Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Isnin, Ogos 11, 2008

Kenapa Kita Tercekik

Banyak kematian adalah disebabkan oleh benda yang tesekat di saluran pernafasan (tercekik) dilaporkan setiap tahun.
Sebab-Sebab Tercekik:
Tercekik biasanya berlaku semasa makan. Bagi orang dewasa, daging adalah punca utama tercekik. Walau bagaimanapun terdapat bahan makanan lain dan benda asing yang boleh menyebabkan tercekik dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
Faktor-Faktor Risiko:
- Ketulan makanan besar yang tidak dikunyah dengan betul.
- Aras alkohol yang berlebihan dalam darah.
- Gigi palsu.
- Bermain, menangis, ketawa atau bercakap semasa makan atau ketika benda asing berada dalam mulut.
Pencegahan:
- Makanan dipotong kecil dan dikunyah perlahan-lahan dan betul-betul, terutamanya ketika menggunakan gigi palsu.
- Elakkan dari meminum minuman keras dengan berlebihan. Ini untuk orang bukan ISLAM.
- Jangan ketawa atau bercakap semasa mengunyah atau menelan.
- Larang kanak-kanak daripada berjalan, berlari atau bermain semasa sedang makan atau apabila ada benda berada dalam mulut mereka.
- Jauhkan benda-benda seperti guli, manik, butang, paku payung dari kanak-kanak ataupun bayi yang masih kecil.
Cara Mengenalpasti Keadaan Tercekik:
Kepantasan mengenalpasti keadaan tanda-tanda tercekik adalah kunci kejayaan rawatan. Oleh itu kita perlu membezakan diantara kecemasan ini dengan keadaan pengsan, strok, serangan jantung, terlebih makan ubat atau keadaan lain yang mungkin menyebabkan sesak nafas tetapi memerlukan rawatan berlainan. Sekatan saluran pernafasan mungkin juga berpunca daripada infeksi yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak. Infeksi pada saluran pernafasan kanak-kanak boleh menyebabkan saluran sempit dan memerlukan rawatan secepat mungkin. Langkah-langkah melegakan saluran pernafasan tersekat tidak sesuai dilakukan dalam keadaan ini, oleh itu janganlah kita membuang masa melakukannya. Benda asing boleh menyebabkan saluran pernafasan tersekat separa atau sepenuhnya. Apabila separa tersekat, keupayaan pertukaran udara mangsa mungkin masih baik atau menjadi buruk. Dengan pertukaran udara udara yang baik, mangsa akan terus sedar dan mampu batuk dengan kuat walaupun kadangkala bunyi berdehit antara batuk dapat didengari. Apabila saluran pernafasan tersekat sepenuhnya, mangsa tidak boleh bercakap, bernafas atau batuk. Sekatan saluran pernafasan yang berterusan memerlukan pertolongan profesional. Pastikan kita menghubungi sistem rawatan kecemasan sekiranya kita tidak dapat memulihkan sekatan tersebut.
Sumber: AHA

2 ulasan:

mkaw77 berkata...

Nyaris2 tercekik bijik durian. Gara2 nak lepas gian lepas tengok hang & geng pulun durian kat umah hang..kuhik..kuhik!!!

zainal berkata...

Thanx bro, Good info.

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor