hussain, menambah ciri-ciri serangan panik termasuk gangguan tidur, mimpi berulang atau mimpi ngeri.
Katanya, simptom-simptom di atas berlaku secara episodic atau berulang-ulang namun ia tidak terjadi setiap masa cuma pada ketika tertentu sahaja.
"Ada faktor pendorong seperti berada di khalayak ramai, dalam lif yang sesak, dalam ceramah, jemaah di masjid dan ada juga kes terkena serangan ketika memandu.
"Kes-kes ini ada yang dirujuk kepada rawatan kecemasan kerana mereka beranggapan diri mereka mengalami penyakit jantung atau lelah. Tetapi selepas ujian didapati mereka tidak mempunyai masalah kesihatan justeru mereka tidak mendapat rawatan sempurna untuk penyakit yang dialami," jelasnya.
Menurut Mohamad Hussain, mereka yang mengalami serangan panik ini patut mendapat rawatan psikiatri untuk ubat serta cara rawatan yang sesuai.
"Tak perlu malu untuk mengenengahkan penyakit ini. Kalau jantung boleh sakit, otak juga macam organ lain, jadi bila kita semua beranggapan sebegini maka tidak timbul perasaan malu.
"Apa yang dikhuatiri, individu yang mengalami serangan panik mula menjauhi tempat yang mereka tidak senangi dan ada sesetengah kes di mana mereka tidak boleh berinteraksi sekali gus tersisih daripada aktiviti sosial.
"Masalah lain menjurus kepada penurunan produktiviti. Isu utamanya kerana mereka tidak tahu kenapa secara tiba-tiba gementar dan gemuruh berepisod," jelasnya.
Tambahnya, penyakit ini boleh menjadi kronik dan berlarutan hingga bertahun-tahun lamanya.
"Memang penyakit ini tidak bahaya tapi ia boleh mendatangkan kesusahan kepada diri sendiri, keluarga dan majikan.
"Justeru setiap ahli keluarga perlu didedahkan dengan pengetahuan ini agar mereka boleh membantu ahli keluarga yang mengalami serangan panik," katanya.

3 ulasan:

aboy berkata...

Panik2 pun jangan amik dadah sudah...=)

PPT berkata...

Itu bukan panik...
Itu lalok .....

aimanarif berkata...

wakaka..panik ambik dadah?wakakaka itu pening la..lalok ye gak..PPT jgn majuk, nanti datang kl bagitau saya tempah bilik khas wat PPT huhuhu selamat berpuasa & selamat hari raya lalallaa

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor