Penjengok - Penjengok Tegar
Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can
Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves
In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning
Isnin, April 27, 2009
Confirmation of Location - Jun2009
Salam semua, merisik pun dah, meminang pun dah; kita dah dapat lokasi sesuai dan DAH SAH kita nak buat kat tempat nie. Sila rujuk dibawah untuk keterangan yang cukup lanjut:
Nama tempat - BAGAN LALANG BEACH RESORT. (BLBR)
Lokasi - Jalan Pantai, Sungai Pelek, 43950 Sepang, Selangor DE.
Tarikh mula - 5 Jun 2009 selepas Asar.
Tarikh tamat - 7 Jun 2009 selepas Asar.
Jumlah sasaran - 50 orang termasuk ahli keluarga,tunang orang dan lain-lain.
Bayaran - RM30 untuk dewasa (FOC untuk kanak-kanak).
RSVP - Hubungi 019-5082990.
Tarikh tutup penyertaan - 01 Jun 2009.
Kawasan yang kita dah confirm nak buat nie boleh menempatkan maksimum 120 orang dan dilengkapi dengan chalet semi-D, Dorm, Chalet Banglo, Dewan Ceramah, Gelanggang Futsal, Gelanggang Bola Tampar dan lain-lain. Cuma yang takdak adalah 'pool' sahaja.
Resort nie tak lah semewah yang disangkakan cuma environment dan kawasan sekeliling ala-ala OB saja.
Untuk ke laut dan mandi, hanya 4 minit perjalanan dengan menggunakan kaki sendiri.
Kita dah pun bayar deposit untuk pastikan kawasan resort seluas 5 ekar menjadi tempat kita sahaja tanpa gangguan orang lain semasa tarikh tu.
InsyaALLAH disediakan 6 kali makan disediakan dalam satu hari cuma BBQ sahaja kita akan sediakan sendiri.
So apa tunggu lagi, cakap tak guna dan tembak tak kena, cepat dan cepat dan teroih la telepon 019-5082990 untuk menempa nama anda dalam senarai kehadiran... MAI JANGAN TAK MAI NAAAAA........
Jumpa Disana ........
Sabtu, April 25, 2009
Saja Nak Habaq Mai..
InsyaALLAH petang nie saya akan membuat tinjauan lagi mencari tempat sesuai untuk gathering nanti....
Wassalam ....
Wassalam ....
Rabu, April 22, 2009
Isnin, April 20, 2009
Dah Ada Petunjuk...


Salam sejahtera dan Apa Khabar semua?
PPT ada sedikit saja perkembangan untuk cadangan tempat utk Gathering pada bulan Jun nanti.
Tempat - Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang.
Kemudahan - Boleh mintak bilik berdekatan dengan 'Swimming Pool'. Ada surau yang agak besar utk kita berjemaah ramai-ramai.
Penginapan - Lebih kurang RM170 semalam dengan sarapan untuk 3 orang. Tapi kalau depa buat buffet, maknanya 'food station' akan tak cukup la kawan geng PERLU melanda kawasan tu.
Parking - Cukup banyak dan bersesuaian. Tidak termasuk ada kawasan BBQ.
Untuk ke laut - Hanya 500 meter dari pintu pagar 'Swimming Pool'.
Akses - Dari F1 Sepang ke Seri Malaysia lebih kurang 45 minit sahaja.
Setakat nie nampak macam tempat nie sesuai untuk aktiviti kita, so kalau ada komen sila lah bagi dan insyaALLAH tempat nie nampak macam sesuai. Sapa dah confirm tolong telepon Kak Nurul Safinas secepat mungkin.
Jumaat, April 17, 2009
Ada Update Sikit ....
Umur panjang saya bersama keluarga akan ke Pantai Bagan Lalang esok selepas Zohor untuk survey tempat. Ada maklumat tentang resort yang ada swimming pool dan dekat dengan kawasan pantai.
Mungkin Pantai Bagan Lalang belum tercemar lagi insyaALLAH. Ini semua untuk Gathering punya la....
Harap tempat nie OK semua kita semua tak berkumpul lagi kat Bagan Lalang...
Cheers...
Isnin, Mac 23, 2009
Dengar Sini Orang-Orang Kampung


Salam semua,
Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar Selangor berhasrat untuk mengadakan 'Gathering 2009'. Berikut adalah maklumat yang telah dalam cadangan:
- Tarikh - 5, 6 dan 7 JUN 2009.
- Tempat - Belum ditentukan lagi. Kriteria lokasi perjumpaan adalah kita memerlukan tempat yang ada 'swimming pool' yang boleh mandi tanpa had masa, dorm atau chalet murah-murah untuk tempatkan lebih kurang 50-70 orang, tempat BBQ yang boleh guna siang dan malam, sistem karaoke, bilik atau tempat untuk mesyuarat dan perjumpaan, kawasan untuk sukan rakyat serta tidak dilupakan tempat letak kereta yang selamat dan mudah untuk 'loading' barang.
- Objektif - Salah satu saluran untuk lebih kenal antara satu sama lain.
- Kumpulan sasaran - Ahli PERLU Selangor yang dihormati, Alumni PERLU UiTM yang disayangi, Ahli PERLU UiTM yang pandai ikut rentak, Konsultan-konsultan rekreasi yang sehati sejiwa, Ahli keluarga tercinta dan mereka-mereka yang sewaktu dengan nya.
- Bayaran Pendaftaran - Cadangan untuk RM25 seorang dewasa. Kanak-kanak PERCUMA. So dah boleh mula kumpul duit dari sekarang.
- Penganjuran - Kemungkinan besar kerjasama antara PERLU Selangor dan PERLU UiTM. Cik Echah dari PERLU UiTM akan berhubung terus dengan Setiausaha PERLU Selangor.
- Tentatif Program - Pendaftaran, Mari Mengenal, Mesyuarat Tahunan, Amanat YDP, Malam Seribu Impian, Sukan Rakyat, Kenalilah Raja Buah-Buahan, Sayonara dan lain-lain lagi.
- Moto - 'We Are What We Think'
PERLU Selangor memerlukan maklum balas dari semua untuk cadangan tempat dimana kita mengharapkan aktiviti kali ini dapat mengumpulkan seluruh 'geng-geng' di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Untuk mengemukakan sebarang soalan/cadangan tempat/pendaftaran sila lah berhubung terus secepat mungkin dengan Setiausaha PERLU Selangor ditalian +6 019-5082990.
Besarlah harapan kita semua agar perancangan aktiviti ini menjadi kenyataan kerana ianya memerlukan bantuan semua.
THINK GLOBAL NOT LOCAL.
Cheers......
Jumaat, Mac 13, 2009
Kerana Pulut,Santan Yang Binasa, Kerana Perbuatan,Orang Lain Yang Binasa

Cakap Tak Guna, Tembak Pun Tak Kena.
Alkisah. Nak ditakdirkan ALLAH S.W.T tak jadi la PPT nak bantu Final Camp semester nie. Cakap salah tak cakap pun salah tapi PPT terima takdir ini.
Ada ka patut surat pelepasan sampai kelmarin iaitu hari Khamis walhal program mula minggu nie? Mana ada majikan nak lepaskan kakitangan kalau surat sampai lewat.
Mintak alamat tu lah, nombor fax lah dari minggu lepas. Lepaih tu mintak lagi benda-benda macam tu dari hari ke hari. Ingatkan mintak minggu lepas surat sampai awal. Ini lah manusia yang takdak tanggungjawab menjalankan amanah yang telah diberikan. Macam-macam alasan diberikan tapi perangai macam budak tak pi sekolah langsung. Ada ka orang lupa nak makan? Ada ka orang lupa nak tidur? Pelik kan cara boikot macam nie.
Ingatlah kita semua kalau tak boleh pikul amanah jangan diambik tanggungjawab tu. Kalau tak tahu bertanya lah dan jangan jadi BODOH SOMBONG. Jangan dianiayai orang lain yang dari Selasa lepas dah pack barang dan sedia untuk berkhidmat. Belajar lah untuk buat sesuatu dengan niat bersih dan tiada sebarang kemungkinan lain.
Kesian kan kat PPT, apa nak buat dah orang tak suka kita so nama kita pun jadi last lah. Cobaannnnnn. Sorry lah tak leh tulih banyak-banyak nanti ada administrator kata PPT tak kompeten pulak...
Kepada yang telah berjaya mendapat pelepasan, PPT doakan kalian berjaya yeaaaaa.....
KISAH TELADAN YANG INGIN DIKONGSI - Kalau takdak Ownership dan Discipline of Execution jangan lah cuba sesuatu perkara yang akan babitkan orang lain. Dan lagi satu kalau tau dah buat salah berani la cakap perkara benar dan jangan off handphone atau tak jawab call orang lain.
Renung-Renungkan.....
Cheers....
Selasa, Mac 10, 2009
Calling Calling

Seperti biasa Final Camp akan menjelma lagi insyaALLAH bermula minggu nie di Janda Baik, Negeri Pahang Darul Makmur. Nampak gayanya bantuan kepakaran Alumni PERLU UiTM dikehendaki bagi memastikan semua objektif dan perancangan kena pada hari dan waktunya.
PPT menyeru mana-mana yang free dari 14hb-21hb turun dan sama-samalah kita bantu mereka dan kumpulan mereka.
Boleh lah teris telepon Boss untuk keterangan lanjutan. TQ
Cheers.....
Langgan:
Catatan (Atom)