Sebenarnya kegawatan ekonomi mengajar sesetengah penduduk Malaysia agar lebih berhati-hati dengan perbelanjaan dan merancang aktiviti bulanan. Dalam erti kata lain, aktiviti hujung minggu lebih tertumpu kepada pencarian kerja sambilan dan pembabitan diri dalam aktiviti yang 'cost saving'.
Wang merupakan antara salah satu faktor yang penting dalam tahun ini. Kerana wang jugalah seseorang akan jadi senang dan kerana wang jugalah seseorang akan mudah susah. Tidak dilupakan kerana wang jugalah orang akan hilang kawan. Tetapi ini tidak semestinya budaya subsidi perlu diteruskan sepanjang masa.
Berikhtiar untuk terus mampu hidup amatlah penting tahun ini. Walaupun kita 'jobless' atau kurang pendapatan tidak semestinya kita menjauhkan diri dari orang lain, tutup 'handphone' dan sebagainya. Di kala inilah kita perlu banyak berjumpa kawan, rakan untuk turut sama berfikir yang perlu dilakukan untuk terus hidup. Belajar tidak mengira umur, masa dan tempat termasuk formal dan tidak formal. Itu tidak termasuk isu semasa yang dibincangkan iaitu 'Competency'. Senario sekarang banyak orang berumur suka belajar dan ingin tahu berbanding orang muda sekarang. Bila tahu diri dah lebih sikit sikap hormat pada orang lebih tua hilang begitu sahaja.
Ingatlah untuk 'makan dengan kawan bukan kawan makan kawan'.
Cheers....
Think Global Not Local
2 ulasan:
salam ppt..
org2 terdahulu suka nak tambah ilmu lagi pasal kami rasa ilmu tu tak cukup lagi dan perlu banyak belajar...mungkin pasal dah didikkan nyer mcm tu kot...
ya... saya bersetuju dgn kata2 kak yazilah.... mungkin didikan guru2 kita yang kita masih pegang sampai hari ni....
Catat Ulasan