Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Selasa, Ogos 18, 2009

Belum Lagi Pi Dah Ada Yang Tak Suka Kat Abang..

PPT melabuhkan usaha membantu Final Camp Pulau Kapas semalam iaitu Isnin selepas turut sama bergerak dengan yang lain dari Jumaat lepas. Nak diikutkan mau nak tunggu sampai habih melayan kerenah geng Polis tapi apa kan daya tugas dipejabat senantiasa menunggu. Seperti biasa kali ini PPT hanya memberi confirmation last minute agar para peserta kurang tahu ada 'lanun lama' ikut sekali. Kali ini isteri tercinta dan Wan Nurul Maisarah tidak turut sama kali nie. Mengenangkan ilmu yang akan dapat masa di Final Camp memang tak leh dibayar dengan wang ringgit, PPT pun join sekaki.. kerana dari para peserta kita akan mendapat ilmu baru tanpa diminta....
Seperti biasa la PPT memang orang tak suka sejak dulu lagi tapi apa kan daya 'approach' macam nie la kadang-kadang buat peserta mengubah cara fikir dan perbuatan demi mencapai objektif aktiviti.
Tapi yang best kali ini adalah gambungan peserta adalah dari geng Polis, budak-final camp dulu-dulu, budak dari STPM dan ada jugak dari Instruktor PERLU yang Maha Hebat.
Apa kan daya..... bila dah kena jadi peserta mula la tak sayang mulut dan macam-macam keluar dari hati dan perasaan... Ini lah lumrah manusia, tahu lebih sikit dari orang lain dah mula pandai kondem orang... Ingatlah yang kita jadi macam tu sebab orang lain jugak... Macam la kita tu bagus sangat dari orang lain.... Setakat hanya join aktiviti PERLU rasa macam Maha Hebat pulak dah.... sepatutnya kita bakar semangat yang lain untuk teruskan perjuangan nie sampai fasilitator pulak kena sound sebelum bertolak ke Pulau Kapas. Belajar cakap depan dan bukan expert cakap belakang. Tapi kalau masa tu PPT tanya depan-depan takut tersipu malu tak sudah pulak nanti. Nak jadi pemimpin kena dipimpin.... Tak semua akan datang bergolek....
Semasa penulisan posts ini, PPT teringat masa di Pulau Kapas ilmu baru yang diajar oleh geng Polis tentang semangat orang lama (tua) dan orang baru (muda). Betoi jugak apa depa ajaq PPT. Terima kasih geng PLK Polis..... bila nak join jadi geng PERLU pulak... Tapi kena join TOT tau...
PENJENGOK-PENJENGOK TEGAR

14 ulasan:

aishahadnan berkata...

salam...
ape ni mcm tak best je...
walaupon ade yang tak suke tapi ade jugak yang selalu ingat n menghargai segala jasa abg malin dlm PERLU...
=p

PPT berkata...

Ecah,
Terima kasih atas komen anda....
Ecah baca macam tak best, orang yang dapat berita nie lagi la menggelegak....
Tapi nak buat macam kan....
Bolos saja jurang itu.....

Kita berbakti bukan mintak dihargai tapi sekadar minta kawan-kawan doakan masa depan kita dan lain-lain .....

Ini lah masalah kalau rasa diri lebih sikit dari orang lain...

Sapa termakan cilinya maka dia lah yang rasanya pedasnya.....

Haron berkata...

Salam Bro...

apa yang Bro cakapkan tu memang betul. Daripada kita bercakap belakang lagi baik kita berdepan baru nampak gentelman.. Betoi tak Bro... jangan mare yeaa.. Kata pepatah lagu.. nak cakap salah tak cakap salah jadi semua serba salah. saya tak macam tu, stail saya jika salah saya minta maaf tapi jika betoi saya akan berdepan. Jangan mare yea.. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dari Saya dan keluarga.

PPT berkata...

Terima kasih Haron atas komen anda...
Moga ALLAH memberkati usaha anda dalam mencapai objektif dan matlmat yang dirancang....

PPT

FoO dA fIrSt#1 berkata...

cuma bagi cadangan, kalau dah tau sapa yang MAHA HEBAT tu, tak payah nak provoke bang, call je terus, tak pun panggil dia jumpa, atau abg yang pi jumpa dia tanya dia direct. abih cerita. benda macam ni kalau asik berbisik-bisik antara sesetengah individu saja, lama-lama jadi busuk. kan benda tu akan menjejaskan imej dan perhubungan antara kedua belah pihak. bukan apa, takut akan ada yang beranggapan 'Family Kita' tak bahagia. penglibatan saya dalam sektor peng'instruktur'an dan final camp masih baru, tapi saya memang bersedia untuk tidak disukai dan dibenci. yang penting apa yang kita bagi ikhlas dan anggap itu adalah "saham" kita untuk masa depan dan depa pun dapat ilmu. ambo nok royak lebih-lebih, ambo pun umbun-umbun dok lembik lagi nih, hanya pandangan peribadi.

selamat menyambut bulan ramadhan....

putu kacang dah order bang, tunggu sampai kat tangan ja....

PPT berkata...

Cadangan anda diterima...
Terima kasih.....

hisyamchemat berkata...

Sori Malin menyelit sikit.

Haron... gentelman ka gentleman. LAin macam ja bunyinya.

Haron berkata...

ayoyo inche, sori salah eja dah. Tapi gentel pun bolehlah.

aboy berkata...

Suka ke,zsuka ke...
Yang penting kita jalankan tanggungjawab kita bang..=)

PPT berkata...

Bloggers and ALl,
Terima kasih atas komen membina dan inisiatif sebagai gentelman...

Hanya kita yang kenai diri kita...

Apa pun dah macam perkara baru dipelajari dan dah mula keluaq ayat-ayat baru....

PPT

yazilahyazir berkata...

Salam Bro PPT..
9 tahun kenal ppt..
lantak la org nak ckp apa..

Stoner berkata...

Janji PPT ikhlas, hanya tuhan yg dapat membalas...btol tak?

Selamat menyambut ramadhan...pose jgn x pose...huhuhu

PPT berkata...

Terima kasih daun keladi, kalau rajin komen lah lagi...
PPT mohon maaf sekiranya ada yang mula rasa pedasnya cili itu....
LU Pikir La SEndiri.........

PPT

sname berkata...

ades..
hot2...

enjooyyyy...

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor