Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Jumaat, Jun 05, 2009

Rabu, Jun 03, 2009

Cerita GATHERING 2009 lagi.....

Salam sejahtera semua orang-orang kampung. Rasanya semua orang dah tau yang minggu nie adalah minggu yang ditunggu-tungu oleh semua warga Sukan dan Rekreasi FSR UiTM.
Yelah kan kita insyaALLAH akan bertemu minggu nie di Bagan Lalang Beach Resort... Apa lagi Gathering kan.....
Walaupun setakat nie kita hanya dapat penyertaan lebih kurang 37 orang termasuk kanak-kanak, kita akan cuba buat yang terbaik walaupun dengan kurang bajet dan ada sedikit masalah kewangan tapi takpa kita akan cuba yang terbaik.
Jadi pada sapa-sapa yang jadi pi dan jugak yang masih berhasrat untuk join kali nie, jangan lupa bawak duit dan kamera pasai kita nak merakam kenangan manis untuk menjadi ingatan abadi insyaALLAH.
Kita jumpa disana..........

TQ

Rabu, Mei 27, 2009

GATHERING 2009 - Berita Terkini


Shah Alam 27 Mei - Berdasarkan maklumat yang diterima, setakat ini lebih dari 30 orang telah mendaftar dan bersetuju untuk menghadiri perjumpaan kali ini.
Jurucakap PERLU Selangor melalui setiausahanya, terdapat sedikit lagi perancangan yang sedang dipergiatkan demi memastikan semua aktiviti insyaALLAH berjalan dengan lancar.
Walaubagaimanapun akan terdapat sedikit kenaikan pada bayaran yang dikenakan kepada ahli dan bukan ahli. Ini kerana pihak persatuan masih lagi tidak mendapat sumber kewangan dari PERLU UiTM untuk turut sama melibatkan diri dalam aktiviti kali ini. Sehingga hari ini, proses kelulusan masih belum dicapai dari pihak HEP UiTM. PERLU Selangor mengharapkan PERLU UiTM dapat turut sama-sama menyumbang serta menjayakan program ini agar segala masalah kewangan dan lain-lain dapat diselesaikan.

Selasa, Mei 12, 2009

Board of Warriors

8/5/09 (10.00pm) - BERJAYA Hotel Tioman

9/5/09 (9.30pm) - Rutin Harian (Makan Sate)

10/5/09 (12.15pm) - Jeti Tanjong Gemok, Mersing

02/5/09 (6.00am) - Kompleks RAMSAR, Tasek Bera

07/5/09 (6.46pm) - Kg. Tekek, Pulau Tioman

Isnin, April 27, 2009

Bagan Lalang Beach Resort-Sepang





Confirmation of Location - Jun2009

Gelanggang Volleyball dan Futsal

Lokasi Kita.....

Pantai yang cantik ....

Apa yang ada berdekatan dengan BLBR

Berdekatan dengan BLBR - Pony Ride

Salam semua, merisik pun dah, meminang pun dah; kita dah dapat lokasi sesuai dan DAH SAH kita nak buat kat tempat nie. Sila rujuk dibawah untuk keterangan yang cukup lanjut:

Nama tempat - BAGAN LALANG BEACH RESORT. (BLBR)
Lokasi - Jalan Pantai, Sungai Pelek, 43950 Sepang, Selangor DE.
Tarikh mula - 5 Jun 2009 selepas Asar.
Tarikh tamat - 7 Jun 2009 selepas Asar.
Jumlah sasaran - 50 orang termasuk ahli keluarga,tunang orang dan lain-lain.
Bayaran - RM30 untuk dewasa (FOC untuk kanak-kanak).
RSVP - Hubungi 019-5082990.
Tarikh tutup penyertaan - 01 Jun 2009.

Kawasan yang kita dah confirm nak buat nie boleh menempatkan maksimum 120 orang dan dilengkapi dengan chalet semi-D, Dorm, Chalet Banglo, Dewan Ceramah, Gelanggang Futsal, Gelanggang Bola Tampar dan lain-lain. Cuma yang takdak adalah 'pool' sahaja.
Resort nie tak lah semewah yang disangkakan cuma environment dan kawasan sekeliling ala-ala OB saja.
Untuk ke laut dan mandi, hanya 4 minit perjalanan dengan menggunakan kaki sendiri.
Kita dah pun bayar deposit untuk pastikan kawasan resort seluas 5 ekar menjadi tempat kita sahaja tanpa gangguan orang lain semasa tarikh tu.
InsyaALLAH disediakan 6 kali makan disediakan dalam satu hari cuma BBQ sahaja kita akan sediakan sendiri.
So apa tunggu lagi, cakap tak guna dan tembak tak kena, cepat dan cepat dan teroih la telepon 019-5082990 untuk menempa nama anda dalam senarai kehadiran... MAI JANGAN TAK MAI NAAAAA........
Jumpa Disana ........

Sabtu, April 25, 2009

Saja Nak Habaq Mai..

InsyaALLAH petang nie saya akan membuat tinjauan lagi mencari tempat sesuai untuk gathering nanti....
Wassalam ....

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor