Minggu lepas golongan ALUMNI FSR terutamanya ALUMNI PERLU dikejutkan dengan senario wayang celaka dimana antara aktiviti terpenting hidup berpersatuan dipermainkan ibarat nak beli tiket tengok wayang... sat jadi .... sat tak jadi.....
AGM mula kata sat jadi..... lepaih tu kata sat tak jadi..... lepaih tu postponed.... lepaih tu macam-macam la lagi. Kad jemputan yang cantik dan berwarna warni dihujani dengan kesilapan dalam ejaan. Kata budak universiti tapi Discipline of Execution 'total loss'. Itu tak termasuk nak buat TOT tapi kalau sampai budak tak sampai 10 orang, baik buat TOT masak nasi beriyani ka apa ka. DEpa nie ingat TOT nie benda lekeh sangat dan untuk cukupkan syarat.
Lepaih tu bangga pakai baju ada tulih INSTRUCTOR sana sini, orang awam baca mesti la gempaq tapi pada hakikatnya hanya kita dan keluarga kita yang tahu.
Adakah PERLU UiTM nie sekadar persatuan untuk meloloskan diri semasa di FSR supaya dapat dimasukkan dalam resume dan buat surat penghargaan sendiri dan kita-kita jugak yang tandatangan..... Yelah kan nama pun dah gempaq ..... MT...... Tak habih dengan cakap belakang, mengata yang bukan-bukan, mencuri, cuba menjatuhkan orang lain menggunakan jantina, terasa diri hebat sangat sampai lupa asal usul diri sendiri...
Ingatlah sebelum menjadi PERLU, you are nothing .... dan bila berjawatan sikit dah terasa terlebih kuasa dan pandai dari orang lain.
Biasa la lepaih post nie dapat ditonton, mula lah keluaq seribu satu alasan diberikan demi pertahanan individu yang tak mengenal erti kesilapan dan kesalahan....
Kita masih lagi dalam bulan Syawal.... Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
62 ulasan:
salam PPT..
sabar ppt...
kita tgkkan la mcm mana nanti..
sabar ye ppt..
Yazilah,
Ini bukanlah kena bersabar tapi kalau ini lah Adab dan Adat golongan ini tanpa segan silu mempermainkan nama PERLU UiTM.....
Maknanya apabila depa nie dah mula kerja pastinya majikan akan menghadapi situasi yang sama......
Ini semua pasai pangkat dan wang ringgit yang depa dok hambat....
PPT
salam, siasat dulu sebelum mencoret, tanya dulu atas arahan siapa, jangan main hentam saja. dapat dosa free je nnt... yang tak bersalah, terasa bersalah walaupun tak bersalah... tunjuk contoh yang baik dikalangan yang terbaik... kita manusia tak sempurna...
kita yang merancang dan cuba untuk jalankan apa yang dirancang, tapi tuhan yang punya kuasa untuk menentukan..
sabar separuh daripada iman...
-orang kita-
Barang siapa yang terasa diri bersalah atau dipersalahkan, usah gunakan Anonymous...
Kalau dipalit ayat siasat, rancang dan macam-macam lagi dan terasa diri pandai mengajar, guna pengenalan diri yang mudah utk dibawa berbicara...
Usah seperti Paris Hilton Malaysia...
usah pakai ayat yang dah lapok, jika benar bijak dan pandai, cuba la berurusan dengan 'orang kita'. jangan disebabkan "kegagalan lampau" dilempiaskan kepada yang baru. fikir dulu sebelum "buang". sebab tu ada yang "kawan makan kawan"(kenangan)....ada yang tahu, ada yang tak tahu...bukan baru kenal, bukan lama kenal....
-orang kita-
Lupa satu lagi utk Anonymous aka 'Orang Kita', seribu alasan anda telah pun bermula...
Rasanya komen anda lepas ini PPT dapat menduga insyaALLAH....
Macam kat lebuhraya PLUS, Awas Anda Sedang Diperhatikan.....
PPT
dapatkan PlusMile untuk rebate hebat...
-orang kita-
Bersurai serta merta.. Atau kami akan suraikan dengan kekerasan!!
Salam saudara Mazlin Othman,
Saya Penasihat yang bertanggungjawab menasihatkan kepada MT PERLU UiTM agar AGM PERLU UiTM ditunda kerana telah dimaklumkan tentang 'kesibukan' ahli pada malam tersebut. alasan saya senang sahaja... buat apa buat AGM kalau dah tahu tak cukup korum. Harap maklum.
Salam Boss,
Sekurang-kurangnya dah tau pasai apa boleh jadi macam nie untuk proses AGM.
Macam mana nak buat AGM tapi korum tak cukup?
TOT pula apa puncanya? Sapa-sapa tau?
Apa berlaku dengan makanan yang sepatutnya untuk AGM? Ada yang tau?
Terima kasih pada yang telah memberi fakta dan bukan auta...
PPT
rasanya mungkin tuan tidak mendapat maklumat yang cukup sebelum membuat apa-apa kesimpulan. tak perlu jawab soalan dengan soalan... kerana bila terlalu banyak soalan, ia akan terbiar tanpa jawapan, sebab tiada yang mahu layan... bukan nak kurang, tapi nak ingatkan... maaf andai terkilan...
-orang kita-
panas ni... (^ ^)
hangat & hangit
-kesungguhan-
salam...
pandai sungguh berkata2 kalau hebat sangat cuba lah buat sendiri a.g.m dan t.o.t boleh ke berjalan seperti yang dirancangkan???
ntah2 jadi macam di bagan lalang..
berape kerat je yang datang!!
jangat cakap je pandai nak tuduh2 orang SESUKA HATI.
siasat dulu apa yang jadi dan atas arahan siapa.
disebabkan orang2 macam ni lah PERLU UiTM ni LAGI bagus diBUBARKAN JE..
BUBAR PERLU!!!
bosan...
bosan...
bosan...
kalau dah bagus sangat buat la semua...
aku cabar kepada yang pandai sangat bercakap tu dalam 1 tahun ahli PERLU boleh ramai lebih dari ahli yang ade skang,tak kire la orang lame ke ape ke disebabkan pandai sangat berkata2 kan.. bermula dari tahun depan...tak lebih pon separuh pon jadi la...cakap pandai sangat macam semua benda yang die buat tu menjadi..ape makan gaji buta??ingat kami dapat gaji ke??sikit pon tak heran pasal duit la..nak masuk perlu coz nak menimba ilmu..bukan nak makan duit persatuan..!tapi kalau dah macam ni ilmu tak dapat tapi dose je yang menimbun..kononnya orang lama so sendiri lebih tau ape kekurangan persatuan...fikir r sendiri...
bosan!!!!!!!!!
maaflah sebab kurang ajar tapi kesabaran seseorang ade batasannya...
panas, hangat, hangit dll...
TQ Abe -kesungguhan- ayat mudah difahami..
Tunggu, Lihat, Tonton, Baca .....
tanpa nama
sedih - sedar - sikit
kalau dah rasa nak KURANG AJAR xpayah minta maaf...
JIKA apa yang dikatakan 1 cabaran buat kami ahli PERLU. Kami sahut. Sebab aku sayang persatuan nih..dan utk pengetahuan ko tanpa nama.ko ni mcm x puas hati sgt,ada sebab lain ka????
hmm..kesian
Assalammulaikum....
saya menasihatkan sekiranya orang kita adalah dikalangan ahli PERLU, x payah berselindung disebalik nama samaran..... buktikan anda betul...
sebutkan nama anda....kemudian cadang la apa nak dicadangkan.... bubar PERLU ka...apa ka....
KEMUNGKINAN.....kepada PPT..Elham...Redzuan dan HiCMat...ada kemungkinan juga yg anonymous ini adalah dikalangan musuh2 PERLU yg hanya ingin memporak perandakan PERLU...walau bagaimanapun saya tidak menolak kemungkinan yang mereka ini adalah terdiri dikalangan ahli PERLU sendiri.... Skop boleh dikecilkan kepada mereka yang menhadiri program di Bagan Lalang kerana terdapat komen yang melibatkan program tersebut.....
Walaubagaimanapun apa yang berlaku sudah berlaku... cuma saya sedikit tercabar apabila orang2 lama dicabar untuk menjaya kan program... sebentarlagi saya akan memparkan gambar2 kejayaan org2 dalam menguruskan AGM di blog saya... Zaman kami...kami dah jalankan tanggung jawab.....sekarang zaman tuan2... jadi tak perlu cabar org lain... CABAR DIRI SENDIRI..... satu masa dulu saya dan rakan2 saya pernah mengalami situasi yang sama... MESTI ADA CARA...
Satukan hati dikalangan ahli yang ada.... mcm mana...???? buat xtvt... xtvt biasa2 yang tak perlu kelulusan pun tak pa.... contoh main futsal... memancing... berbasikal... bola tampar... tgk wayang.... yang penting satukan hati ahli.... Cadangan dah banyak kali bagi tapi haram kerja 1 pun tak jadi.... kalau ditanya ckp tak da support dari ahli....
Mula2 mmg mcm tu.... tapi cuba istiqomah... berterusan... nak satukan hati bukan senang.... lama2support tu akan datang sendiri... tapi masalahnya bila saya ckp saja... dasri tolak pada org lain... padahal itu tanggung jawab kita... kita la kena buat...
Bila ada alumni mcm PPT yang mmg dari dulu tegurannya pedas dan berapi....hampa semua makan hati.... cuba think positive... kalau semua pikir negative...negative la jadinya... jadikan itu semua pembakar semangat... bukan pemusnah semangat... PERLU satu masa dulu pernah ditentang habis-habisan.... oleh pengurusan fakulti sendiri seperti PM Mustafa Yen...En.Amri dan kroni-kroninya.... tapi masa tu PERLU jadi kuat macm layang-layang.... lagi banyak angin yang menentang lagi tinggi kita pegi....
Sekarang situasi yang sama berlaku lagi.... org2 yang ideologinya tak sehaluan denganPERLU seperti en. Hasnol...PM Mus dll ini org2 yang kita perlu buktikan betapa kita ni bergerak menuju objektif...kita merancang.... dan kita bersatu untuk capai matlamat...
tapi macm mana orang ini akan setuju dengan kita kalau objektif pun lain2... ada yang masuk kerana suka camping... ada yang masuk kerana nak pegi diving... ada yang masuk sebab tak tau nak masuk persatuan ape... Kita ade objektif... biar kita gaduh untuk kejar objektif.... bukan gaduh untuk bubarkan PERLU YANG SAMA_SAM KITA BINA....
Alamak bro.. Ni dah makin panas sungguh2 ni.. Rasanya mcm tak elok la mcm ni.. Why not berbincang cara elok.. Kan ke namanya berpersatuan..
orang kita.. rasanya tak perlu la sampai nak dibubarkan persatuan pulak.. Macam marahkan nyamuk kelambu dibakar..
Mungkin saya bukan ahli perlu, tetapi kita kena ingat.. Nak kuat kita kena bersatu.. Atau lebih baik orang kita tarik diri sahaja kalau dirasakan semua ahli perlu mempunyai sikap dan sifat yang sama..
UiTM kan ke membantu golongan yang susah mcm kita..
Kalau disebabkan berpersatuan sampai bergaduh.. Lebih baik kita diamkan diri dan lihat sahaja..
Kawan - kawan tak mau lawan maa..
redzuan...
kan bagus semua org boleh fikir mcm tu...
salam..
aduh..makin panas pula benda ni..kite ingatkan cmment stakat 7 je..bila kte buka balik..da masuk 21..memang panas..
kite bukan nak sokong or menyebelahi sape2..kite harap..persatuan ni org pandang tinggi..kalo sentiasa nk main perang2 macama ni..entah bila boleh selesai..dulu pon bangikit isu yang sama..
sama2 la kita hormat pendapat masing2..mungkin kite tak tahu keseluruhan cerita..tapi kite tahu serba sedikit apa yang berlaku dalam persatuan sepanjang penggal dan sepanjang MT2 ni memegang jawatan dan kite tahu setiap perangai dan cara MT2 ni bekerja..
kalo nak ikut rasa hati..kite mngkin kenal siape orang kita tu..tapi biarlah masa yang menentukan..
usah dipanjangkan cerita macam ni kalo tak ade jalan penyelesaian..setiap masaalah mesti ada cara nak diselesaikan..betul x??
kita sama2 bangun dan sama2 jatuh..jgn ada yg pntingkan diri..
ingat..setiap apa yg ditulis..penasihat kita sentiasa memerhati..
-i hope that things will be okay-
*Love PERLU*
tahniah Lenny....sikap positive mcm ni yang kite nak....
PPT
Harp-harap PERLU Selangor dapat proses cepat permohonan kami....
tengok movie underworld... the rise of lycan... (^ ^)
salam...
tompang lalu...
esok jumpe di b.k 3/4 tok a.gt.m
tq
Salam,
Pihak SU masih lagi menanti persediaan beberapa dokumen yang berkait rapat dengan undang-undang kecil R.O.S. Dah siap insyaALLAH pemilihan akan dijalankan dan yang terbabit akan diberitahu awal dan bukan 'last minute'.
Segala kesulitan amat dikesali.
Pening-pening..yang penting di dalam persatuan kena bersatu hati..kalau tidak tubuh persatuan ikut suka.....ini mengutuk dan menghancurkan sendiri persatuan..apa motifnya?
Salam,
Sahabatku sekalian, Harap kalian tabah mghadapi dugaan.
Jangan takut mghadapi kesalahan, terima la dgn hati yg terbuka walaupun terluka.
Persatuan kita telah mewujudkan satu ikatan seerat keluarga dimana kita menerima teguran dr seorg abg dan kakak. Tetapi adakah kalian sedar? Perlukah kita melatah serta merta? Fikirkan lah, kerana diri ini telah melalui saat2 genting seperti ini dulu.
Cubalah hayati budaya yg kita terapkan. Berani kerana benar!!!
Aku rindukan keamanan!!!
Wassalam...
ajoy87NF,
Mana boleh sabar. Teguran diberi terlalu kasar. Macam tak tahu adab menegur langsung. Sudahlah, AKU DAH BOSAN.
-bukan orang kita-
salam...
sudah2 lah tu anonymous..
Anonymous aka Bukan Orang Kita...
Kalau lu dah bosan lu pegi la komen dan tunjukkan kesabaran lu tu kat persatuan menjahit atau persatuan bahasa yang tegurannya bukan macam nie....
Lu punya emo dan ayat macam orang persatuan sastera looo....
-bukan sapa-sapa-
salam.......
ajoy87NF, kalau nak tau, manusia2 yang tak tau rasa nak minta maaf pada orang lain atas kesilapan diri sendiri akan mencari dan terus mencari kesilapan orang lain dan suka menukar pada soalan lain pulak,walhal penasihat persatuan pembimbing rakreasi luar sendiri sudah menerangkan kenapa a.g.m itu ditunda.tapi bagi mereka2 ni diri mereka tetap betul walaupon dah tau bersalah.
sukakah jika dituduh sesuka tanpa usul periksa??tanpa tau kenapa??dan apa yang berlaku yang sebenarnya..fikir2kan
kenapa orang yang pandai berkata-kata mendiamkan diri??
mengapa dibiarkan kepada orang lain yang berkata-kata?
mengapa soalan lain pula yang dijawab?
sedangkan apa yang dicoretkan daripada orang yang pandai berkata-kata bukan dari yang lain-lain??
kenapa?
mengapa?
bagaimana?
mungkinkah kehilangan kata-kata?
KUANG AJAR BETOL!!
SAPA YG SURUH BUBAR PERLU TUH??
DAH2 XPERLU DILAYAN..
KALAU ADA MLM NI..
BAGUS JUGAK UTK SEMUA..
TAPI MESTI XDANYA..
HUHU...
KESIAN
Adakah tafsiran Anonymous itu 'orang yang pandai berkata-kata' merujuk kat siapa?
Atau orang lain?
Kalau untuk PPT-Maaf la PPT jawab pada depa-depa yang perlukan jawapan. Untuk 'tanpa nama',kesian kat hang...sampai jadi macam nie...tak bernama tak bertuan pulak tu....
Kalau bosan ikutlah nasihat sahabat-sahabat sebelum nie.
PPT minta maaf kat SPAM atau 'tanpa nama',kesian diabaikan,rupanya perlukan perhatian.
Kalau tak paham abaikanlah,kesian kat hang....
PPT
Anonymous aka Bukan Orang Kita...
Kalau cara PPT tegur tu tak betul kenapa kau pun ikut cara dia...??? Hangat sana...hangat sini....
sekurang-kurangnya PPT tidak bersembunyi disebalik nama....
Kenapa...??? kau takut nak guna nama kau...?? adakah kau kerana budak hingusan... kalau itu sebabnya... tak payah la takut... kerana kami tak anggap kamu macam budak hingusan... kami anggap kamu macam adik-adik kami.... yang bila salah kami tegur.... cuma teguran akan datang dgn bermacam-macam cara..... belajar la terima teguran....
Mmg Tuan Penasihat yang batalkan perancangan AGM.... tapi persoalannya KENAPA?????
Kerana comitee tidak menyisat dulu tentang berapa ramai ahlinya yang akan datang.... sapa punya silap... takan nak tolak pada Tuan Penasihat....????
Kalau zaman saya.... saya akan berasa malu apabila apa yang dirancang dibatalkan pula oleh Penasihat.... itu menunjukan kegagalan kita..... tapi lain pula jadinya.... berselindung disebalik alasan "PENASIHAT YANG BATALKAN"....
HANGPA TAKDAK OTAK KA....???? TAK BOLEH PIKIAQ KA....????
dah saya katakan.... saya ulang lagi.... kalau hangpa ambik positive.... jadi la positive.... kalau hangpa ambik negative.... jadila negative dah outcomenya jadila seorang yang kurang berfikir......cuma melantun bila ditegur....
salam,
sebelum itu ampun maaf dipinta jika msg saya ini tak diundang.
Sedih membaca comment2 yang tuan2 dan puan2 hantarkan walaupun saya tidak lagi aktif bersama PERLU saya tetap sayangkan satu2nya persatuan yang saya pernah sertai dan persatuan ini juga memberi pengalaman yang amat berguna kepada saya.
kita boleh memberi cadangan, menasihati dan menegur tapi perlu dengan caranya agar semua lebih memahami dan menerima, menggunakan perkataan yang lebih baik dan tidak mengikut emosi.
tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan jika masalah itu datang dari kita.............
Marilah kita bersama-sama tidak kira tua atau muda, baru atau lama, senior atau junior memperbaiki segala kesalahan memperhalusi permasalahan dan berfikiran terbuka insyaallah dengan bantuan yang maha esa persatuan ini akan lebih kukuh dan meneruskan perjuangan yang telah dirancangkan......amin!!
salam...
sory kalo kte tibe2 menyelit lagi..ape kata alumni2 kita majoritinya betul dan boleh diterima akal..fikir2kan lah nasib persatuan jika kita terus macam ni...
dulu persatuan selalu mengamalkan sikap transparent..tapi..makin hari makin tak nmpak sikap tu..bkan nk salahkan MT2 atau kumpulan yg mana..tp sikap diri yg perlu diperbaiki utuk percaya dri n ahli keluarga yang dah lama dibina..ahli persatuan sendiri..
kepada orang kita or yg xde nama..janganlah nak mengeruhkan lagi keadaan yg hampir keruh ni..blog ni bkn kta je yg baca..satu dunia boleh baca..
ape tanggapan org ttg perlu nnt??boleh ke perlu dipercayai lagi?org akn pndang rendah pada perlu jika sikap ni diteruskan..
jika boleh berbincang dan meluahkan pendapat..silakanlah bersua muka...
kite harap benda ni dapat diselesaikan dgn segera...
Hidup PERLU!!!
Lenny,
Terima kasih atas pendangan yang matang dan bernas tu.... Memang Lenny dah bijak berfikir-Tahniah.
Ijam,
Memang betul tak kira siapa sahaja kita boleh cuba perbaiki dan selesaikan...
'Die Hard Fan' PERLU setakat hari nie pun boleh kira dengan jari tinggal berapa kerat yang ada.Pandangan PPT 'ada' dan 'aktif' sesuatu yang berbeza.
AGM semalam pun orang dari Seremban pun boleh sampai ini kan pula orang yang ada dalam Shah Alam yang sentiasa 'sibuk'.......
Ada lagi yang perlukan RED CARPET..
Apa pun TERIMA KASIH pada semua atas komen-komen termasuk yang memerlukan 'perhatian', PPT amat menghargai jasa baik meluangkan masa memberi blog yang tak seberapa nie.
Dipersilakan untuk terus memberi komen serta menghangatkan apa yang belum hangit....
Tahniah AJOI atas lantikan sebagai PRESIDEN PERLU UiTM penggal ke-10.
Jumpa di Gathering nanti insyaALLAH!!!!
PPT
ee..tlg r..ape la korang ni..x abes2..
Salam kepada Semua...
Siapa yg tubuhkan PERLU?
Siapa yg reka nama PERLU?
Siapa yg daftarkan PERLU?
Siapa yg cipta logo PERLU?
Siapa 9 org yg awal menerajui PERLU?
Bila TOT pertama PERLU?
Kepada sesiapa yg tahu, sila jawab soalan2 diatas...
salam...
jawb la kak sheila... bkn akak tau ke....HEHEHEHEhehehe...
Ijam...
sokong ckp ijam...
Lenny...
setuju dgn lenny..
Cakap la apa nak cakap... komen la apa nak komen... saya tetap dgn PERLU...saya yakin ramai yang begitu...
hahhahahha...mana bole shawn...
Kesian 'tanpa nama'
Masih nak perhatian lagi....
kak...
Ye la kak....
PPT...
takpa la biar la kite bagi perhatian kepada yang patut.....
dah post ke 46 ni..baru nak baca
tambah lagi... kasi cecah 50...
Salam
Saya bukanla sapa2 dalam persatuan ini..tapi PERLU tetap dihati. Walaupun akan menamatkan pengajian,tapi tetap masih banyak yang hendak dipelajari dari PERLU.Mungkin itulah sebab alumni tidak jemu mengikuti aktiviti PERLU wpun sudah bergelar alumni. Mengajar sambil berkongsi ilmu. Sama-sama dapat.
Banyak perbezaan yang merupakan kerugian kepada PERLU. Zaman MT Shariman dulu, alumni sentiasa meluangkan masa bersama dengan ahli dalam meeting dan aktivti2 adhoc. Sekarang, aktiviti tak ada, alumni pun kita jarang jumpa..jadi hubungan semakin renggang.Salah sapa?salah kita la.
Dulu time saya ni baru lagi menyertai PERLU, kita hormat alumni. Kadang-kadang kita takut kalau kita tak buat terbaik, alumni akan tegur dan basuh kita. Tapi itulah membuatkan kita lebih berusaha untuk buat yang terbaik sebagai ahli dan instructor. Teguran yang panas dan berapi itu membuatkan kita sedar dari khayalan. Namun sekarang,oleh kerana salah kita,(kononnya 'dibayangi') alumni dah kurang terlibat dalam persatuan kita..sebabnya rasa tidak di alu-alukan. KERUGIAN yang kita hadapi ialah, ahli yang baru tidak melakukan tugas dengan baik mengikut standard yang sepatutnya kita ikuti dari dulu. Sebab xde orang tegur dan marah, ahli ambil lewa tugasan yang diberikan kepada mereka. Contoh dalam First camp Cerakah baru-baru ni, instructor prepare last minit,baru nak plan camne nak present dan bila mula dah kelam kabut. Sedangkan dah ditegur awal2 lagi..study dulu sblm pergi..namun tidak diendahkan.KITA rasa kita bagus dah,tapi kita riak.
Inilah jadinya bila alumni tegur,terus ada yang melenting. Sedangkan teguran panas dan berapi ini sudah lali bagi ahli2 lama dulu.Kita terima jadi positif.Inilah KERUGIAN ahli baru kerana alumni kurang terlibat dalam PERLU.tidak di alu-alukan.
Jadi untuk MT2 baru, usaha untuk merapatkan kembali jurang antara alumni dan ahli2 PERLU haruslah dititikberatkan.Alumni sebesar-besar hatinya akan memeriahkan kembali PERLU ini walaupun sebelum ini mereka pernah tersinggung dan terasa hati,namun kematangan mereka sebagai abg dan kakak kita,mereka sudi memaafkan adik2 dan melupakan peristiwa hitam.Kita amat memerlukan mereka.Yang lama dilupa jangan. Tiada yang lama, manakan ada yang baru.
Renung2kan lah.
We miss you all, alumni!
Tahniah pada ajoy....
Tahniah MT2...
Takziah Tanpa nama..
Agenda anda sebenarnya gagal teruk..
Utk pengetahuan anda..
Kami tidak akan izinkan PERLU dibubarkan...
Sedangkan Org kuat Fakulti (yg slalu mencari kesalahan) lagi kami hadap dan tentang...inikan pulak anda yang berselindung macam ayam berak kapur ni..=)..
Kami tahu apa yang kami perjuangkan..apa yang kami sayang..apa yang kami mahu dari PERLU...Jadi,selagi PERLU wujud..InsyaAllah..kami akan tetap teguh bersama PERLU...
Takbirrr!!!
Alamak..kenapa lak aku ni..hahaha
Go go PERLU...
hurayyy... Aku yang ke-50.. \(^ ^)/
ape kes nk jadi yg ke-50..
apiz...
kte smpat merasa zaman2 bersama alumni..
kpd ahli yg lain..slamat berjuang..
yeayae..
51 pon jadi lah boh...
hahaha..
bosan!!
bosan!!
bosan!!!
hahahaha...(tanpa nama)
janda baik
janda baik...
lata hammer..
hahahahahahahaha
salam,
tahniah kepada MT baru PERLU...anda bertuah dilantik pada masa semua ahli2 memberi comment positif dan negatif ini, jgn takut dan bimbang jadikan comment2 ini sebagai pembakar semangat anda meneruskan perjuangan persatuan insyaAllah saya yakin anda mampu mengubah menjadikan persatuan lebih baik, mengeratkan silaturrahim yg mungkin sudah lama terputus. saya pasti sejauh mana pun Alumni persatuan ini melangkah pasti ada secebis rasa dan kerinduan terhadap persatuan. Harapan sudah pasti kepada MT baru mencari formula yang akan menyatu2kan semua.
yakin pada diri, bersikap terbuka, hormat menghormati, belajar dan terus belajar
semoga saya juga akan kembali menyumbang sesuatu kepada persatuan insyaallah..
tanpa nama tu xde KOTEK~
-senang cite-
lalalalalala~
P/s:kepada rakan2 perlu, xpayahlah layan org xde KOTEK tu...hahahaha
aku macam tau sapa org xde KOTEK tu~
nantikan~
aku pulak yg ke 55..
selamat hari merdeka ke 55..
-ustat-
stone.... ape mencarut-carut ni... adus... dah la... kalau pompuan mmg la takde.... sudah la... cukup la... kite crita yg baik-baik je... ok geng...
ok......haha
yaser...
awat ada nama ustat plak tu...
stone...
sensored skit...ko kan keje bhgian editing2 ni...kena la sensored skit, hehe...
salam perjalanan...
dah? abis stakat 2?? aparaaaaaa korang ni...api kecik ditaruk minyak...kan dh menyambar jd bsau tu.. Islam 2 memudahkn, kalo bleh plih jln prdamaian, amik la jalan tu. xpyh nak gadoh2... bila org kita nk maju?? -adios-
Pencelah2 tegar....
Kau la yang bodoh... benda dah abis baru la masuk... konon2 nak nasihat.... org dah senyap tu dah le... bodoh... kalau betul nak tegur buatpe jadi penakot....guna nama betul... agak2 takde blog letak la nama kau kat situ...
bodoh macam....macam... macam kau la... dah tak de perumpamaan nak bagi....sebab bodoh sangat...
kalau ade masalah call la saye... no ade kan... takde mintak ye..
" xpyh nak gadoh2... bila org kita nk maju?? " bak kata lu.....
Tuan Rafsan,
Biasa la ada lagi memerlukan 'perhatian'. biasa la bila dah takdak blog sendiri, terpaksa la menumpang orang lain untuk 'maju'.
Tapi kalau anonymous nie nak sangat 'nickname' tu,nanti habaq mai kat saya... Saya cari yang lain.
Kesian kan kat kaki 'celah' nie, tak tau beza bergaduh,bertengkar, bertekak, berdebat dan lain-lain.
Kesian dan kesian...
aiskrim...aiskrim...!!!
aiskrim..aiskrim...!!!
Catat Ulasan