Hari nie PPT tak ada kesempatan untuk posts sesuatu yang power sebab sibuk dengan persiapan meeting 'security' minggu hadapan melibatkan PDRM, MBSA dan BOMBA. Ini juga termasuk ahli-ahli dari syarikat lain dalam kawasan Seksyen 26 Shah Alam.
Selain itu jugak PPT sendiri telah berjumpa beberapa orang yang suatu ketika dahulu penting dalam proses pelaksanaan Level III Pemimpin Rekreasi Kebangsaan Malaysia. Otai nie dah patut masuk kategori Yoda kerana beliau sendiri join kursus Level III Siri 11/1989. Beliau merupakan antara batch Trainer pertama yang dihasilkan oleh KBS di Pulau Rebak, Langkawi. Sekarang pun batch dia dah banyak hilang begitu sahaja. Banyak pengalaman dan ilmu yang dibualkan tapi yang bestnya Yoda ini tahu apa yang sedang berlaku dalam Level III sekarang. Sebagai orang muda, PPT banyak mengambil dan mencedok ilmu yang disampaikan agar dapat digunakan dalam hidup kelak insyaALLAH. Pengalaman beliau amat luas dan dia tidak segan silu memberi ilmu dan nasihat. Terima kasih Tuan Hj. Speedo.
Itulah kita nie, sebagai manusia kita sendiri kadang-kadang lupa untuk menerima nasihat orang yang lebih tua atau lebih matang dari kita. PPT sendiri suatu ketika dahulu pun macam tu juga. Bila dah terhantuk baru teringat nak mengelak. Macam arwah bapak PPT selalu cakap; 'Hang nie bila dah berak baru nak korek lubang'. Dulu sakit hati juga sampai berdesing telinga PPT tapi la nie dah paham pasai apa arwah pesan macam tu.
Ada juga kawan-kawan PPT bila dah ikut kursus atau belajar sama macam apa yang cikgu/pelajar matang/senior depa belajar, depa nie mudah lupa dan hormatnya pada cikgu/pelajar matang/senior dah mula tiada. Nie semua pasai rasa depa sama level tapi depa tak tau pengalaman mendewasakan manusia.
So sebagai orang muda, balajarlah terima nasihat orang tua atau orang lama. Jangan ingat kita tu dah dapat hidup macam otai-otai lain. Pujuklah diri sendiri untuk sentiasa bertanya dan memberi maklumat supaya orang lain paham situasi kita dan hidup kita. AMIN.
Cheers....
2 ulasan:
tgk tjuk post ni, tringat plak kt dr kwame ampofo boateng... hahahaha...;p
salam perjalanan...
terima kasih bro kerana mengingatkan saya...
Catat Ulasan