Kelengahan akan membawa maut. Apabila berlaku serangan jantung, setiap minit adalah penting. Ketahuilah tanda-tandanya:
Sakit dada adalah gejala yang paling kerap berlaku apabila diserang penyakit serangan jantung. Ciri-ciri sakit dada adalah seperti berikut:
- Sensasi - Perasaan kurang menyenangkan, terhimpit, sebak, rasa ketat ataupun 'sakit'.
- Lokasi - Tengah dada, belakang tulang dada, merebak ke bahu, tengkuk, bawah dagu atau tangan.
- Jangka Masa - Lebih daripada beberapa minit. Sekejap sakit, sekejap pulih.
Tanda-tanda lain serangan jantung termasuklah: BERPELUH, LOYA, SESAK NAFAS, RASA LEMAH BADAN, RASA PITAM.
Mangsa tidak semestinya mengalami kesemua gejala-gejala diatas. Rasa perit seperti ditikam yang datang seketika biasanya bukan tanda serangan jantung. Ramai pesakit pula menafikan yang mereka diserangi penyakit jantung. Reaksi biasa adalah seperti berikut:
"Ini sakit gastrik/salah makan agaknya"
"Takkan aku sakit jantung"
"Saya sihat aje"
"Tak usah kacau doktor malam-malam"
"Saya tak ada problem"
"Aku tak mahu risaukan suami/isteri aku"
"Malulah aku kalau bukan sakit jantung, nanti orang kata buat sibuk aje"
"Biar aku cuba makan ubat sendiri di rumah dahulu"
Bila seseorang mula mencari alasan yang ia tidak menghadapi serangan jantung, inilah masanya kita mengambil tindakan yang positif.
Oleh kerana mangsa mungkin tidak membuat sesuatu yang wajar untuk dirinya, adalah penting orang berhanpirannya menelefon mendapatkan pertolongan kecemasan dan bersiap sedia untuk memberikan CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation) aka kalau kat OBS adalah Cium, Peluk dan Raba. Jika anda bersama seseorang yang menunjukkan tanda-tanda serangan jantung lebih dari beberapa minit, bertindaklah segera. Langkah pertama selepas menelefon mendapatkan bantuan kecemasan ialah menenangkan mangsa dan menyuruhnya berehat. Aktivitinya patut dikurangkan kerana sakit dada (angina pektoris) dan serangan jantung adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen ke jantung. Kurangkan aktiviti serta rasa takut ditahap minimum. Mangsa patut dibenarkan menentukan posisi yang paling selesa supaya mudah bernafas.
Sumber-AHA, Dallas Texas.
Fighting Heart Disease and Stroke.
Cheers.....
3 ulasan:
salam bro..
really good info...
heart attack ni mmg silent killer, bile dia strike je,mmg deadly la.
kena prevent n jaga awal2.
cheers..
thanks PPT..
info yang bagus dan menarik nih..
arigato!
Catat Ulasan