Raya Kelima kami lebih banyak menghabiskan masa beraya kat negeri Kedah tapi tak la banyak rumah yang kami lepak cuma kat Kuala Muda ke rumah Angah Batch Talang.
Niat di hati nak mencari Yeen Batch Talang iaitu antara geng kedua PERLU Uitm. Tapi dia pulak masa tu tiba-tiba kat Melaka kerana urusan tugas. Takpa lah kot mungkin tahun depan.
Kami jugak sempat beraya di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam kerana salah sorang cikgu masih bekerja di hari lembaran.... PB II Zaraim Mat Lazim aka Abang Aim. Abang Fisol aka Chot cuti selepas bertugas 24 jam di Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas. InsyaALLAH tahun depan la kami akan terjah lagi dia..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan