Tahun ini atas dasar ilmu dan pengetahuan PPT telah dipertemukan dengan satu golongan baru dalam FSR. Ini pun kerana subjek matapelajaran 'Outdoor Recreation' masih dibawah naungan Tuan Hisyam Che Mat (HICMat). Tak lain dan tak bukan kumpulan PLK-PDRM dan juga geng E-PJJ yang lebih kurang 20 orang lebih dari LLP hingga ada jugak la pegawai. Tapi ada la jugak geng awam dalam kumpulan jugak kot.
Kumpulan nie sempoi sikit, kebanyakannya dah otai-otai tapi masih lagi ada yang muda-mudi, ada lemak berkrim disukai ramai dan macam-macam lagi lah. Pengalaman kumpulan mengikut kemahiran masing-masing telah diaplikasikan dalam 'Outdoor Recreation'.
Banyak ilmu yang PPT dapat bergaul dengan kumpulan-kumpulan nie. Dalam eri kata lain depa nie pun lebih kurang perangai yang lain-lain. Ada masa 'screw' 'loose' jugak time kelas 'Outdoor Recreation' dan ada masa jadi elok.
Dari dulu sampai sekarang PPT masih dok pikiaq macam mana la pensyarah 'mengawal lalu-lintas' kumpulan-kumpulan nie dari dulu sampai sekarang. Yela dengan ada yang suka menyanyi tak kira pagi petang, ada yang 'admire' pensyarah, ada yang suka 'ganggu bag' pensyarah dan macam-macam lagi. Untuk pensyarah tahniah diucapkan kerana berjaya membawa mereka hingga ke hari ini.
PPT mengkategorikan depa nie semua berkemahiran tinggi. Ada sebab dan pasainya tapi tak yah la bagitau naaaa.....
Akhir kata saya Mazlin bin Othman atas nama dan berkat ilmu guru-guru saya Memohon Ampun dan Maaf sekiranya 'pedas dan berapi' saya ini ada pernah menyinggung sesiapa dalam kumpulan-kumpulan ini. Moga ALLAH S.W.T memberkati ilmu yang telah dipelajari dan permudahkan urusan tuan/puan/cik/encik/kakak/adik dalam menempuhi Final Exam terutamanya matapelajaran 'Outdoor Recreation' insyaALLAH.
Umur panjang dengan izin ALLAH anda semua akan menempuhi 'konvokesyen' jangan lupa bawak tisu banyak-banyak, jangan tinggalkan blog anda bersawang 'last but not least stay tuned and don't lost contact'.
'I salute you all'
4 ulasan:
Salam. Bila hang nk jemput makan2 ni??? lama tggu call hang.
kalau2 membe hg nk tambah income bulanan, klikMesin ATM ni... Sama2 berganding bahu menjayakan 1Malaysia..
alamak bro.. Jangan la mcm tu plak.. mcm dah x jumpa lagi je.. kitorg still ada kat sini la bro.. tetap dengan blog msg2.. sampai pencen kot..
Ape pun.. Saya juga mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan di atas jasa yang PPT, kengkawan serta team PERLU telah berikan dalam usaha berkongsi ilmu pengetahuan dalam membantu pensyarah mengendalikan program bersama kami..
Jasa kalian akan saya kenang sampai bila2..
Salam bro...
Alamak mcm2 juga yang ada dalam group kami ni, maklumlah, veteran dah...apa pun jutaan terima kasih pada PPT serta yang lain kerana banyak memberi panduan kepada kami masa di pulau, jasa dikenang....
Insyaalah saya akan join aktiviti outdoor lagi sekiranya berpeluang..
salam..ppt n family.. 'jasamu ku kenang' hidup ni pasti akan menemukan kita dengan bermacam2 jenis dan ragam manusia selagi kita x menutup mata utk selamanya.. apapun maaf dari saya andai kata tersilap kata terkasar bahasa terguris sini sana... terima kasih banyak2...
Catat Ulasan