Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Khamis, Januari 22, 2009

Bahaya CPR


CPR jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh mencederakan mangsa. Kesemua garis panduan semasa latihan teori menggunakan manikin atau pasangan anda perlulah tepat dan terkini. Kesalahan-kesalahan melakukan CPR termasuk:

- Kedudukan tangan yang salah semasa melakukan tekanan dada boleh menyebabkan patah tulang rusuk, cuaran xifoid dan mencederakan hati, paru-paru dan limpa.
- Tidak melepaskan tangan dengan sepenuhnya semasa melakukan tekanan dada. Jantung tidak berpeluang dipenuhi darah.
- Tekanan dada yang melantun akan menyebabkan kedua tangan penyelamat bergerak dari sternum.
- Menekan terlalu kuat mungkin menyebabkan kecederaan bahagian dalaman.
- Kegagalan menekan sternum seperti yang dikehendaki akan menyebabkan aliran darah ke otak dan organ-organ penting lain tidak mencukupi.
- Memberi pernafasan bantuan terlalu kuat dan banyak atau tidak membuka saluran pernafasan dengan sepenuhnya akan menyebabkan perut kembung. Mangsa mungkin muntah dan tidak boleh bernafas dengan sempurna.
- Keadaan tangan yang salah semasa melakukan tekanan abdomen (Heimlich Maneuver), boleh menyebabkan kerosakan dalaman.

Tiada ulasan:

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor