Salam semua,
Rasanya dah lama sangat PPT mendiamkan diri dalam industri berblog nie pasai rasanya akibat bebanan kerja dan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan... Tapi TAKPA lah syukur pada ALLAH kerana masih bernyawa lagi dan dimurahkan rezeki insyaALLAH.
Pasai berita panas tentang apa yang sedang berlaku di Pulau Mutiara nie sebenarnya keluarga PPT pun merupakan antara yang terlibat secara langsung dalam situasi ini kerana arwah tok PPT Puan Fatimah Bee binti Naina Mohamad adalah anak jati kat kawasan nie jugak. Disinilah mak PPT serta lain-lain membesar. PPT, Kak Ina dan Kak Chik tidak terkecuali membesar dikawasan ini dimana dulu kami adik-beradik kena tinggal dengan arwah Tok kalau mak bapak kami kerja. Bayangkan lah tinggal kat rumah tok penuh dengan tingkap tapi takdak langsir, bermalam dan tidur menghadap tingkap. Itu tak termasuk dengan bunyi-bunyi 'geng-geng' tu. Dah lah rumah tok jamban dan tempat mandi dengan kolah besaq kat luar rumah, kena la trekking sikit tapi yang pastinya waktu malam memang tak pi kencing pasai seram sejuk nak keluar rumah ke jamban. Kolah mandi kat rumah tok rasanya ada la panjang dalam 15 meter siap boleh buat 'free style' masa tu. Tapi kalau masa tu arwah tok dapat tau memang kena pukui la jawabnya. Disini lah jugak PPT belajaq bahasa Tamil dengan kawan-kawan sekolah rendah (SRK Bukit Gelugor) seperti Ravi, Puvanan, Prabakaran dan lain-lain lagi.
Tapi takdak lah timbul nama Kampung Buah Pala cuma yang sahihnya cuma Lorong Buah Pala. Tanah kat sini semua jenis TOL iaitu perlu membayar sewa tanah setahun sekali. Tapi selepas arwah meninggalkan kami sekeluarga pada 2004, semua urusan telah pun diketuai oleh ibunda Puan Aisha binti Sulaiman dan sekarang nie dibantu sepenuhnya oleh PPT sendiri selepas ketiadaan ayahanda Tuan Othman bin Hajid.
Yang buat jadi ramai nie adalah pasai ada yang degil tak mau keluar dari kawasan tu walaupun dah dijanjikan wang ringgit dan rumah mengikut jumlah keluarga. Kami sendiri pun dulu ketegag jugak tapi memandangkan kawasan tu penuh dengan anai-anai dan sistem peparitan yang tidak memuaskan; rumah arwah tok dirobohkan dan kami menerima pampasan seperti yang dijanjikan.
La nie apa yang berlaku adalah depa nie semua suka buat ramai tak mau keluaq dari situ. Masa berpuluh kali meeting dulu semua dah sepakat tapi ada pihak yang suka cucuk jarum dan dah jadi hal semula. Pasai depa punya pasai semua perancangan termasuk pampasan dah terhenti seketika sampai la nie.
Ini lah masalahnya bila ada pihak luaq suka campur tangan dan suka mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi. Jangan la sampai kami sekeluarga kena naik turun semula jumpa lawyer dan kena re-start semula semua proses yang dah selesai.
Moga Arwah Tokwan PPT, Arwah Tok PPT dan arwah ayahanda PPT ditempatkan dikalangan orang-orang yang mulia dan dimasukkan ke syurga insyaALLAH, AMIN. I will see your all one day.....
Penjengok-Penjengok Tegar
2 ulasan:
salam, ai bang, len macam ja ayat last tu?
you are not alone~kih3
Catat Ulasan