Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Selasa, Januari 20, 2009

KebanggaanKu



Sapa tak tau kat mana Taman Wetland Putrajaya? Meh sini PPT nak bagitau. Taman Wetland Putrajaya terletak dalam kawasan Putrajaya lah kan.
Disinilah PPT memulakan kegiatan rekreasi secara besar-besaran dengan penglibatan sepenuh masa dari pagi hingga petang. Tetapi kerjaya PPT sebenarnya bermula di Taman Botani Putrajaya sebagai 'Outdoor Supervisor' mengawal selia aktiviti air dalam taman tersebut. Masa tu tak lah banyak perkara berkaitan rekreasi dapat diketengahkan. Tetapi peluang tetap ada. Alex Ch'ng telah memberi peluang kepada PPT untuk berubah arah dari menjaga taman yang penuh dengan bunga, buluh dan sebagainya kepada menyelia kawasan yang penuh dengan aktiviti rekreasi. Apa lagi teruih sambaq peluang tu tanpa berpatah balik. Seingat PPT sewaktu minggu pertama PPT kena bekerja duduk atas lantai surat khabar kerana peralatan pejabat, talian telepon dan lain-lain lagi belum ada. Dalam erti kata lain, tandas kena basuh sendiri. Berkat doa guru-guru Alhamdulillah sedikit demi sedikit rekreasi dikembangkan tanpa segan silu, bermula dengan berakit, camping dan lain-lain lagi, PPT menambah aktiviti dengan Ikhtiar Hidup, Level I dan Level II, Aktiviti Tali, Management Games dan macam-macam lagi lah. Peluang jugak tidak dilupakan kepada Gopeng, Ain, Normi dan lain-lain lagi untuk turut sama membantu dalam pelaksanaan aktiviti. Sempatlah jugak kami semua dapat masuk suratkhabar dan sebagainya. Selepas itu tidak dilupakan budak kelas 'Outdoor' Boss dan geng PERLU pun turut sama memeriahkan aktiviti di Pusat Rekreasi Air Taman Wetland Putrajaya.
Tak payah PPT menyatakan kenapa Taman WEtland Putrajaya ditinggalkan dan perjuangan diteruskan di bidang 'manufacturing'. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Dengar cerita Taman Wetland dah macam tidak bernyawa lagi, peralatan dah kurang dijaga setelah diambil alih oleh PPJ. Tinggal lah Gopeng, Mirul dan lain-lain meneruskan perjuangan. Dengar cerita ada geng lama dah naik pangkat ke level Pengurusan Taman tapi yelah dunia dah baru dan zaman dah berubah. Apa boleh buat; 'Money Is Not Everything But At Least Money Is Something'. Ingat lagi 'statement' Alex Ch'ng - Berapa Cukup Lu Kata Cukup?. Antara soalan yang kurang mudah untuk dijawab. Bila lah Alex Ch'ng nak pulang ke Malaysia bercuti dari Australia? Mungkin Raya Cina Tahun Ini?
Cheers....

Tiada ulasan:

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor